Showing posts with label Myspace. Show all posts
Showing posts with label Myspace. Show all posts

Wednesday, June 30, 2010

10 Set Ikon Lukisan Tangan/Lakaran

Kali ini aku ingin berkongikan dengan anda 10 set ikon lukisan tangan atau lakaran yang aku rasakan sangat menarik dari segi kekemasan dan warnanya. Koleksi ikon ini percuma untuk digunakan secara komersial atau kegunaan peribadi dan anda boleh meletakkannya pada website, blog atau dijadikan sebagai logo. Kebanyakkan logo2 ini terdiri dari laman2 sosial yang popular seperti facebook, myspace, twitter, dan sebagainya. Untuk memuat turun set ikon lukisan tangan/lakaran kegemaran anda. Sila muat turunnya dibawah.

1.)

http://raindropmemory.deviantart.com/art/Natsu-Icon-Set-81597962

2.)

http://www.jankoatwarpspeed.com/post/2008/10/20/handycons-a-free-hand-drawn-social-media-icon-set.aspx

3.)

http://hanyuse.deviantart.com/art/Purple-Lines-Icon-Set-127105420

4.)

http://www.tutorial9.net/resources/watercolor-free-icon-pack/

5.)

http://iconexpo.com/2009/05/20-free-web2-social-icons-colored-pencil-version/

6.)

http://www.iconspedia.com/search/hand%20drawn/

7.)

http://dryicons.com/free-icons/preview/artistica-icons-set/

8.)

http://mfayaz.deviantart.com/art/FreeHand-ColorStroked-icon-pac-117362788

9.)

http://www.jankoatwarpspeed.com/post/2009/02/23/Handycons-2-another-free-hand-drawn-icon-set.aspx

10.)

http://www.webdesignerdepot.com/2009/04/24-free-exclusive-vector-icons-handy/

Nota : Aku suka koleksi ikon yang bawah sekali ni. nmpk smart je :D


Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Thursday, April 29, 2010

Tinysong - Berkongsi Lagu Dengan Memendekkan URL

Tinysong adalah laman yang membolehkan anda untuk memendekkan URL yang memudahkan untuk dikongsikan pada teman2 anda. Hanya pergi pada lamannya iaitu tinysong.com dan cari lagu melalui nama artis atau tajuk lagu yang dikehendaki. Dengan sepantas kilat hasil carian anda akan dipaparkan dibawah. Anda boleh mendengar lagu secara terus pada lamannya manakala untuk berkongsikan lagu kepada teman hanya klik pada Share.


Copy sahaja dengan menekan Copy tinysong link to your clipboard dan berbagi kepada teman atau anda boleh berkongsinya secara terus pada laman sosial seperti Twitter, Facebook, Tumblr, Email, dan juga StumbleUpon dengan mengklik butang yang telah disediakan. Seterusnya URL pendek yang dikongsikan akan dimainkan di GrooveShark apabila teman anda ingin mendengarnya.

Layari Tinysong di SINI.

Nota : Laman ini best! ;D


Thursday, April 15, 2010

Membuat Avatar Di unique.rasterboy.com

Unique.Rasterboy.com adalah laman dimana anda dapat membuat kartun versi diri sendiri atau teman2 anda. Anda boleh menggunakan watak kartun yang telah anda buat untuk digunakan pada halaman rangkaian sosial seperti myspace, facebook, friendster dan juga mungkin pada blog anda. Laman ini dibina berdasarkan flash, oleh itu sila pastikan komputer anda sudah siap dipasang dengan pemain flash.

Sebelum anda memasuki laman ini sebuah prompt akan dipaparkan pada laman utama. Di situ anda perlu memilih jantina bagi avatar anda samaada lelaki atau perempuan. Apabila anda telah memilih jantina, kini anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memilih warna kulit. Setelah itu, beberapa link akan disediakan bagi anda untuk menyesuaikan avatar anda dengan memberikannya rambut, topi, seluar, kasut, aksesori, haiwan kesayangan dan bermacam lagi.

Beberapa Contoh Avatar Yang Dihasilkan :





Laman web ini sangat disyorkan kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang bagus dan meningkatkan daya kreativiti anda dalam membuat versi kartun pada diri anda dan orang lain.

Kunjungi http://unique.rasterboy.com/

Credit to Diden (Abg Hensem)

Nota : Avatar korang cantik ke?. ceh =P


Wednesday, April 7, 2010

Menghantar ASCII Art Pada Yahoo Messenger Dan Myspace IM Dengan Art Sender

Ingin menghantar mesej dengan ASCII Art kepada teman2 and atau teman melalui Yahoo Messenger atau MySpace IM?. Anda hanya perlu sebuah perisian yang disebut sebagai Art Sender untuk melakukannya. Dengan hanya satu klik anda boleh membuat banyak ASCII Arts (Gambar Haiwan, Orang, Cinta, Sukan, Kartun, Bunga dan banyak lagi) untuk teman2 anda. Ia berfungsi dengan baik di Yahoo Messenger (Versi 8, 9 dan yang terkini 10) dan juga pada MySpace IM.

Pernah menggunakan SweetIM atau mendengarnya dari teman2 anda?. Jika ya, aplikasi ini tidak kurang hebatnya seperti SweetIM cuma tiada animasi bergerak seperti SweetIM kecuali hanya lukisan seni berupa ASCII dan anda boleh transparentkan tetingkap pada chat anda.

Contoh2 ASCII Art yang dipaparkan pada tetingkap chatting cukup kemas dan teratur. Terdapat banyak pilihan dalam kategorinya tersendiri yang boleh anda pilih.

Jika berminat anda boleh memuat turun dari laman rasmi di SINI

Cara Menggunakan Art Sender / Video Tutorial

Hanya klik pada butang Art Sender, pilih kategori yang anda inginkan, kemudian pilih dari folder tersebut, dan memilih ASCII Art. Tekan Send Art untuk hantarkan ASCII Art ke rakan anda atau memilih View Art untuk lihat dahulu. (Lihat gambar di atas)

Nota: Jika teman2 anda menggunakan client lain (client tidak rasmi seperti Yahaven, Yazak, YahElite, atau lain - Multi Protocol Messenger seperti Pidgin atau Miranda IM, Web Base Messenger seperti Meebo, atau Mobile Messenger seperti Nefanasa) dari Yahoo Messenger, Art Sender mungkin tidak akan berfungsi dengan baik.

Untuk melihat video tutorial klik SINI

Nota : Bnyk btul plugin2 yang ada sekarang ni kan. huhu


Monday, March 8, 2010

Grooveshark : Laman Streaming Musik Bercirikan Flash

Terdapat banyak pilihan laman web yang memberikan perkhidmatan percuma bagi streaming musik ini, akan tetapi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Kali ini aku telah menjumpai sebuah laman web streaming musik yang mempunyai komuniti pengguna yang besar. Laman ini iaitu Grooveshark memerlukan pemain flash untuk berjalan, oleh itu sila memuat turun pemain flash versi terbaru bagi memberikan kelancaran dan kepuasan dalam streaming musik di laman ini. Rata2 lagu yang terdapat di Grooveshark ialah lagu antarabangsa, tetapi kini terdapat juga lagu melayu dan lagu dari seberang yang dimuat naik oleh pengguna.

Grooveshark sememangnya percuma, tetapi jika anda mahu menggunakan beberapa servis yang disediakan dengan lebih terperinci, anda bolehlah berdaftar pada laman ini. Salah satu benda yang menarik perhatian aku ialah ianya memberikan pengguna untuk menukarkan tema mengikut keselesaan sendiri.

Kelebihan Yang Ada Pada Grooveshark :


1.) Antaramuka yang menarik dan senang untuk digunakan. Aplikasi web yang dibina dari flash dan cukup lancar dan laju bagi membolehkan anda streaming lagu.


2.) Carian lagu yang mudah digunakan. Hanya cari lagu kegemaran anda dan senarai tajuk, album dan artis akan ditayangkan pada tempatnya. Terdapat tab yang disediakan bagi menyenangkan pencarian anda berdasarkan tajuk yang ditulis atau artis mahupun nama album.


3.) Membolehkan pengguna menukarkan tema sendiri mengikut kesesuian "mood". Tema yang diberikan percuma bagi pengguna yang tidak berdaftar manakala terdapat juga tema yang diberikan khas untuk pengguna yang berdaftar sebagai VIP.

4.) Lagu yang dipilih akan dimuatkan kedalam senarai playlist. Butang bagi play, pause, next, previous turut dilengkapi dan disusun kemas. Fungsi Repeat Mode dan juga Shuffle juga turut ada bagi menambahkan kelainan bagi laman streaming ini.

5.) Sistem Restore turut dilengkapi apabila browser anda mengalami "hang" atau tersangkut2 ketika digunakan dan terpaksa ditutup. Dengan sistem Restore ini segala pilihan lagu yang telah dipilih dan diletakkan pada playlist akan dikembalikan kepada asal berserta juga tema yang telah dipilih.


6.) Grooveshark juga menyediakan perkhidmatan untuk berkongsikan lagu secara talian menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dll. Selain itu anda juga boleh memuat naik lagu dengan menggunakan amazon MP3 dan juga aplikasi iTunes.

7.) Salah satu servis yang terbaik terdapat di Grooveshark ialah ianya terdapat widget bagi membolehkan anda menayangkan lagu kegemaran pada blog dan juga laman sosial anda. Untuk membuat widget anda sendiri sila pergi di SINI.

Nota : Sekali pandang terus aku jatuh cinta. auww. HAHA ;D


Related Posts with Thumbnails