Friday, July 2, 2010

Blogger Draft Memperkenalkan Fungsi Stats/Analytics

Berita baik bagi blogger yang menggunakan platform blogger/blogspot kerana Blogger kini memperkenalkan fungsi terbarunya iaitu stats/analytics terus dari dashboard anda sendiri. Fungsi terbaru ini hanya boleh dilihat apabila anda login masuk ke draft.blogger.com sahaja dan disitu akan terdapat tab baru "Stats" di dashboard anda. Antaramuka statistik blogger ini mudah difahami dan aku senang menggunakannya.

Statistik blogger memaparkan lalu lintas dan sumber info untuk setiap posting, dan ia memaparkan secara real time malah menjaga data historis. Ia juga trek kata kunci (Keywords) carian popular yang menghantar pengunjung ke blog anda, dan membahagiakan trafik mengikut negara, serta web browser yang digunakan dan juga sistem operasi yang digunakan oleh pengunjung.

Pengguna yang menjejaki prestasi blog mereka melalui Google Analytics (Google Analytics) harus menyedari bahawa data Statistik Blogger mungkin berbeza kerana menggunakan mekanisma pengumpulan data yang berbeza. Juga, perlu diingat bahawa Google Analytics juga menawarkan ciri-ciri yang jauh lebih banyak, tetapi hanya dikemaskini setiap beberapa jam, sementara Statistik Blogger mengemas kini datanya dalam masa yang nyata.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan selain dari Google Analytics iaitu Sitemeter, Histat, Statcounter, AWstats dll.

Nota : Blogger semakin lama semakin berkembang. Hebat bukn? :D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails