Showing posts with label Opera. Show all posts
Showing posts with label Opera. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Thursday, February 18, 2010

Muat Turun Video Youtube Pada Chrome, FireFox, Safari Dan Opera

Muat turun video dari halaman web Youtube merupakan perkara yang menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang seperti aku untuk mendapatkan video klip terbaru yang baru sahaja di muat naik oleh pengguna di Youtube. Video2 yang terdapat didalam Youtube juga banyak diantaranya berkaitan dengan review movie, tutorial2, komedi dan juga musik video. Oleh itu, semestinya anda tidak mahu ketinggalan untuk memuat turun beberapa video dari laman web tersebut. Bagi muat turun video, terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan termasuklah menggunakan aplikasi web seperti KeepVid dan juga menggunakan perisian yang kini banyak terdapat pada hasil enjin carian.

Untuk tutorial kali ini, aku tidak mahu mengajar bagaimana mahu muat turun video Youtube menggunakan aplikasi web mahupun perisian tetapi lebih kepada menggunakan kod javascsript. Kod javascript ini akan terus mengambil link video tanpa memerlukan anda untuk menunggu sehingga loading video tersebut tamat. Ikuti langkah2 di bawah bagi mengetahui bagaimana kod javascript ini berfungsi :

Nota : Berfungsi untuk semua jenis browser termasuklah Firefox, Opera, Safari dan juga Chrome

Simpan Sebagai Format (FLV)

Langkah 1 :

Bukak laman web Youtube dan cari video kegemaran anda. Seperti contoh diatas aku sedang menonton klip video dari Lady Gaga - Bad Romance.

Langkah 2 :

Copy salah satu kod dibawah dan pastekan pada address bar browser anda. Tekan enter bagi proses muat turun dapat dijalankan.


javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&l=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['l'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];



javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];

Langkah 3 :


Seterusnya namakan file video dan tukarkan extension formatnya kepada .flv. Seperti contoh Lady Gaga - Bad Romance.flv

Simpan Sebagai Format (MP4 - High Resolution)

Jika anda mahu muat turun video dalam format MP4 berkuali tinggi, ikuti langkah yang sama di atas dan bagi langkah 2 hanya copy salah satu kod dibawah dan pastekan pada address bar browser anda. Seterusnya tekan enter bagi proses memuat turun dapat dijalankan.


javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&fmt=18&l=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['l'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];



javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&fmt=18&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];

Bagi Langkah 3 pula hanya tukarkan extension formatnya kepada .mp4.

Nota : Aku jarang guna kod2 camni, selalu pkai addons dari firefox je la ;D


Related Posts with Thumbnails