Sunday, July 4, 2010

Firefox 4.0 Beta 1 Candidate

Mozilla dalam diam2 telah mengeluarkan calon beta pertama untuk versi terbaru iaitu Firefox 4.0 Beta 1 Candidate dan berniat untuk mengeluarkan beberapa kemas kini pada minggu2 menjelang pelancaran rasmi pelayar tersebut pada bulan November ini. Pengembang pertama membawa nama dengan membina Firefox 3.7, tapi dengan cepat ianya membina pelayar baru versi ke 4 bagi menunjukkan bahawa Firefox masih salah satu pelayar yang terkemuka saat ini. Ada beberapa perubahan yang terlihat di atasnya seperti tab di atas address bar, menyokong Aero Peek dll.

Setelah pelayar firefox beta 4 dibuka, anda boleh melihat perubahan yang signifikan pada menu bar browser. Pendapat aku, firefox 4 ini kelihatan sangat mirip dengan Google Chrome. Hal ini menampakkan pembangun firefox mengambil langkah drastik bagi memajukan pelayarnya.

Pengurus addons juga mengalami beberapa perubahan yang nyata, dan bukan membuka dalam tetingkap baru seperti sebelumnya, sekarang mempunyai laman khusus itu sendiri (atau tab) supaya anda boleh menguruskan addons jauh lebih mudah.

Beberapa Screenshot Firefox 4.0 Beta 1 Candidate :



Seperti kebanyakan beta, keluaran ini cenderung mempunyai bug dan tidak dioptimumkan sebaiknya sebelum versi lengkapnya telah selesai. Secara keseluruhan, Ini jelas kelihatan bahawa versi baru Firefox jauh lebih bagus, dan moden bagi versi sebelumnya.

Bagi anda yang tertarik mencuba versi beta ini, maka anda memuat turunnya di SINI.

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails