skip to main |
skip to sidebar
Mozilla dalam diam2 telah mengeluarkan calon beta pertama untuk versi terbaru iaitu Firefox 4.0 Beta 1 Candidate dan berniat untuk mengeluarkan beberapa kemas kini pada minggu2 menjelang pelancaran rasmi pelayar tersebut pada bulan November ini. Pengembang pertama membawa nama dengan membina Firefox 3.7, tapi dengan cepat ianya membina pelayar baru versi ke 4 bagi menunjukkan bahawa Firefox masih salah satu pelayar yang terkemuka saat ini. Ada beberapa perubahan yang terlihat di atasnya seperti tab di atas address bar, menyokong Aero Peek dll.
Setelah pelayar firefox beta 4 dibuka, anda boleh melihat perubahan yang signifikan pada menu bar browser. Pendapat aku, firefox 4 ini kelihatan sangat mirip dengan Google Chrome. Hal ini menampakkan pembangun firefox mengambil langkah drastik bagi memajukan pelayarnya.
Pengurus addons juga mengalami beberapa perubahan yang nyata, dan bukan membuka dalam tetingkap baru seperti sebelumnya, sekarang mempunyai laman khusus itu sendiri (atau tab) supaya anda boleh menguruskan addons jauh lebih mudah.
Beberapa Screenshot Firefox 4.0 Beta 1 Candidate :


Seperti kebanyakan beta, keluaran ini cenderung mempunyai bug dan tidak dioptimumkan sebaiknya sebelum versi lengkapnya telah selesai. Secara keseluruhan, Ini jelas kelihatan bahawa versi baru Firefox jauh lebih bagus, dan moden bagi versi sebelumnya.
Bagi anda yang tertarik mencuba versi beta ini, maka anda memuat turunnya di SINI.
 Berita baik bagi blogger yang menggunakan platform blogger/blogspot kerana Blogger kini memperkenalkan fungsi terbarunya iaitu stats/analytics terus dari dashboard anda sendiri. Fungsi terbaru ini hanya boleh dilihat apabila anda login masuk ke draft.blogger.com sahaja dan disitu akan terdapat tab baru " Stats" di dashboard anda. Antaramuka statistik blogger ini mudah difahami dan aku senang menggunakannya.
Statistik blogger memaparkan lalu lintas dan sumber info untuk setiap posting, dan ia memaparkan secara real time malah menjaga data historis. Ia juga trek kata kunci (Keywords) carian popular yang menghantar pengunjung ke blog anda, dan membahagiakan trafik mengikut negara, serta web browser yang digunakan dan juga sistem operasi yang digunakan oleh pengunjung.
Pengguna yang menjejaki prestasi blog mereka melalui Google Analytics (Google Analytics) harus menyedari bahawa data Statistik Blogger mungkin berbeza kerana menggunakan mekanisma pengumpulan data yang berbeza. Juga, perlu diingat bahawa Google Analytics juga menawarkan ciri-ciri yang jauh lebih banyak, tetapi hanya dikemaskini setiap beberapa jam, sementara Statistik Blogger mengemas kini datanya dalam masa yang nyata.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan selain dari Google Analytics iaitu Sitemeter, Histat, Statcounter, AWstats dll.
Nota : Blogger semakin lama semakin berkembang. Hebat bukn? :D
 Berita baik kepada para hackers tempatan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan pertandingan hacking peringkat antarabangsa atau lebih dikenali sebagai i-Hack 2010 pada bulan Ogos nanti. Hadiah menarik berupa wang tunai sehingga rm24000 menanti para pemenang. Butiran seperti berikut:
Tarikh : 7 – 8 Ogos 2010.
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS yang berumur tidak lebih 26 tahun.
Antara event yang menarik ialah :
1. 12-hours Competition : “Hacking and Defense”. 2. 12-hours Competition : “Forensic Challenge”. 3. Security Talk. 4. Workshop on Hacking “Ethical Hacking for Beginners” 5. Workshop on Forensic “Uncover Hidden Evidence”
Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, lawati laman web rasmi i-Hack 2010. Boleh juga emel saudari Norcahayadiyana di norcahayadiyana@gmail.com atau ihack2010@tmsk.uitm.edu.my
Kredit untuk Jomphp
Nota : Rase macam nak usha2 nnti. best woo tngok. hoho
 Berita baik bagi mereka yang ingin mengembalikan komen2 lama dari disqus kerana pembangun disqus telah pun memperkenalkan satu alat baru iaitu thread migration tool bagi mengimport kesemua komen lama yang hilang apabila anda bertukar domain ataupun berpindah dari blogger ke wordpress. Dahulunya cara untuk mengembalikan komen anda harus menghubungi dengan menghantar tiket kepada kakitangan disqus seperti yang aku buat. Alhamdullilah selepas 20 tiket aku hantar akhirnya berjaya juga komen aku dikembalikan.
Gambar diatas adalah email yang dihantar oleh gianni untuk memberitahu tentang alat terbaru bagi mengembalikan komen anda.
Bagaimana Menggunakan Disqus Thread Migration Tool
Jikalau anda pengguna Wordpress, jangan lupa untuk muat turun Disqus Plugin
1.) Login masuk pada akaun disqus anda
2.) Pergi pada Comment > Tools > Migrate Thread
 3.) Terdapat dua pilihan :
Migration Wizard Advanced Crawler
Pilih yang mana bersesuaian untuk anda dan komen anda akan dikembalikan dengan secepat yang mungkin.
Tq 2 Diden Untuk info.
Nota : Punya la susah dulu nak restore blk komen aku. last2 dah siap tool ni. smart2. :D
 Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.
Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.
Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.
Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.
Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda
Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.
Sila layari Shiny Search di SINI
Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!
 Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia. Ikuti Langkah Di Bawah :
1.) Login masuk pada akaun Facebook anda
2.) Pergi pada halaman http://www.dodotext.com/
3.) Klik pada butang Allow
4.) Seterusnya klik Add to Profile
5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.
Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.
6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.
Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.
Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :
http://www.cybernetic88.com/2010/01/sms-spammer-program-edition-v1-release.html
http://www.cybernetic88.com/2010/01/foreversms-hantar-sms-percuma-melalui.html
Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P
|