Berkongsi entri adalah ciri penting bagi blogger. Ketika pembaca anda menemui sebuah posting menarik, mereka mungkin ingin berkongsikan dengan orang lain, dan sekaligus ini membawa lebih banyak trafik ke blog anda. Sekarang ini blogger menawarkan fungsi terbarunya iaitu "Share Button". Butang share baru ini ditempatkan dibawah setiap posting dan membiarkan pembaca blog anda dengan mudahnya berkongsikan setiap posting anda melalui email, blogger, dan rangkaian sosial popular iaitu, buzz google, twitter dan facebook. Blogger juga telah merancang untuk menambahkan lebih banyak perkhidmatan di masa akan datang. Blogger juga mempunyai share link di bahagian navbar, tapi untuk meningkatkan kemudahan anda, kini boleh memasang dengan mudah butang share di bawah post dan mempunyai ikon rollover yang bagus. Untuk twitter, telah diintergrasikan dengan URL shorterner goo.gl untuk memberikan ruang maksimum dalam men "tweet" untuk membuat atau menambah ulasan anda sendiri.
Cara Memasang Share Button Pada Blogspot :
1.) Login masuk akaun blogger anda dan pergi pada Design dan terus pada Page Elements
2.) Pergi pada Edit di Blog Post anda dan akan muncul satu popup Configure Blog Posts
3.) Seterusnya tandakan di bahagian Show Share Buttons
4.) Ubah posisi share button melalui seret dan lepas mengikut kesesuaian dan senang bagi pembaca untuk berkongsikan entri anda.
Berita baik kepada para hackers tempatan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan pertandingan hacking peringkat antarabangsa atau lebih dikenali sebagai i-Hack 2010 pada bulan Ogos nanti. Hadiah menarik berupa wang tunai sehingga rm24000 menanti para pemenang. Butiran seperti berikut:
Tarikh : 7 – 8 Ogos 2010.
Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam
Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS yang berumur tidak lebih 26 tahun.
Antara event yang menarik ialah :
1. 12-hours Competition : “Hacking and Defense”. 2. 12-hours Competition : “Forensic Challenge”. 3. Security Talk. 4. Workshop on Hacking “Ethical Hacking for Beginners” 5. Workshop on Forensic “Uncover Hidden Evidence”
Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, lawati laman web rasmi i-Hack 2010. Boleh juga emel saudari Norcahayadiyana di norcahayadiyana@gmail.com atauihack2010@tmsk.uitm.edu.my
Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah. 1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com
2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.
i.) Tekan *100# ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan iii.) Tekan 01 untuk seterusnya iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed
Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.
Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.
3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.
4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.
Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI
Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :
1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)
2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)
3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)
4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)
5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)
6.) Google Mobile (m.google.com)
7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)
8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)
9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)
10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)
Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D
Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia. Ikuti Langkah Di Bawah :
5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.
Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.
6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.
Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.
Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :
Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P
LetterMeLater adalah sebuah laman menarik yang menawarkan satu fungsi yang mungkin tidak dimiliki oleh mana2 servis email seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya. Anda boleh menulis emel dan menjadualkan bila emel tersebut mesti dihantar pada bila2 masa yang anda inginkan. Ianya memberikan lebih kawalan apabila sesuatu emel yang ingin dihantar pada waktu yang tertentu akan diedarkan dengan tepat. Untuk menggunakan servis ini, anda perlu berdaftar di LetterMeLatter. Hanya masukkan emel anda sendiri yang akan digunakan sebagai alamat emel keluar dan juga emel masuk daripada pengirim/penerima. Emel yang dibalas oleh penerima akan masuk pada inbox servis emel anda dan bukannya pada akaun LetterMeLater.
Senarai Ciri2 LetterMeLater :
- Tentukan tarikh yang sesuai untuk anda menghantar email (hingga minit) - Mengurus jadual emel anda. Jika perlu anda boleh mematikan pengeditan dari beberapa emel sebelum emel dihantar dengan menyemak pada "Do not let me see or edit this email until after it's been sent." - Menghantar peringatan apabila emel anda telah dihantar selepas 3 hari dengan menyemak pada "Remind" - Kirim emel berjadual dari alamat emel anda - Import kenalan yang ada pada alamat buku dan membuat senarai emel kumpulan - Membuat emel berulang-ulang (setiap minggu/2 minggu/bulan/tahun..) - Tiada iklan akan ditambah pada emel anda - Menyokong sisipan fail, widget khas, menghasilkan emel HTML dll
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun. 2.) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3.) Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems
Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4.) Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor di Wired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5.) Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6.) Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu 1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.
Dulunya enjin carian Bing dari Microsoft sahaja yang membolehkan anda menukarkan latar belakang pada halaman utama, sekarang anda boleh melakukan perkara serupa pada halaman utama Google. Ciri baru Google ini diaktifkan melalui Picasa (Perkhidmatan penyimpanan foto online Google). Pengguna Google akan dapat menetapkan laman carian menggunakan gambar dari akaun peribadi atau gambar2 yang disimpan secara awam. Pengumuman, yang datang dari Naib Prinsip Carian Produk Google, Marissa Mayer, gagal untuk memberi sebab mengapa keputusan untuk menambah ciri ini disesuaikan baru saja kini telah dibuat oleh pembangun Google. Pada pandangan, alasan yang paling jelas ialah ingin meniru enjin carian dari Microsoft iaitu Bing, yang telah menerima banyak pujian untuk menampilkan gambar yang berbeza dalam halamannya setiap hari.
Menukarkan Latar Belakang Pada Halaman Utama Google :
1.) Pergi pada google.com dan sila login masuk akaun anda.
2.) Klik 'Change Background Image' pada bahagian kiri bawah laman utama Google.
3.) Kemudian pilih gambar untuk memaparkannya sebagai latar belakang dari media awam atau dari album foto Picasa anda. Anda boleh menggunakan gambar dengan resolusi 800x600 dan minimum format yang digunakan : JPEG, TIFF, BMP, PSD, RAW.
4.) Setelah membuat pilihan foto, klik butang Pilih untuk memaparkan gambar latar belakang sebagai wallpaper di laman carian Google.
Untuk membuang latar belakang tersebut hanya klik pada 'Remove Background Image'
Nota : Bagi aku ciri baru ni xberapa penting sngt. pergi halaman diew skjp je pon. huhu. setakat nk riak tu bley r kowt. haha ;D
Mungkin anda sering tertanya2 bila agaknya Facebook hendak menubuhkan perkhidmatan anti-malware sendiri?. Kini perkhidmatan tersebut sudah ada tersedia. Syarikat keselamatan terkenal Symantec telah mengeluarkan perkhidmatan anti-malware untuk Facebook yang melindungi anda daripada link berbahaya diposting kepada anda melalui suapan terkini. Aplikasi ini percuma untuk digunakan dan disebut sebagai "Norton Safe Web". Aplikasi pengimbasan anti-virus ini dikeluarkan pada pertengahan Mei dan masih lagi tempoh percubaan (Beta). Perisian norton ini berfungsi sama seperti aplikasi Facebook yang lain. Anda klik untuk memberikan akses kepada profil anda dan kemudian imbas Norton Safe Web anda dan kemudian Norton Safe Web akan mengimbas suapan terkini untuk menyemak URL yang berbahaya seperti laman2 yang menyediakan perkhidmatan memendekkan URL seperti TinyUrl dan juga Bit.ly. Keputusan imbasan boleh dikongsikan dengan rakan2 anda dari aplikasi itu sendiri (Sebuah ciri yang berguna untuk memperingatkan orang lain tentang bahaya di Wall anda atau di Wall rakan anda)
Sedikit Masalah :
- Apabila menggunakan Google Chrome untuk melakukan pengimbasan, anda harus refresh halaman secara manual untuk melihat keputusan imbasan. - Aplikasi tidak dapat mengimbas beberapa URL dan hanya ditandai sebagai "untested" - Aplikasi hanya menyemak untuk URL yang diposting dalam masa 24 jam terakhir. - Perisian tidak berjalan secara automatik. Ini bererti setiap kali anda ingin menguji keselamatan dari link dalam suapan terbaru anda, anda perlu memulakan dan menjalankan aplikasi imbasan secara manual
Terlebih dahulu apa itu yang dimaksudkan dengan Font API Google?. Font API Google membolehkan kita untuk memaparkan font web dalam setiap laman web. Kita boleh memilih untuk memaparkan teks dalam pelbagai font open-source web berkualiti tinggi untuk kedua-dua projek peribadi dan komersial. Tiada pendaftaran yang diperlukan, dan ianya sangat berguna dan mudah untuk dipasangkan. Semua font sedia untuk digunakan dengan API yang berdaftar di Google Direktori Font. Berikut beberapa contoh gambar gaya yang boleh anda gunakan. Cara menggunakan API Google Font :
Menggunakan Google Font API untuk memaparkan non-standard font adalah sangat mudah, dan hanya memerlukan beberapa minit untuk menyiapkan. Pertama, anda perlu memilih memilih font yang hendak anda gunakan dari Google Direktori Font. Klik pada font yang anda ingin gunakan dan anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan font dalam berbagai saiz.
Sekarang klik pada tab "Get the code" untuk menghasilkan kod yang diperlukan bagi meletakkannya pada blogger template anda.
Salin kod embed ke clipboard atau paste ke editor teks anda untuk digunakan nanti. Sekarang pergi ke Layout > Edit HTML pada dashboard blogger anda, dan dengan menggunakan fungsi carian pada pelayar anda carikan tag pembuka <head>. Masukkan kod embed selepas baris ini. Anda juga perlu menambah garis palang sebelum penutup simbol ">" dalam kod anda. Lihat contoh dibawah.
Seterusnya cari kod font didalam template anda dan gantikan dengan nama Josefin Sans Std Light dimana anda boleh menggunakannya sebagai font body dan juga font header.
Setelah siap hanya savekan tekan butang save template dan lihat hasilnya.