skip to main |
skip to sidebar
 Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.
Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.
Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.
Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.
Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda
Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.
Sila layari Shiny Search di SINI
Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!
 Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia. Ikuti Langkah Di Bawah :
1.) Login masuk pada akaun Facebook anda
2.) Pergi pada halaman http://www.dodotext.com/
3.) Klik pada butang Allow
4.) Seterusnya klik Add to Profile
5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.
Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.
6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.
Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.
Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :
http://www.cybernetic88.com/2010/01/sms-spammer-program-edition-v1-release.html
http://www.cybernetic88.com/2010/01/foreversms-hantar-sms-percuma-melalui.html
Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P
Facebook kini telah menambah satu fungsi terbaru iaitu anda boleh " Like" komen seseorang. Sepertimana yang anda tahu dahulunya fungsi " like" tersebut digunakan untuk " like" status terbaru pada wall rakan2, dan juga apa2 perkembangan pada suapan terkini anda. Namun ciri " like" ini telah dikembangkan dan anda boleh " like" mana2 komen rakan anda. Kadang2, dalam komen anda, anda mendapati komen yang rakan anda telah hantarkan itu sesuatu yang menarik, kini anda boleh menyatakan terima kasih anda dengan menekan " like" pada komen tersebut.
Sebelum komen di "like"
Selepas komen di "like".
Berikut adalah kandungan yang diambil dari Facebook Blog :
"Since first launching the “Like” feature in 2009 and the ability to comment on News Feed storiesin 2008, we’ve seen these features become central to the way people communicate on Facebook. They’re two of the most heavily used features on the site and have proven to be a simple way to discuss posts and show appreciation for the content friends share on Facebook."
Nota : skng kalu nk like komen kawan2 kn sng. yeah. suka. haha :D
FunnyFacebook adalah laman yang dibangunkan oleh Eko Priyanto (gecko) iaitu seorang pengemar PHP dari Indonesia. Di FunnyFacebook anda dapat mengemaskinikan status anda dengan menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia seperti iPhone 4, Blackberry, iPad, Ps3, Nokia 3310 dan lebih 17251 aplikasi yang tersenarai sekarang ini. Sebelum ini anda biasanya menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas atau melayari sahaja Facebook menggunakan Facebook Mobile dan aplikasi yang tersedia untuk mengemaskini status anda, kini dengan FunnyFacebook anda dapat pelbagaikan status anda dengan aplikasi2 yang menarik. Cara Menggunakan FunnyFacebook :
p/s : Login masuk dulu pada akaun Facebook anda
1.) Pergi pada funnyfacebook.tk
2.) Pilih pada random device yang tersedia ataupun tekan browse untuk lebih banyak status aplikasi yang boleh digunakan
3.) Sebagai contoh aku menggunakan via iPhone 4. Klik sahaja pada butang Update Via iPhone 4
4.) Satu paparan popup akan muncul dan disitu anda boleh tulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran dan tekan butang Publish apabila selesai
Sebagai Contoh Lihat Pada Gambar Dibawah :
Untuk membuat aplikasi anda sendiri, anda boleh daftar akaun anda di SINI
Layari laman FunnyFacebook Di SINI
Nota : Best bnda ni sbb bley show off kt kwan2. aku dah ada iPhone 4. yeah!. haha
|