Showing posts with label Friendster. Show all posts
Showing posts with label Friendster. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita Rasa

Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.

Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.

Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.

Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.

Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda

Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.

Sila layari Shiny Search di SINI

Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!


Thursday, April 15, 2010

Membuat Avatar Di unique.rasterboy.com

Unique.Rasterboy.com adalah laman dimana anda dapat membuat kartun versi diri sendiri atau teman2 anda. Anda boleh menggunakan watak kartun yang telah anda buat untuk digunakan pada halaman rangkaian sosial seperti myspace, facebook, friendster dan juga mungkin pada blog anda. Laman ini dibina berdasarkan flash, oleh itu sila pastikan komputer anda sudah siap dipasang dengan pemain flash.

Sebelum anda memasuki laman ini sebuah prompt akan dipaparkan pada laman utama. Di situ anda perlu memilih jantina bagi avatar anda samaada lelaki atau perempuan. Apabila anda telah memilih jantina, kini anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memilih warna kulit. Setelah itu, beberapa link akan disediakan bagi anda untuk menyesuaikan avatar anda dengan memberikannya rambut, topi, seluar, kasut, aksesori, haiwan kesayangan dan bermacam lagi.

Beberapa Contoh Avatar Yang Dihasilkan :





Laman web ini sangat disyorkan kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang bagus dan meningkatkan daya kreativiti anda dalam membuat versi kartun pada diri anda dan orang lain.

Kunjungi http://unique.rasterboy.com/

Credit to Diden (Abg Hensem)

Nota : Avatar korang cantik ke?. ceh =P


Related Posts with Thumbnails