skip to main |
skip to sidebar
 Berita baik kepada para hackers tempatan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan pertandingan hacking peringkat antarabangsa atau lebih dikenali sebagai i-Hack 2010 pada bulan Ogos nanti. Hadiah menarik berupa wang tunai sehingga rm24000 menanti para pemenang. Butiran seperti berikut:
Tarikh : 7 – 8 Ogos 2010.
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS yang berumur tidak lebih 26 tahun.
Antara event yang menarik ialah :
1. 12-hours Competition : “Hacking and Defense”. 2. 12-hours Competition : “Forensic Challenge”. 3. Security Talk. 4. Workshop on Hacking “Ethical Hacking for Beginners” 5. Workshop on Forensic “Uncover Hidden Evidence”
Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, lawati laman web rasmi i-Hack 2010. Boleh juga emel saudari Norcahayadiyana di norcahayadiyana@gmail.com atau ihack2010@tmsk.uitm.edu.my
Kredit untuk Jomphp
Nota : Rase macam nak usha2 nnti. best woo tngok. hoho
 1.) Jonathan JamesJames adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun. 2.) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3.) Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4.) Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5.) Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6.) Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.

 Mungkin anda sering tertanya2 bila agaknya Facebook hendak menubuhkan perkhidmatan anti-malware sendiri?. Kini perkhidmatan tersebut sudah ada tersedia. Syarikat keselamatan terkenal Symantec telah mengeluarkan perkhidmatan anti-malware untuk Facebook yang melindungi anda daripada link berbahaya diposting kepada anda melalui suapan terkini. Aplikasi ini percuma untuk digunakan dan disebut sebagai " Norton Safe Web". Aplikasi pengimbasan anti-virus ini dikeluarkan pada pertengahan Mei dan masih lagi tempoh percubaan (Beta). Perisian norton ini berfungsi sama seperti aplikasi Facebook yang lain. Anda klik untuk memberikan akses kepada profil anda dan kemudian imbas Norton Safe Web anda dan kemudian Norton Safe Web akan mengimbas suapan terkini untuk menyemak URL yang berbahaya seperti laman2 yang menyediakan perkhidmatan memendekkan URL seperti TinyUrl dan juga Bit.ly. Keputusan imbasan boleh dikongsikan dengan rakan2 anda dari aplikasi itu sendiri (Sebuah ciri yang berguna untuk memperingatkan orang lain tentang bahaya di Wall anda atau di Wall rakan anda)



Sedikit Masalah :
- Apabila menggunakan Google Chrome untuk melakukan pengimbasan, anda harus refresh halaman secara manual untuk melihat keputusan imbasan. - Aplikasi tidak dapat mengimbas beberapa URL dan hanya ditandai sebagai "untested" - Aplikasi hanya menyemak untuk URL yang diposting dalam masa 24 jam terakhir. - Perisian tidak berjalan secara automatik. Ini bererti setiap kali anda ingin menguji keselamatan dari link dalam suapan terbaru anda, anda perlu memulakan dan menjalankan aplikasi imbasan secara manual
Sila layari applikasi Norton Safe Web di SINI
Nota : Pasni aku buat review tentang satu lagi laman yang menjaga security tentang FACEBOOK =)
 Bagi yang ternanti2 keluaran versi terbaru Malaysian Radio kini anda sudah boleh dapatkannya dan memuat turun secara percuma. Malaysian Radio V4 terbaru ini kami jadikan temanya sebagai ( Black Edition) kerana ianya nampak lebih kemas, bergaya dan juga menawan dengan berlatarkan hitam. Pelbagai fungsi baru yang ditambah antaranya ialah tempat berborak ( Chatting Room) yang mungkin akan menaikkan lagi pengguna Malaysian Radio ini. Terdapat juga fungsi yang dibuang seperti Lite Skin kerana kami rasa fungsi ini tidak diperlukan pada tema ( Black Edition). Bagi fungsi terbaru Malaysian Radio V4 (Black Edition) iaitu Chatting Room, akan terdapat 5 moderator yang mengawal bagi mengelakkan berlakunya spam atau perkara tidak diingini. Dilarang meminta menjadi moderator, hanya yang berpengalaman dan layak sahaja akan menjadi moderator.
Untuk melihat fungsi yang ditambah, dikemaskini dan dibuang, anda boleh lihat senarai penuh dibawah : (English Only)
Malaysian Radio V4 (Black Edition) Function :
* Malaysian Radio V4 now black edition * New splash screen * New Malaysian Radio V4 header * New server radio (All radio 71) * New sound on start and exit program * Fixed on volume control (mute button) * Mr Effect (Flash Taskbar) * Disconnect/reconnect to reset your internet connection * Remove lite skin * Chatroom on Malaysian Radio V4 * 5 moderator will take place to avoid spammer while chatting * Rules on chatting included * Refresh chatting when there are problem to load * New about GUI * Now you can donate into maybank account
Malaysian Radio V4 (Black Edition) ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)


Malaysian Radio V4 (Black Edition) Download :
Rapidshare
http://rapidshare.com/files/384041319/Malaysian_Radio__V4__Black_Edition__By_Cybernetic88.rar
MediaFire
http://www.mediafire.com/?cz2eymbnx2z
Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=QSH6EN95
Upcoming updated on Malaysian Radio V4 (Black Edition) :
We want to make Malaysian Radio more stable and more functional. Future function that will be made is Status Song and for download streaming radio will still figure out on it.
Nota : Kami nak buat Facebook Fan Pages. Harap korang dapat join ye. Ouh ya segala masalah boleh terus contact kami atau terus bertanya pada moderator. tq
 Bila anda sedang chatting dengan kawan2 melalui Yahoo Messenger, semua mesej atau perbualan akan disimpankan di dalam mesej arkib ( message archive). Jadi bila anda terlupa kata laluan atau ingin mengambil sesuatu yang penting di dalam mesej arkib seperti nombor telefon, kenalan perniagaan, alamat email dll anda dengan senang anda boleh mendapatkan kembali segala perbualan yang disimpan. Cara ini tidak memerlukan anda log masuk pada akaun yahoo messenger anda untuk membaca semua mesej yang tersimpan, dalam erti kata lain anda hanya perlu mendecodekan sahaja file .dat yang sedia ada tersimpan dalam folder yahoo anda. Dengan menggunakan laman web percuma seperti Archive-Decoder anda hanya perlu menekan butang Browse dan carikan fail .dat yang tersimpan dalam arkib folder komputer di “C:\ Program Files\ Yahoo!\ Messenger\ Profiles \urYahooID \ Archive\ Messages” atau "C:\Users\WindowsUsername\ AppData\Local\VirtualStore\ Program Files\Yahoo!\ Messenger\Profiles\Yahoo!ID" jika anda menggunakan vista dan seterusnya tekan butang File View untuk melihat perbualan dalam bentuk tetingkap yahoo messenger.
Untuk pengetahuan anda cara ini tidak akan berfungsi jika yahoo messenger anda disetkan supaya membuangkan segala mesej setelah anda log keluar. Untuk setkannya supaya sentiasa menyimpan semua mesej anda hanya perlu pergi pada "Messenger > Preferences > Archive > Yes, save all my messages".
Fungsi Archive-Decoder :
- Decodes arkib mesej tanpa login - Kata laluan tidak diperlukan - Menyokong teks Unicode China, Parsi, Arab, Jepun, dan semua karakter non-latin. - Decode mesej perbualan biasa, mesej peribadi, persidangan, dan SMS / Mobile Mesej, lengkap dengan waktu - 20 kali lebih cepat daripada Yahoo! Messenger arkib mesej - Percuma digunakan - Simpan perbualan penuh dengan smiley - Perbualan disertakan sekali dengan gambar
Layari Archive-Decoder di SINI
Nota : Pergi cc selongkar habis na. haha =D
Fusker adalah jenis laman web atau utiliti yang mengekstrak gambar dari laman web, biasanya dari host percuma seperti photobucket, imageshack dll. Program fusker membolehkan pengguna untuk mengenalpasti rangkaian gambar dalam satu pola, misalnya: http://www.example.com/images/pic [1-16]. jpg
Hal ini akan mengenalpasti imej pic1.jpg, pic2.jpg, melalui pic16.jpg.
Ketika pola ini diberikan kepada sesebuah halaman fusker, laman web ini akan menghasilkan halaman yang memaparkan semua enam belas gambar dalam julat tersebut. Pola boleh juga mengandungi senarai kata-kata, seperti http://www.example.com/images/ (kecil, sederhana, besar). jpg, yang akan menghasilkan tiga url, masing-masing dengan satu perkataan dari senarai yang diberi tanda kurung. Laman web ini kemudian disampaikan kepada orang yang memasuki fusker, dan boleh juga boleh disimpan dalam pelayan web fusker sehingga orang lain dapat melihatnya.
Ha sekarang korang dah paham apa itu fusker kan?. Semalam aku ada blogwalking dan terjumpa satu blog yang menarik. Kemudian cari2 dalam blog tu jumpa la gambar yang agak menarik perhatian aku. Gambar tu pula diambil dari photobucket, so tanpa berlengah aku pun fuskerkan URL photobucket tersebut dan jumpa hampir 830 gambar. Ada diantaranya gambar yang menjolok mata dan agak seksi (ehem).
Senarai photobucket yang dijumpai semasa aku fuskerkan URL photobucket.
Antara gambar2 yang seksi yang diperolehi ketika fusker dijalankan. Harap maaf jika gambar dikaburkan. Ingin aku beritahu dunia IT ini begitu meluas, jadi korang berhati2 la k dan jangan pandai2 nak muat turun gambar peribadi korang kat internet atau laman sosial. Lebih lanjut bagaimana membuat fusker sila rujuk entri aku yang lepas "Mencari Photobucket Private Photo Dengan Navnet"
Nota : Lepas ni nak fusker sapa pulk?. hoho
|