Showing posts with label Programmer. Show all posts
Showing posts with label Programmer. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Menghantar Sms Percuma Dengan Aplikasi Facebook

Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia.

Ikuti Langkah Di Bawah :

1.) Login masuk pada akaun Facebook anda

2.) Pergi pada halaman http://www.dodotext.com/

3.) Klik pada butang Allow

4.) Seterusnya klik Add to Profile

5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.

Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.

6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.

Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.

Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :

http://www.cybernetic88.com/2010/01/sms-spammer-program-edition-v1-release.html

http://www.cybernetic88.com/2010/01/foreversms-hantar-sms-percuma-melalui.html

Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P


Wednesday, June 9, 2010

Pelbagaikan Status Facebook Anda Dengan FunnyFacebook

FunnyFacebook adalah laman yang dibangunkan oleh Eko Priyanto (gecko) iaitu seorang pengemar PHP dari Indonesia. Di FunnyFacebook anda dapat mengemaskinikan status anda dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia seperti iPhone 4, Blackberry, iPad, Ps3, Nokia 3310 dan lebih 17251 aplikasi yang tersenarai sekarang ini. Sebelum ini anda biasanya menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau melayari sahaja Facebook menggunakan Facebook Mobile dan aplikasi yang tersedia untuk mengemaskini status anda, kini dengan FunnyFacebook anda dapat pelbagaikan status anda dengan aplikasi2 yang menarik.

Cara Menggunakan FunnyFacebook :

p/s : Login masuk dulu pada akaun Facebook anda

1.) Pergi pada funnyfacebook.tk

2.) Pilih pada random device yang tersedia ataupun tekan browse untuk lebih banyak status aplikasi yang boleh digunakan

3.) Sebagai contoh aku menggunakan via iPhone 4. Klik sahaja pada butang Update Via iPhone 4

4.) Satu paparan popup akan muncul dan disitu anda boleh tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan tekan butang Publish apabila selesai

Sebagai Contoh Lihat Pada Gambar Dibawah :

Untuk membuat aplikasi anda sendiri, anda boleh daftar akaun anda di SINI

Layari laman FunnyFacebook Di SINI

Nota : Best bnda ni sbb bley show off kt kwan2. aku dah ada iPhone 4. yeah!. haha


Thursday, May 27, 2010

Semak Privasi Facebook Anda Dengan ReclaimPrivacy

Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah cukup terpelihara dengan apa yang anda berkongsi di Facebook, maka ReclaimPrivacy.org mempunyai Bookmarklet untuk membantu anda menjaga hak privasi data yang telah dikongsikan di laman sosial ini. ReclaimPrivacy akan memberitahu anda tentang semua yang perlu diketahui tentang privasi apabila anda berada di sebuah rangkaian sosial, dan juga menyediakan alat untuk mengimbas halaman profil anda. Alat ini bekerja sebagai Bookmarklet yang akan mengimbas halaman Facebook dan memberitahu anda tentang tetapan yang disetkan kepada umum supaya anda boleh menetapkannya dengan betul.

Halaman dan Bookmarklet ini adalah hasil ciptaan jurutera perisian (software engineer), Matt Pizzimenti. Menurut halaman tersebut, dasar privasi ReclaimPrivacy.org iaitu "Kami tidak akan melihat data Facebook anda" dan "Tidak pernah membahagikan maklumat peribadi anda". Pengimbas akan beroperasi sepenuhnya pada sisi client dalam pelayar pengguna katanya.

Untuk menjalankan Bookmarklet dan melihat samaada privasi anda di Facebook selamat atau pun tidak, hanya ikuti langkah2 di bawah :

1. Tarik butang Scan For Privacy ke panel bookmark pelayar anda.

2. Pergi pada tetapan privasi Facebook anda dan tekan pada bookmarklet tersebut.

3. Anda akan melihat serangkaian semakan privasi yang menyemak tetapan privasi anda dan memperingatkan anda tentang tetapan yang mungkin disetkan secara umum.

Layari laman ini di SINI

Nota : Anda rasa data anda selamat di Facebook?. lu fikirlah sendiri!.HAHA


Tuesday, May 11, 2010

Bit.ly Shorten URL V2 (Updated)

Bit.ly Shorten URL V2 adalah versi update atau kemas kini dari versi yang terdahulunya "Bit.ly Shorten URL Program". Versi kali ini aku tukarkan keseluruhan interface berpandukan laman web asalnya iaitu Bit.ly. Semua fungsi telah diaturbaikkan dan segala bug juga telah dibaiki. Maka versi 2 adalah lebih stabil dan lebih laju untuk digunakan. Bagi sesiapa yang kerap kali menggunakan Bit.ly, anda haruslah mencuba program ini kerana ianya sangat memudahkan bagi proses memendekkan URL yang panjang tanpa perlu pergi pada halamannya.

Bit.ly Shorten URL V2 Funtion :

* New designed interfaced on this program
* Super fast to shorten URL
* Fixed bugged on error when grabbing data
* Slider more faster than v1

Bit.ly Shorten URL V2 ScreenShot :


Bit.ly Shorten URL V2 Download :
Rapidshare

http://rapidshare.com/files/386268171/Bit.ly_Shorten_URL_V2_By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?hwtytujfz2x

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=UG1YFX92

Nota : Bit.ly laman yang sangat popular untuk memendekkan URL yang panjang. cool ;D


Thursday, May 6, 2010

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Now Released!

Bagi yang ternanti2 keluaran versi terbaru Malaysian Radio kini anda sudah boleh dapatkannya dan memuat turun secara percuma. Malaysian Radio V4 terbaru ini kami jadikan temanya sebagai (Black Edition) kerana ianya nampak lebih kemas, bergaya dan juga menawan dengan berlatarkan hitam. Pelbagai fungsi baru yang ditambah antaranya ialah tempat berborak (Chatting Room) yang mungkin akan menaikkan lagi pengguna Malaysian Radio ini. Terdapat juga fungsi yang dibuang seperti Lite Skin kerana kami rasa fungsi ini tidak diperlukan pada tema (Black Edition).

Bagi fungsi terbaru Malaysian Radio V4 (Black Edition) iaitu Chatting Room, akan terdapat 5 moderator yang mengawal bagi mengelakkan berlakunya spam atau perkara tidak diingini. Dilarang meminta menjadi moderator, hanya yang berpengalaman dan layak sahaja akan menjadi moderator.

Untuk melihat fungsi yang ditambah, dikemaskini dan dibuang, anda boleh lihat senarai penuh dibawah : (English Only)

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Function :

* Malaysian Radio V4 now black edition
* New splash screen
* New Malaysian Radio V4 header
* New server radio (All radio 71)
* New sound on start and exit program
* Fixed on volume control (mute button)
* Mr Effect (Flash Taskbar)
* Disconnect/reconnect to reset your internet connection
* Remove lite skin
* Chatroom on Malaysian Radio V4
* 5 moderator will take place to avoid spammer while chatting
* Rules on chatting included
* Refresh chatting when there are problem to load
* New about GUI
* Now you can donate into maybank account

Malaysian Radio V4 (Black Edition) ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)



Malaysian Radio V4 (Black Edition) Download :

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/384041319/Malaysian_Radio__V4__Black_Edition__By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?cz2eymbnx2z

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=QSH6EN95

Upcoming updated on Malaysian Radio V4 (Black Edition) :

We want to make Malaysian Radio more stable and more functional. Future function that will be made is Status Song and for download streaming radio will still figure out on it.

Nota : Kami nak buat Facebook Fan Pages. Harap korang dapat join ye. Ouh ya segala masalah boleh terus contact kami atau terus bertanya pada moderator. tq


Thursday, April 8, 2010

GBnetic 1.0 (Beta Version) Release Out!

Sudah sebulan rasanya program GBnetic ini tertangguh. Maklumlah aku pun bz sekarang ini dan sebelum ini pun laman gengblogger.com mengalami masalah dengan segelintir golongan yang busuk hati dengan perkembangan GB ini. Sekarang GB pun sudah bertukar server dan kembali pulih seperti sediakala. Dan dengan itu program GBnetic ini pun dapat diteruskan dan kini sudah siap sepenuhnya dibangunkan.

GBnetic adalah hasil keluaran program yang ketiga aku untuk gengblogger. Program yang lepas korang boleh pergi pada entri yang lepas iaitu "GengBlogger Easy Ping (Only In GengBlogger)" dan "GengBlogger Ultimate Chatting (Only In GengBlogger)". Keluaran program ini aku biarkan sebagai Beta Version dahulu kerana aku nak lihat jika terdapat bug2 yang perlu dibaiki dan kemungkinan tentang security yang perlu diambil berat. Ingin melihat fungsi, screenshot atau muat turun GBnetic sila lihat dibawah. (English)

GBnetic Function :

* Fully nice interfaced and easy to used.
* Login into your account based on your userid.
* GB Profile = grab all data on your profile included picture (Only for person connect into facebook only).
* GB Radio = Have more than 70! (Updated) server radio based on my other program (Malaysian Radio! V3).
* GB Ping = Ping all your new and old entry. Fully category input. All ping will automatically put ::Ping Program:: on last title.
* GB Chat = Chatting with all your friend on gengblogger (Chatting same as GB).
* GB Game = Choose from 6 games that has been listed (Will update more game). Load flash game with 2 options whether using URL or browse on your computer. Download all your favourite flash game into c:/Documents and Setting. 3 flash game site included.
* GB About = All about credit, version, program name, programmer, website and also donation.

GBnetic ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)







GBnetic Download :

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/373849973/GBnetic_1.0__Beta_Version__By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?jomkdimvgog

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=1AAI0F29

Upcoming updated on GBnetic :

For our upcoming updated we think we should make this GBnetic program more reliable and more secure. We also have idea to make another tab on GBnetic that call GB Browser so people can easy searching and always keep update.

Make GBnetic more compatible with all windows OS. Now GB work on window xp service pack 2, windows 7 (all except GB Profile), and window vista.

Fixed some characters that not work on title when you ping to GB. Those characters that bugged is ' and &.

Nota : Still banyak bug ni. huhu. btw beta version baru. Kalau rasa ada cadangan sila contact aku k.


Friday, April 2, 2010

Dilema Suami Seorang Programmer

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters.. .

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It’s by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. ”

http://www.zuwairiaiman.com/blog/

Nota : Kalu aku cmne?. erk. haha


Related Posts with Thumbnails