Showing posts with label Addon. Show all posts
Showing posts with label Addon. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Firefox 4.0 Beta 1 Candidate

Mozilla dalam diam2 telah mengeluarkan calon beta pertama untuk versi terbaru iaitu Firefox 4.0 Beta 1 Candidate dan berniat untuk mengeluarkan beberapa kemas kini pada minggu2 menjelang pelancaran rasmi pelayar tersebut pada bulan November ini. Pengembang pertama membawa nama dengan membina Firefox 3.7, tapi dengan cepat ianya membina pelayar baru versi ke 4 bagi menunjukkan bahawa Firefox masih salah satu pelayar yang terkemuka saat ini. Ada beberapa perubahan yang terlihat di atasnya seperti tab di atas address bar, menyokong Aero Peek dll.

Setelah pelayar firefox beta 4 dibuka, anda boleh melihat perubahan yang signifikan pada menu bar browser. Pendapat aku, firefox 4 ini kelihatan sangat mirip dengan Google Chrome. Hal ini menampakkan pembangun firefox mengambil langkah drastik bagi memajukan pelayarnya.

Pengurus addons juga mengalami beberapa perubahan yang nyata, dan bukan membuka dalam tetingkap baru seperti sebelumnya, sekarang mempunyai laman khusus itu sendiri (atau tab) supaya anda boleh menguruskan addons jauh lebih mudah.

Beberapa Screenshot Firefox 4.0 Beta 1 Candidate :



Seperti kebanyakan beta, keluaran ini cenderung mempunyai bug dan tidak dioptimumkan sebaiknya sebelum versi lengkapnya telah selesai. Secara keseluruhan, Ini jelas kelihatan bahawa versi baru Firefox jauh lebih bagus, dan moden bagi versi sebelumnya.

Bagi anda yang tertarik mencuba versi beta ini, maka anda memuat turunnya di SINI.


Wednesday, June 2, 2010

DontPhishMe : Addon Anti-Phishing Untuk Mozilla Firefox

DontPhishMe adalah addon Anti-Phishing untuk Mozilla Firefox yang memberitahu anda jika sesuatu laman web perbankan online yang anda lawati tampaknya akan meminta maklumat peribadi atau kewangan dengan alasan palsu. Jenis serangan ini, dikenali sebagai phishing atau spoofing yang sekarang ini menjadi lebih canggih, luas dan berbahaya. Itulah mengapa pentingnya anda untuk menggunakan semasa melayari internet dengan selamat apabila menggunakan addon DontPhishMe. DontPhishMe secara automatik akan memberi amaran kepada anda apabila anda telah menemui sebuah laman yang berusaha untuk menipu anda supaya mendedahkan maklumat peribadi.

Addon ini adalah inisiatif dari MyCERT, CyberSecurity Malaysia bagi memberikan mekanisme keselamatan dalam mencegah ancaman phishing talian banking secara khusus untuk bank Malaysia tempatan.


Senarai Disokong Halaman Perbankan Online :

- Maybank2u
- Cimbclicks
- Public Bank
- Bank Rakyat
- Bank Islam
- HSBC
- EON Bank
- UOB
- AMBank
- OCBC
- RHB
- Citibank
- Standard Chartered Bank
- Al Rajhi Bank

Komen Pembangun (Developer) :

DontPhishMe memerlukan kerjasama anda untuk melaporkan / memberitahu kami untuk mendapatkan hasil palsu positif (false positive) atau negatif palsu (false negative).

Perubahan pada website Bank asli mungkin mencerminkan hasil dari plugin ini.

Sila memberitahu kepada kami jika ada bank lain di Malaysia yang memberikan penyelesaian perbankan online yang belum disokong oleh DontPhishMe.

Kredit [penyumbang] :
1) Shahrir (Geekzlife.net)
2) Ismail Mohd Norfaizah Siti
3) Tabrani Muhammad Hafiz
4) Hairul Anuar, MCMC

Kredit [laporan bug] :
1) Adli Abd Wahid
2) Idris Ahmad Azizan
3) Mohammad Nur Mohammad Kamil Alta
4) Shah Mohamed Hatta
5) Hafez Kamal

Kredit [ujian & ulasan] :
1) Alip Asri Aswalid
2) Nabi Zakaria Faisal Farhan
3) Taqiyuddin Ahmad Izuddin

Untuk memasang addon ini sila layari di SINI

Nota : Sokong addon buatan Malaysia!. haha ;D


Related Posts with Thumbnails