Showing posts with label Gmail. Show all posts
Showing posts with label Gmail. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita Rasa

Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.

Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.

Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.

Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.

Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda

Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.

Sila layari Shiny Search di SINI

Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!


Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Sunday, June 13, 2010

LetterMeLater : Perhantaran Email Secara Berjadual

LetterMeLater adalah sebuah laman menarik yang menawarkan satu fungsi yang mungkin tidak dimiliki oleh mana2 servis email seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya. Anda boleh menulis emel dan menjadualkan bila emel tersebut mesti dihantar pada bila2 masa yang anda inginkan. Ianya memberikan lebih kawalan apabila sesuatu emel yang ingin dihantar pada waktu yang tertentu akan diedarkan dengan tepat.

Untuk menggunakan servis ini, anda perlu berdaftar di LetterMeLatter. Hanya masukkan emel anda sendiri yang akan digunakan sebagai alamat emel keluar dan juga emel masuk daripada pengirim/penerima. Emel yang dibalas oleh penerima akan masuk pada inbox servis emel anda dan bukannya pada akaun LetterMeLater.


Senarai Ciri2 LetterMeLater :

- Tentukan tarikh yang sesuai untuk anda menghantar email (hingga minit)
- Mengurus jadual emel anda. Jika perlu anda boleh mematikan pengeditan dari beberapa emel sebelum emel dihantar dengan menyemak pada "Do not let me see or edit this email until after it's been sent."
- Menghantar peringatan apabila emel anda telah dihantar selepas 3 hari dengan menyemak pada "Remind"
- Kirim emel berjadual dari alamat emel anda
- Import kenalan yang ada pada alamat buku dan membuat senarai emel kumpulan
- Membuat emel berulang-ulang (setiap minggu/2 minggu/bulan/tahun..)
- Tiada iklan akan ditambah pada emel anda
- Menyokong sisipan fail, widget khas, menghasilkan emel HTML dll

Sila layari LetterMeLater di SINI

Nota : Bagi yang ada bisnes dan perlukan penghantaran emel secara besar2an boleh gunakan servis ini. TAPI.. jangan gunakan sebagai emel spam okae :D


Related Posts with Thumbnails