Sunday, July 4, 2010

Share Button Terbaru Bagi Pengguna Blogspot

Berkongsi entri adalah ciri penting bagi blogger. Ketika pembaca anda menemui sebuah posting menarik, mereka mungkin ingin berkongsikan dengan orang lain, dan sekaligus ini membawa lebih banyak trafik ke blog anda. Sekarang ini blogger menawarkan fungsi terbarunya iaitu "Share Button". Butang share baru ini ditempatkan dibawah setiap posting dan membiarkan pembaca blog anda dengan mudahnya berkongsikan setiap posting anda melalui email, blogger, dan rangkaian sosial popular iaitu, buzz google, twitter dan facebook. Blogger juga telah merancang untuk menambahkan lebih banyak perkhidmatan di masa akan datang.

Blogger juga mempunyai share link di bahagian navbar, tapi untuk meningkatkan kemudahan anda, kini boleh memasang dengan mudah butang share di bawah post dan mempunyai ikon rollover yang bagus. Untuk twitter, telah diintergrasikan dengan URL shorterner goo.gl untuk memberikan ruang maksimum dalam men "tweet" untuk membuat atau menambah ulasan anda sendiri.

Cara Memasang Share Button Pada Blogspot :

1.) Login masuk akaun blogger anda dan pergi pada Design dan terus pada Page Elements

2.) Pergi pada Edit di Blog Post anda dan akan muncul satu popup Configure Blog Posts

3.) Seterusnya tandakan di bahagian Show Share Buttons

4.) Ubah posisi share button melalui seret dan lepas mengikut kesesuaian dan senang bagi pembaca untuk berkongsikan entri anda.

5.) Tekan butang Save dan lihat hasilnya. Untuk contoh sila lihat di blog http://tubegambar.blogspot.com/

Kredit untuk Ezany

Nota : Hoho. mkin banyk fungsi blogger yang baru ni. :D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails