Sunday, June 27, 2010

Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen Lama

Berita baik bagi mereka yang ingin mengembalikan komen2 lama dari disqus kerana pembangun disqus telah pun memperkenalkan satu alat baru iaitu thread migration tool bagi mengimport kesemua komen lama yang hilang apabila anda bertukar domain ataupun berpindah dari blogger ke wordpress. Dahulunya cara untuk mengembalikan komen anda harus menghubungi dengan menghantar tiket kepada kakitangan disqus seperti yang aku buat. Alhamdullilah selepas 20 tiket aku hantar akhirnya berjaya juga komen aku dikembalikan.

Gambar diatas adalah email yang dihantar oleh gianni untuk memberitahu tentang alat terbaru bagi mengembalikan komen anda.

Bagaimana Menggunakan Disqus Thread Migration Tool

Jikalau anda pengguna Wordpress, jangan lupa untuk muat turun Disqus Plugin

1.) Login masuk pada akaun disqus anda

2.) Pergi pada Comment > Tools > Migrate Thread


3.) Terdapat dua pilihan :

Migration Wizard
Advanced Crawler

Pilih yang mana bersesuaian untuk anda dan komen anda akan dikembalikan dengan secepat yang mungkin.

Tq 2 Diden Untuk info.

Nota : Punya la susah dulu nak restore blk komen aku. last2 dah siap tool ni. smart2. :D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails