Showing posts with label yahoo. Show all posts
Showing posts with label yahoo. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Sunday, June 13, 2010

LetterMeLater : Perhantaran Email Secara Berjadual

LetterMeLater adalah sebuah laman menarik yang menawarkan satu fungsi yang mungkin tidak dimiliki oleh mana2 servis email seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya. Anda boleh menulis emel dan menjadualkan bila emel tersebut mesti dihantar pada bila2 masa yang anda inginkan. Ianya memberikan lebih kawalan apabila sesuatu emel yang ingin dihantar pada waktu yang tertentu akan diedarkan dengan tepat.

Untuk menggunakan servis ini, anda perlu berdaftar di LetterMeLatter. Hanya masukkan emel anda sendiri yang akan digunakan sebagai alamat emel keluar dan juga emel masuk daripada pengirim/penerima. Emel yang dibalas oleh penerima akan masuk pada inbox servis emel anda dan bukannya pada akaun LetterMeLater.


Senarai Ciri2 LetterMeLater :

- Tentukan tarikh yang sesuai untuk anda menghantar email (hingga minit)
- Mengurus jadual emel anda. Jika perlu anda boleh mematikan pengeditan dari beberapa emel sebelum emel dihantar dengan menyemak pada "Do not let me see or edit this email until after it's been sent."
- Menghantar peringatan apabila emel anda telah dihantar selepas 3 hari dengan menyemak pada "Remind"
- Kirim emel berjadual dari alamat emel anda
- Import kenalan yang ada pada alamat buku dan membuat senarai emel kumpulan
- Membuat emel berulang-ulang (setiap minggu/2 minggu/bulan/tahun..)
- Tiada iklan akan ditambah pada emel anda
- Menyokong sisipan fail, widget khas, menghasilkan emel HTML dll

Sila layari LetterMeLater di SINI

Nota : Bagi yang ada bisnes dan perlukan penghantaran emel secara besar2an boleh gunakan servis ini. TAPI.. jangan gunakan sebagai emel spam okae :D


Wednesday, May 5, 2010

Membaca Arkib Mesej Pada Yahoo Messenger Tanpa Perlu Log Masuk

Bila anda sedang chatting dengan kawan2 melalui Yahoo Messenger, semua mesej atau perbualan akan disimpankan di dalam mesej arkib (message archive). Jadi bila anda terlupa kata laluan atau ingin mengambil sesuatu yang penting di dalam mesej arkib seperti nombor telefon, kenalan perniagaan, alamat email dll anda dengan senang anda boleh mendapatkan kembali segala perbualan yang disimpan.

Cara ini tidak memerlukan anda log masuk pada akaun yahoo messenger anda untuk membaca semua mesej yang tersimpan, dalam erti kata lain anda hanya perlu mendecodekan sahaja file .dat yang sedia ada tersimpan dalam folder yahoo anda. Dengan menggunakan laman web percuma seperti Archive-Decoder anda hanya perlu menekan butang Browse dan carikan fail .dat yang tersimpan dalam arkib folder komputer di “C:\ Program Files\ Yahoo!\ Messenger\ Profiles \urYahooID \ Archive\ Messages” atau "C:\Users\WindowsUsername\ AppData\Local\VirtualStore\ Program Files\Yahoo!\ Messenger\Profiles\Yahoo!ID" jika anda menggunakan vista dan seterusnya tekan butang File View untuk melihat perbualan dalam bentuk tetingkap yahoo messenger.

Untuk pengetahuan anda cara ini tidak akan berfungsi jika yahoo messenger anda disetkan supaya membuangkan segala mesej setelah anda log keluar. Untuk setkannya supaya sentiasa menyimpan semua mesej anda hanya perlu pergi pada "Messenger > Preferences > Archive > Yes, save all my messages".

Fungsi Archive-Decoder :

- Decodes arkib mesej tanpa login
- Kata laluan tidak diperlukan
- Menyokong teks Unicode China, Parsi, Arab, Jepun, dan semua karakter non-latin.
- Decode mesej perbualan biasa, mesej peribadi, persidangan, dan SMS / Mobile Mesej, lengkap dengan waktu
- 20 kali lebih cepat daripada Yahoo! Messenger arkib mesej
- Percuma digunakan
- Simpan perbualan penuh dengan smiley
- Perbualan disertakan sekali dengan gambar

Layari Archive-Decoder di SINI

Nota : Pergi cc selongkar habis na. haha =D


Wednesday, April 14, 2010

Bagaimana Setting Yahoo Messenger Menjadi Unbootable

Bagi sesiapa yang suka chatting di room, kadang2 merasa tidak selesa dengan sebahagian orang yang suka melakukan booting. Ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi orang yang menggunakan dan program seumpama ini sudah banyak disebarkan dan semakin berkembang pembuatannya. Maka semakin banyak bahaya akan terjadi terhadap orang yang ingin berchatting dengan selesa dan tanpa gangguan oleh orang luar.

Sebahagian booter digunakan hanya tujuan untuk main2 sahaja, tetapi bagi orang yang terkena booting ini adalah suatu musibah kerana kemungkinan sedang anda riang berchatting dengan teman atau pasangan anda, secara tiba2 anda disconnect keluar dari room, ini pasti mengundang marah pada si mangsa. Oleh itu kebanyakan para chater memilih untuk menggunakan chat client supaya terhindar dari booting ini. Chat client yang sering digunakan berbeza dengan satu chater dengan chater lainnya. Ada yang menggunakan chat client yazak, yahaven, ymlite, yam, ysupra, ytk, ytunnel, no5, yahboo, chetah chat dan masih banyak lagi termasuk menggunakan yintai di room.

Akan tetapi para chater biasa, yang biasanya adalah perempuan tidak tau cara menggunakan chat client ini mungkin juga tidak tahu apa itu chat client dan terus menggunakan yahoo messenger biasa, kemungkinan yahoo messenger mereka akan disconnect sehingga terkuar dari room jika mereka sedang dibooting.

Bagi pengguna yahoo messenger yang menggunakan untuk masuk ke dalam room yahoo, anda boleh menggunakan beberapa langkah seperti di bawah ini :

Jika anda memiliki sambungan internet yang besar maka cari ini cukup bagus untuk menghindari yahoo messenger anda dari disconnect akibat booting.

Pergi pada messenger menu > preference > Ignore list > Cekkan pada Ignore anyone who is not in my Yahoo! contacts. > Tekan Apply

Jika anda memiliki socks proxy anda boleh menggunakan proxy untuk yahoo messenger anda.

Pergi pada messenger menu > preference > connection > Cekkan pada connect via a proxy server dan masukkan socks proxy anda.

Pada internet connection pula tukarkan kepada broadband (DSL / Cable) dan home country anda kepada Malaysia. Seterusnya tekan butang OK.

Nota : Pernah anda terkena atau mengenakan booting ini?. aku dua2 penah. whee =P


Wednesday, April 7, 2010

Menghantar ASCII Art Pada Yahoo Messenger Dan Myspace IM Dengan Art Sender

Ingin menghantar mesej dengan ASCII Art kepada teman2 and atau teman melalui Yahoo Messenger atau MySpace IM?. Anda hanya perlu sebuah perisian yang disebut sebagai Art Sender untuk melakukannya. Dengan hanya satu klik anda boleh membuat banyak ASCII Arts (Gambar Haiwan, Orang, Cinta, Sukan, Kartun, Bunga dan banyak lagi) untuk teman2 anda. Ia berfungsi dengan baik di Yahoo Messenger (Versi 8, 9 dan yang terkini 10) dan juga pada MySpace IM.

Pernah menggunakan SweetIM atau mendengarnya dari teman2 anda?. Jika ya, aplikasi ini tidak kurang hebatnya seperti SweetIM cuma tiada animasi bergerak seperti SweetIM kecuali hanya lukisan seni berupa ASCII dan anda boleh transparentkan tetingkap pada chat anda.

Contoh2 ASCII Art yang dipaparkan pada tetingkap chatting cukup kemas dan teratur. Terdapat banyak pilihan dalam kategorinya tersendiri yang boleh anda pilih.

Jika berminat anda boleh memuat turun dari laman rasmi di SINI

Cara Menggunakan Art Sender / Video Tutorial

Hanya klik pada butang Art Sender, pilih kategori yang anda inginkan, kemudian pilih dari folder tersebut, dan memilih ASCII Art. Tekan Send Art untuk hantarkan ASCII Art ke rakan anda atau memilih View Art untuk lihat dahulu. (Lihat gambar di atas)

Nota: Jika teman2 anda menggunakan client lain (client tidak rasmi seperti Yahaven, Yazak, YahElite, atau lain - Multi Protocol Messenger seperti Pidgin atau Miranda IM, Web Base Messenger seperti Meebo, atau Mobile Messenger seperti Nefanasa) dari Yahoo Messenger, Art Sender mungkin tidak akan berfungsi dengan baik.

Untuk melihat video tutorial klik SINI

Nota : Bnyk btul plugin2 yang ada sekarang ni kan. huhu


Saturday, March 27, 2010

Mematikan Yahoo Messenger Dengan Status

Kali ini aku ingin berkongsikan satu trik baru yang boleh membuat orang yang mengklik status yahoo messenger anda terus disconnect. Trik ini cukup mudah, walaupun kita tidak dapat membuatkan yahoo messenger disconnected dengan menggunakan program boot, namun kita dapat juga membuat hanya dengan status yahoo messenger.

Trik status yahoo messenger yang mematikan ini hanya boleh digunakan untuk rakan yang berada di list yahoo messenger kita sahaja. Dengan memasangkan status yang menarik perhatian seperti View My Webcam, sudah pasti orang yang berada di dalam list yahoo messenger kita akan tertarik untuk klik status tersebut. Status yang diklik akan ditambahkan tatacara atau perintah untuk disconnectkan yahoo messenger yang dituliskan dengan kod ymsgr:-kill. Kata perintah ini akan kelihatan seperti link yang benar jika kita sedang online webcam dan pastinya ramai yang tertarik untuk mengkliknya.

Untuk cara menulis status yahoo messenger dengan menambahkan ymsgr:-kill pada View My Webcam anda boleh lihat pada gambar di bawah ini.

Untuk melihat status View My Webcam yang sudah diubah tadi sila lihat contoh gambar di bawah.

Bagi tatacara atau kata perintah yang lain anda boleh mencuba 3 lagi kod yang fungsinya sama iaitu disconnectkan yahoo messenger. 3 kod tersebut anda boleh dapatkan dibawah.


ymsgr:call?&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

ymsgr:getplugin?&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

ymsgr:chat?&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Nota : Jom la kita berwebcam beramai2. haha! =P


Sunday, March 21, 2010

Memaparkan Populariti Laman Anda Dengan Popuri.us

Pernah tertanya-tanya bagaimana kedudukan laman anda? Kini anda boleh boleh menggunakan satu aplikasi web iaitu popuri.us dimana ianya melayani "populariti statistik" daripada pelbagai sumber. Popuri.us secara khususnya, membuat laporan berdasarkan kedudukan maklumat yang diambil dari Alexa, Google (backlink nombor daripada Google) , Live Search, Yahoo, penunjuk nombor dari del.icio.us, dan nombor pelanggan dari Bloglines. Dengan menyemak populariti laman anda pada popuri.us, anda boleh juga mendapatkan info dan laporan DNS Whois.

Laman popuri.us menggunakan AJAX yang menyenangkan, dengan pilihan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai keputusan laman yang akan disemak.


Layari Popuri.us

Nota : Blog ku akan berdomain nnti. whee =P


Monday, February 22, 2010

Bagaimana Mencari Kata Laluan Laman Lucah

Erm?. biar btul. haha. ok mmng btul. Kali ini aku mahu mengajar khusus untuk LELAKI bagaimana untuk mencari kata laluan bagi laman web lucah seperti bangbros, reality kings, naughty america dan selebihnya korang tahu sendiri la. Sebelum itu, tutorial ini tidak menjadi sepenuhnya pada sesetengah laman web yang mempunyai kata laluan tersebut kerana mungkin disebabkan akaun telah pun ditamatkan atau pun telah digunakan beberapa kali dan menyebabkan akaun tersebut ditutup kerana disyaki digodam. Ouh ya maaf jika entri kali ini kurang menyenangkan bagi kaum WANITA.

Untuk mencari kata laluan bagi laman web lucah ikuti langkah dibawah :

Langkah 1 :

Pergi pada enjin carian seperti google ataupun yahoo. Untuk tutorial aku lebih suka pkai google.

Langkah 2 :

Taipkan @members.<pornsite>.com dan gantikan <pornsite> dengan laman web yang ingin anda dapatkan kata laluannya. Contoh : @members.bangbros.com.

Langkah 3 :

Pada panel di bersebelahan dengan kata nama Web terdapat Options. Tekan Show Options dan tekan pula pada Latest untuk mencari hasil carian yang telah dikemas kini.

Langkah 4 :

Anda akan melihat hasil carian dengan url seperti ini http:// <usename>: <password>@members.bangbros.com dimana <username> adalah kata nama untuk akaun dan <password> adalah kata laluan untuk akaun. Contoh : http://pornwatcher43:imaperv@bangbros.com

Langkah 5 :

Klik terus pada link url yang terdapat kata nama dan kata laluan. Jika anda bernasib baik, akaun tersebut boleh digunakan lagi dan jika tidak anda boleh mencuba mencari pada laman web yang lain.

Nota : Dah dpt login masuk buat la pape. aku xthu korang ske wt pe. hahaha =P


Related Posts with Thumbnails