Pernah anda bermain permainan klasik bernama Super Mario Bros dan seringkali tertanya-tanya apakah rasanya jika watak dari permainan video yang lain dimasukkan ke dalam Super Mario Bros ini?. Pastinya ianya sangat menyeronokkan. Tidak hairanlah kerana Super Mario Crossover telah pun wujud. Ini adalah permainan pertama dari Exploding Rabbit dan ianya mengambil setahun untuk disiapkan oleh programmer Jay Pavlina. Sesuatu yang sangat menarik, dan anda patut sendiri mencuba bermainnya. Dalam versi ini, anda boleh memilih untuk tidak bermain hanya sebagai Mario, tetapi juga sebagai watak dari permainan lain seperti Link, Bill R, Simon, Megaman dan juga Simus. Permainan :
Untuk bermain permainan ini anda hanya perlu ke laman flash NewGrounds. Permainan ini berasaskan flash, oleh itu pastikan pelayar anda mempunyai pemain flash. Anda dapat menyedari permainan ini adalah gubahan dari Super Mario Bros yang asli. Terdapat satu perbezaan di sini, anda boleh boleh memilih salah satu dari enam karakter permainan video untuk bermain.
Watak :
Terdapat 6 watak: Mario, Link (daripada siri Legend of Zelda), Bill (dari Contra), Simon (dari Castlevania), Mega Man, dan Samus (dari METROID).
Setiap watak telah diberikan pergerakan yang berbeza dari Mario. Link, contohnya, mempunyai pedang yang dapat menghancurkan batu bata (bahkan dari atas!) Bill memiliki senjata, dan dengan menggunakan senjata dengan senang anda boleh membunuh goombas.
Setiap watak hadir dengan muzik mereka sendiri yang berbeza daripada permainan siri masing-masing. Jika anda telah bermain Mario Bros sebelum ini, dan setidaknya salah satu permainan berasal watak yang dipilih, saya jamin anda akan menikmati pengalaman yang menyeronokkan ini.
Pergerakan Bagi 6 Watak Dalam Mario Bros Crossover :
* Mario - Mario hanya watak dengan kemampuan untuk berlari. Dia juga mendapat kekuatan bola api ketika ia mendapat bunga seperti di SPN Mario asli. Mario tidak memiliki serangan alternatif dengan S.
* Link - Sementara di udara, link boleh melakukan tolak ke atas atau ke tolak ke bawah dengan menekan atas atau ke bawah. Dia juga boleh membaling bumerang ke musuh untuk dan mengambil item dengan menekan S.
* Bill R. - Bill boleh menembak ke arah yang berbeza jika anda terus naik dan turun semasa bergerak. Kuasanya sangat bagus sekali jika anda mendapatkan dia bunga.
* Simon - Menggunakan cambuk untuk membunuh musuh. Dia juga boleh melompat berganda di udara jika anda menekan butang lompat dua kali. Simon juga boleh membaling kapak dengan menekan S. Dia boleh melemparkan kapak dengan banyak dengan mendapatkan cendawan atau kekuatan senjata.
* Megaman - Menggunakan meriam pistol untuk menembak musuh. Dia juga boleh meluncur dengan menekan butang bawah dan Z, sementara di tanah untuk kelajuan. Ketika megaman mendapatkan cendawan atau senjata ia dapat mengisi pistol meriam untuk mendapatkan ditembak yang sangat kuat.
* Samus - Samus menggunakan blasting untuk menembak musuh. Dia juga boleh berubah menjadi bola dengan menekan ke bawah. Sementara dalam bentuk bola dia boleh menguruskan bom dengan menekan X.
Super Mario Bros. Crossover Version 1.1 Trailer :
Versi 1.1 akan dikeluarkan tidak lama lagi pada 25 jun 2010. Dibawah adalah sedikit trailer dari permainan Super Mario Bros Crossover Versi 1.1.
Laman web rasmi di Exploding Rabbit Untuk bermain permainan Super Mario Bros Crossover sila klik di SINI
Nota : pergh. game ni terbaik. old school game beb. haha. lagi2 bley tukar karakter. aku suka pkai megaman. hahaha! ;D
Keybr.com adalah laman yang direka sebagai sebuah permainan flash yang boleh membantu anda meningkatkan kemampuan menaip anda. Anda boleh memilih perkataan secara rawak yang disediakan Keybr.com dan cuba menaipnya sepantas dan setepat yang anda boleh. Sekiranya anda bosan dengan perkataan yang sama, anda boleh mengimport kandungan daripada laman web dan blog untuk anda cuba menaipnya. Mana2 perkataan yang tersilap taip akan ditandakan dengan warna merah. Graf prestasi turut disediakan untuk anda melihat prestasi pencapaian anda dari semasa ke semasa dan dengan itu anda boleh mencatatkan nama anda sebagai penaip terpantas di lamannya. Jika anda mahukan lebih cabaran anda boleh pilih pada mod random text dan memilih pada tahap level ke 3.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentangKeybr.com anda boleh pergi pada bahagian help. Di sini terdapat peraturan dan penerangan yang lengkap bagaimana menggunakan keybr dengan sebaiknya. Bagi menyenangkan anda memuat masuk kandungan yang terdapat pada mana2 laman anda boleh memasangkan butang keybr pada pelayar. Hanya seretkan butang keybr tersebut pada bookmark toolbar anda.
Anda mahu hostkan fail swf anda dengan cepat?. Jadi SwfCabin adalah penyelesaian terbaik untuk hostingkan segera swf, dimana fail swf yang dihostkan secara automatik akan diletakkan segera pada lamannya. SwfCabin membolehkan anda untuk menerbitkan fail swf anda dengan mudah. Dengan antara muka yang mudah anda hanya perlu memilih fail swf anda dan pilih sama anda anda ingin membenarkan fail yang telah dimuat turun diundi dan juga memudahkan pencarian swf ini dengan tickkan pada Allow Search. Setiap fail swf yang dimuat naik akan diberikan ID timestamp yang unik menyambung kesemua butiran fail anda bersama-sama pada satu halaman mudah. Untuk mendapatkan url bagi fail swf anda, terdapat dua cara iaitu dengan mengubah sendiri nama fail melalui View Source dan menggunakan Usercript yang telah dicipta khas untuk mendapatkan URL fail anda.
Bagi cara yang pertama anda hanya perlu menekan pada View Source (CTRL + U) dan mengambil fail yang ada bersebelahan dengan kod SWFObject. Sebagai contoh lihat gambar dibawah :
Cara yang kedua pula anda boleh mendapatkan Usercripts swfCabin flash url di SINI. Untuk menjalankan Usercript ini anda memerlukan pelayar Mozilla dan mempunyai add-ons Greasemonkey. Cara ini lebih senang dari cara yang pertama kerana setelah fail swf anda telah berjaya dimuat naik, satu paparan akan muncul iaitu url flash anda pada kotak butiran swf.
Tidak puas rasanya bermain google pacman di laman Google kerana masa yang diberikan terhad hanya untuk 48 jam. Kini anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerana terdapat 2 cara bagaimana untuk bermain pacman secara offline iaitu dengan pergi pada halaman http://www.google.com/pacman/ dan juga memuat turun google pacman ini dari salah satu laman di bawah.
Logo pada Google boleh dimainkan?. Itulah yang apa yang terjadi pada enjin carian terbesar Google pada hari ini, dalam menyambut perayaan ulang tahun ke 30 pacman hasil keluaran Jepun. Permainan ini boleh diakses pada halaman utama Google dan lengkap dengan 255 tahap dan juga tahap 256 "Kill Screen" sama seperti permainan yang ada pada mesin syiling. The doodle interaktif, yang pertama bagi Google adalah idea dari pengguna berpengalaman Marcin Wichary, yang paparan awal untuk Pacman muncul pada usia lima sewaktu mengembara bersama ayahnya di Poland, seorang kakitangan game, untuk memperbaiki arcade mesin. Wichary bekerja dengan doodler Google,Ryan Germick untuk mencipta desain kini sudah selesai.
Jadi, untuk hari ini sekurang-kurangnya, anda boleh memberitahu rakan2 anda: "Aku mungkin melayari internet dan bermain-main, tapi aku juga menjadi sebahagian daripada sesuatu yang bersejarah."
Anda boleh bermain hanya untuk 48 jam sahaja. Jadi jom bermain Pacman di Laman Google sekarang!
Papercritters.com halaman interaktif yang penuh dengan warna untuk membuat desktop origami di browser anda yang merupakan campuran antara anime dan paintshop. Laman ini dibangunkan menggunakan Adobe Flash Player jadi disarankan sebelum menggunakan paper critters terlebih dahulu pasangkan pemain flash pada komputer anda. Pereka laman ini memberikan keseluruhan kawalan ke atas setiap ciri mainan mereka dan anda boleh memilih warna, konfigurasi tubuh, raut wajah, dan sikap. Terdapat juga beberapa pilihan untuk membuat watak origami anda sebagai setia, jahat, lucu, atau pemberontak. Ada pelbagai saiz untuk dipilih dan pandangan dari beberapa sudutnya juga kelihatan lancar. Setelah membuat origami anda sendiri, anda boleh pergi ke Colony dan melihat origami lain yang dihasilkan dari segi kedudukan keperibadian mereka, dan menetapkan mereka sesuai dengan karakteristik lain. Ini merupakan website yang menarik dan sangat interaktif dimana pengguna mempunyai jumlah keseluruhan kawalan ke atas hasil produk dan boleh memberi komen pada origami lain, mengumpul, berkongsi, dan mencetaknya.
Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk mencantikkan hasil origami anda
Contoh origami penuh yang telah dihasilkan. (Sebijik macam amoi)
Teringin membuat suasana di dalam entri blog anda kelihatan lebih menarik dan meriah?. Apa kata anda cuba memasangkan flash audio player pada entri dimana penulisan yang mungkin anda rasa perlu bermain dengan sedikit emosi supaya entri anda itu kelihatan seakan "hidup". Untuk memasangkan flash audio player ini anda boleh ikuti beberapa langkah mudah dibawah. Langkah 1 :
Pergi dashboard > Layout > Edit HTML dan muat turun terlebih dahulu template anda
Langkah 2 :
Carikan kod </head> dengan menekan Ctrl + F pada papan kekunci anda
Unique.Rasterboy.com adalah laman dimana anda dapat membuat kartun versi diri sendiri atau teman2 anda. Anda boleh menggunakan watak kartun yang telah anda buat untuk digunakan pada halaman rangkaian sosial seperti myspace, facebook, friendster dan juga mungkin pada blog anda. Laman ini dibina berdasarkan flash, oleh itu sila pastikan komputer anda sudah siap dipasang dengan pemain flash. Sebelum anda memasuki laman ini sebuah prompt akan dipaparkan pada laman utama. Di situ anda perlu memilih jantina bagi avatar anda samaada lelaki atau perempuan. Apabila anda telah memilih jantina, kini anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memilih warna kulit. Setelah itu, beberapa link akan disediakan bagi anda untuk menyesuaikan avatar anda dengan memberikannya rambut, topi, seluar, kasut, aksesori, haiwan kesayangan dan bermacam lagi.
Beberapa Contoh Avatar Yang Dihasilkan :
Laman web ini sangat disyorkan kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang bagus dan meningkatkan daya kreativiti anda dalam membuat versi kartun pada diri anda dan orang lain.
Sudah sebulan rasanya program GBnetic ini tertangguh. Maklumlah aku pun bz sekarang ini dan sebelum ini pun laman gengblogger.com mengalami masalah dengan segelintir golongan yang busuk hati dengan perkembangan GB ini. Sekarang GB pun sudah bertukar server dan kembali pulih seperti sediakala. Dan dengan itu program GBnetic ini pun dapat diteruskan dan kini sudah siap sepenuhnya dibangunkan. GBnetic adalah hasil keluaran program yang ketiga aku untuk gengblogger. Program yang lepas korang boleh pergi pada entri yang lepas iaitu "GengBlogger Easy Ping (Only In GengBlogger)" dan "GengBlogger Ultimate Chatting (Only In GengBlogger)". Keluaran program ini aku biarkan sebagai Beta Version dahulu kerana aku nak lihat jika terdapat bug2 yang perlu dibaiki dan kemungkinan tentang security yang perlu diambil berat. Ingin melihat fungsi, screenshot atau muat turun GBnetic sila lihat dibawah. (English)
GBnetic Function :
* Fully nice interfaced and easy to used. * Login into your account based on your userid. * GB Profile = grab all data on your profile included picture (Only for person connect into facebook only). * GB Radio = Have more than 70! (Updated) server radio based on my other program (Malaysian Radio! V3). * GB Ping = Ping all your new and old entry. Fully category input. All ping will automatically put ::Ping Program:: on last title. * GB Chat = Chatting with all your friend on gengblogger (Chatting same as GB). * GB Game = Choose from 6 games that has been listed (Will update more game). Load flash game with 2 options whether using URL or browse on your computer. Download all your favourite flash game into c:/Documents and Setting. 3 flash game site included. * GB About = All about credit, version, program name, programmer, website and also donation.
For our upcoming updated we think we should make this GBnetic program more reliable and more secure. We also have idea to make another tab on GBnetic that call GB Browser so people can easy searching and always keep update.
Make GBnetic more compatible with all windows OS. Now GB work on window xp service pack 2, windows 7 (all except GB Profile), and window vista.
Fixed some characters that not work on title when you ping to GB. Those characters that bugged is ' and &.
Nota : Still banyak bug ni. huhu. btw beta version baru. Kalau rasa ada cadangan sila contact aku k.
Sape tak kenal dengan laman web GengBlogger ni kan?. Laman komuniti bagi blogger2 yang kebanyakkan orang melayu. GengBlogger memberikan kelebihan untuk anda semua berkongsi pendapat, pengalaman dalam dunia blogging dan hal2 semasa. Di samping itu GengBlogger juga membolehkan anda untuk Ping kan entri terbaru dari blog anda dan serta merta akan memberikan traffic pada blog. Disini aku ingin memberikan satu berita buruk dan juga berita baik bagi pengguna di GB. Antaranya ialah tentang Security GB dan juga Program GB terbaru aku yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. GengBlogger Tak Secure? :
Hoho tergelk sbntr aku ble dpt masuk akaun spe2 dlm gb ni. Smlm time aku godek2 gb ni aku terpkir nk uji security laman ni. Akhirnya terjumpa jgk vulnerable yg agk best kt gb ni. haha. Aku bley login masuk mane2 akaun yg aku ske dan terus post kt forum, chat dll sebagai user tersbut. hoho. Sila lihat gambar dibawah dimana aku telah masuk akaun admin gb (Kong). Antara yang aku buat ialah menukarkan jantina Kong daripada perempuan kepada lelaki. haha. (Jgn marah ye. hahaha)
Ha so korang nmpk kan gb ni sng jgk nk masuk sebagai user yang berdaftar. huhu. Masuk akaun awek lyn jgk ni. hahaha. ok fine. Kaedah ape yang aku guna untuk masuk akaun di gb sma sekali tidak boleh diberitahu. Rahsia. aha =P. Sbnrnya selain bug ni aku ade jga jmpa bug lain. manipulasi kn skit dh kuar bnda2 ngarut. Btw jgn risau aku testing shje xwt pape pon. Gb still the best. n love to use it. cheers =D.
Program GB Terbaru :
Sejak2 ni sperti yg korang tahu gengblogger xbenarkan user lame untuk login right?. so kene login pkai facebook. Masalahnye sekarang aku dah lame xlogout kt gb tu then satu hari aku terlogout juga. Nk login blk kt gb, tngok2 xde login kemasukan yg ade just Connect To Facebook. Aku pon try masuk kowt2 bley masuk profile lame kmbali. at last masuk profile baru. hish. sngt xsyok. profile lame syg la sbb dh bnyk pon kte ping right. huhu. gthu la si admin, tp mlng snyp shje. harapn la. hm. jdi aku ambil mase pkir bgaimana nk guna blk profile lme aku, akhirnya bercurh2 idea kuar dn tercpta la program terbru aku untuk gb. ni kira update program gb yg lpas r.
Kali ni program ni nk wt special skit, user lame n user bru yg intergrate ngn fb smua bley login. aku dah korek btul2 laman gb tu. aha. Nak login korang perlu masukkan Username dan UserID sahaje. Untuk mendapatkan UserID akan diajar lpas program ni dh release. Untuk ping mmng 100% dh xde mslh, korang leh ping entri lame (jgn lebih2 sudah). Category fully punya aku masukkan sbb ade kt web diew xkuar kt main utama. huhu. Lainnya program kali ini aku buat tab2 khusus untuk memberikan lebih keseronokan. Antara tab iaitu fungsi2 yang aku masukkan ialah GB Profile, GB Radio, GB Ping, GB Chat, GB Game dan juga About. Korang leh tngok gambar2 dibawah k. ScreenShot GB Program :
ha amcm korng rase?. anyways still bug lgi n perlu aku fixkan. Buat masa skrang program ni sudah 80% siap. so lagi 20% tu akan disiapkan dalam masa terdekat. Ok sekarang ni nk minta pndapat tntng chatting tu. spe ade thu lmn web yang mnggunakan chatting flash?. sbb aku nak loadkan guna flash kt tab chatting tu. kalu masuk shoutbox and shoutmix xsyok r. haha. so better yang gmpak skit. huhu. Lagi satu nama program ni. aku xthu nak kasi nama ape. still searching for the best but cant find it. huh. anyone?. pape pndapat lagi korang bley contact aku atau post shaja disini k. mungkin aku akan pertimbangkan idea2 korang yg bernas tu.
Nota : Gb mmng laman terbaik pnh aku jmpa. Peace =D
Terdapat banyak pilihan laman web yang memberikan perkhidmatan percuma bagi streaming musik ini, akan tetapi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Kali ini aku telah menjumpai sebuah laman web streaming musik yang mempunyai komuniti pengguna yang besar. Laman ini iaitu Grooveshark memerlukan pemain flash untuk berjalan, oleh itu sila memuat turun pemain flash versi terbaru bagi memberikan kelancaran dan kepuasan dalam streaming musik di laman ini. Rata2 lagu yang terdapat di Grooveshark ialah lagu antarabangsa, tetapi kini terdapat juga lagu melayu dan lagu dari seberang yang dimuat naik oleh pengguna. Grooveshark sememangnya percuma, tetapi jika anda mahu menggunakan beberapa servis yang disediakan dengan lebih terperinci, anda bolehlah berdaftar pada laman ini. Salah satu benda yang menarik perhatian aku ialah ianya memberikan pengguna untuk menukarkan tema mengikut keselesaan sendiri.
Kelebihan Yang Ada Pada Grooveshark :
1.) Antaramuka yang menarik dan senang untuk digunakan. Aplikasi web yang dibina dari flash dan cukup lancar dan laju bagi membolehkan anda streaming lagu.
2.) Carian lagu yang mudah digunakan. Hanya cari lagu kegemaran anda dan senarai tajuk, album dan artis akan ditayangkan pada tempatnya. Terdapat tab yang disediakan bagi menyenangkan pencarian anda berdasarkan tajuk yang ditulis atau artis mahupun nama album.
3.) Membolehkan pengguna menukarkan tema sendiri mengikut kesesuian "mood". Tema yang diberikan percuma bagi pengguna yang tidak berdaftar manakala terdapat juga tema yang diberikan khas untuk pengguna yang berdaftar sebagai VIP.
4.) Lagu yang dipilih akan dimuatkan kedalam senarai playlist. Butang bagi play, pause, next, previous turut dilengkapi dan disusun kemas. Fungsi Repeat Mode dan juga Shuffle juga turut ada bagi menambahkan kelainan bagi laman streaming ini.
5.) Sistem Restore turut dilengkapi apabila browser anda mengalami "hang" atau tersangkut2 ketika digunakan dan terpaksa ditutup. Dengan sistem Restore ini segala pilihan lagu yang telah dipilih dan diletakkan pada playlist akan dikembalikan kepada asal berserta juga tema yang telah dipilih.
6.)Grooveshark juga menyediakan perkhidmatan untuk berkongsikan lagu secara talian menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dll. Selain itu anda juga boleh memuat naik lagu dengan menggunakan amazon MP3 dan juga aplikasi iTunes.
7.) Salah satu servis yang terbaik terdapat di Grooveshark ialah ianya terdapat widget bagi membolehkan anda menayangkan lagu kegemaran pada blog dan juga laman sosial anda. Untuk membuat widget anda sendiri sila pergi di SINI.
Nota : Sekali pandang terus aku jatuh cinta. auww. HAHA ;D