Showing posts with label Logo. Show all posts
Showing posts with label Logo. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita Rasa

Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.

Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.

Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.

Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.

Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda

Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.

Sila layari Shiny Search di SINI

Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!


Tuesday, May 25, 2010

Bermain Google Pacman Secara Offline

Tidak puas rasanya bermain google pacman di laman Google kerana masa yang diberikan terhad hanya untuk 48 jam. Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerana terdapat 2 cara bagaimana untuk bermain pacman secara offline iaitu dengan pergi pada halaman http://www.google.com/pacman/ dan juga memuat turun google pacman ini dari salah satu laman di bawah.

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/391405914/Google_Pacman_By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?mz2mmnnwjg1

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=Z9CHQ0DY

Kredit diberikan kepada notakosong.

Nota : Old school game is cool meh!


Saturday, May 22, 2010

IconsPedia : Sumber Icon Percuma

IconsPedia adalah sumber ikon yang luas dan bercirikan bebas. Jika anda mencari sesuatu yang baru untuk laman web anda, anda pasti dapat mencari apa yang anda inginkan dalam koleksi yang pelbagai ini. Ikon2 yang kebanyakannya terdapat di IconsPedia adalah hasil sumbangan dari designer dan sering kali penambahan ikon tersebut tidak terdapat di laman2 yang web lain.

Icon set tersebut akan disusun dalam koleksi, termasuk Haiwan, Seni, Tanda, Perniagaan, Kartun, Komputer, Makanan & Minuman, Games, Percutian, Internet, Media, Filem & TV, Musik, Objek, Alam, Sukan, dan Kenderaan. Anda boleh memuat turun ikon baru setelah ianya ditambah ke IconsPedia dengan mengikuti perkembangan di blog atau twitter.


Ciri-ciri IconsPedia :

* Ikon berkualiti tinggi tersedia untuk website anda.
* Ribuan set icon berkualiti tinggi untuk dipilih.
* Pelbagai pilihan profesional.
* Icon disajikan dalam format PNG, ICO dan juga ICN.
* Tersedia untuk kegunaan peribadi dan komersial.

Sila layari IconsPedia di SINI


Monday, May 17, 2010

Paper Critters : Membuat Desktop Origami Di Browser Anda

Papercritters.com halaman interaktif yang penuh dengan warna untuk membuat desktop origami di browser anda yang merupakan campuran antara anime dan paintshop. Laman ini dibangunkan menggunakan Adobe Flash Player jadi disarankan sebelum menggunakan paper critters terlebih dahulu pasangkan pemain flash pada komputer anda. Pereka laman ini memberikan keseluruhan kawalan ke atas setiap ciri mainan mereka dan anda boleh memilih warna, konfigurasi tubuh, raut wajah, dan sikap. Terdapat juga beberapa pilihan untuk membuat watak origami anda sebagai setia, jahat, lucu, atau pemberontak.

Ada pelbagai saiz untuk dipilih dan pandangan dari beberapa sudutnya juga kelihatan lancar. Setelah membuat origami anda sendiri, anda boleh pergi ke Colony dan melihat origami lain yang dihasilkan dari segi kedudukan keperibadian mereka, dan menetapkan mereka sesuai dengan karakteristik lain. Ini merupakan website yang menarik dan sangat interaktif dimana pengguna mempunyai jumlah keseluruhan kawalan ke atas hasil produk dan boleh memberi komen pada origami lain, mengumpul, berkongsi, dan mencetaknya.

Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk mencantikkan hasil origami anda

Contoh origami penuh yang telah dihasilkan. (Sebijik macam amoi)

Layari PaperCritters di SINI

Nota : Aku xberseni, jadi hasil origami aku xda. HAHA. korang nk buatla sendiri. lalala


Thursday, April 15, 2010

Membuat Avatar Di unique.rasterboy.com

Unique.Rasterboy.com adalah laman dimana anda dapat membuat kartun versi diri sendiri atau teman2 anda. Anda boleh menggunakan watak kartun yang telah anda buat untuk digunakan pada halaman rangkaian sosial seperti myspace, facebook, friendster dan juga mungkin pada blog anda. Laman ini dibina berdasarkan flash, oleh itu sila pastikan komputer anda sudah siap dipasang dengan pemain flash.

Sebelum anda memasuki laman ini sebuah prompt akan dipaparkan pada laman utama. Di situ anda perlu memilih jantina bagi avatar anda samaada lelaki atau perempuan. Apabila anda telah memilih jantina, kini anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memilih warna kulit. Setelah itu, beberapa link akan disediakan bagi anda untuk menyesuaikan avatar anda dengan memberikannya rambut, topi, seluar, kasut, aksesori, haiwan kesayangan dan bermacam lagi.

Beberapa Contoh Avatar Yang Dihasilkan :





Laman web ini sangat disyorkan kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang bagus dan meningkatkan daya kreativiti anda dalam membuat versi kartun pada diri anda dan orang lain.

Kunjungi http://unique.rasterboy.com/

Credit to Diden (Abg Hensem)

Nota : Avatar korang cantik ke?. ceh =P


Thursday, April 1, 2010

Dapatkan Logo Percuma Di Logo Instant

Jika anda memerlukan logo dengan segera tapi anda tidak mempunyai idea untuk melakarkannya, apa kata anda cuba pergi pada laman Logo Instant. Logo Instant adalah perkhidmatan logo dimana ianya mengeluarkan logo yang baru setiap hari. Logo ini sememangnya percuma untuk dimuat turun dan digunakan secara peribadi atau digunakan secara komersial dan ianya datang dalam Adobe Photoshop fail sehingga anda boleh mengedit nama atau membuat perubahan bagi mencantikkan lakaran logo tersebut.

Berikut adalah beberapa contoh logo yang menarik terdapat di Logo Instant. Apa kata anda mengambil sedikit masa dengan meneliti setiap logo di laman ini dan membuat sendiri logo yang lebih menarik dengan mengambil serba sedikit idea dari logo yang telah anda lihat.

Layari Logo Instant

Nota : Dah pandai buat logo sendiri?. jom la kongsi =D


Related Posts with Thumbnails