Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts
Showing posts with label Telefon Bimbit. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Thursday, June 17, 2010

Menghantar Sms Percuma Dengan Aplikasi Facebook

Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia.

Ikuti Langkah Di Bawah :

1.) Login masuk pada akaun Facebook anda

2.) Pergi pada halaman http://www.dodotext.com/

3.) Klik pada butang Allow

4.) Seterusnya klik Add to Profile

5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.

Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.

6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.

Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.

Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :

http://www.cybernetic88.com/2010/01/sms-spammer-program-edition-v1-release.html

http://www.cybernetic88.com/2010/01/foreversms-hantar-sms-percuma-melalui.html

Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P


Wednesday, June 9, 2010

Pelbagaikan Status Facebook Anda Dengan FunnyFacebook

FunnyFacebook adalah laman yang dibangunkan oleh Eko Priyanto (gecko) iaitu seorang pengemar PHP dari Indonesia. Di FunnyFacebook anda dapat mengemaskinikan status anda dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia seperti iPhone 4, Blackberry, iPad, Ps3, Nokia 3310 dan lebih 17251 aplikasi yang tersenarai sekarang ini. Sebelum ini anda biasanya menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau melayari sahaja Facebook menggunakan Facebook Mobile dan aplikasi yang tersedia untuk mengemaskini status anda, kini dengan FunnyFacebook anda dapat pelbagaikan status anda dengan aplikasi2 yang menarik.

Cara Menggunakan FunnyFacebook :

p/s : Login masuk dulu pada akaun Facebook anda

1.) Pergi pada funnyfacebook.tk

2.) Pilih pada random device yang tersedia ataupun tekan browse untuk lebih banyak status aplikasi yang boleh digunakan

3.) Sebagai contoh aku menggunakan via iPhone 4. Klik sahaja pada butang Update Via iPhone 4

4.) Satu paparan popup akan muncul dan disitu anda boleh tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan tekan butang Publish apabila selesai

Sebagai Contoh Lihat Pada Gambar Dibawah :

Untuk membuat aplikasi anda sendiri, anda boleh daftar akaun anda di SINI

Layari laman FunnyFacebook Di SINI

Nota : Best bnda ni sbb bley show off kt kwan2. aku dah ada iPhone 4. yeah!. haha


Friday, June 4, 2010

Muat Turun Percuma Permainan, Aplikasi, Tema Untuk Telefon Bimbit Di Mobile9

Adakah anda punya nada dering yang indah atau wallpaper untuk telefon bimbit anda? Adakah anda ingin berkongsi kandungan yang ada pada telefon bimbit dengan orang lain? Mobile9 memberikan anda sebuah platform dalam talian untuk berkongsi nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi. Di Mobile9 juga anda boleh memuat turun secara percuma segala kandungan yang disediakan mengikut jenis telefon bimbit anda. Dengan berjuta-juta ahli yang berdaftar, pilihan besar kandungan percuma telah dikongsikan di laman Mobile9.

Selain memuat turun percuma kandungan yang tersedia, anda boleh menjadi kreatif dengan membuat wallpaper dan nada dering anda sendiri. Terlebih dahulu anda perlu berdaftar pada laman Mobile9 untuk menggunakan alatan yang disediakan.

Mobile9 menyediakan servis mudah bagi mengetahui segala berita yang baru tentang telefon bimbit anda dan memuat turun nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi dengan hanya mencari jenis model telefon bimbit anda pada tab Phone yang tersedia di atas.

Untuk memuat turun hanya 3 langkah mudah yang boleh diikuti, pilih model telefon bimbit anda, cari fail yang diingini, dan akhir sekali muat turun dan pindahkan fail tersebut pada telefon bimbit anda.

Segala permasalah tentang telefon bimbit anda juga boleh ditujukan pada forum di bahagian Community. Pastikan anda berdaftar sebagai ahli pada forumnya untuk bertanyakan soalan dan pastikan juga soalan yang ditanya pada tempat yang sepatutnya.

Sila layari laman Mobile9 di SINI

Laman serupa Zedge.net

Nota : Fuh.. berjam aku dok mencari nada dering yang baru untuk hp aku. haha ;D


Related Posts with Thumbnails