Hari ini di WWDC, Steve Jobs secara rasmi telah mengumumkan iPhone keempat-generasi baru, disebut iPhone 4. Telefon baru ini disokong oleh CPU A4 (cip yang sama digunakan dalam iPad) dan sukan layar 3,5 inci dengan 960 × 640 resolusi, dual mic, dan sistem kamera upgrade yang akan merangkumi rakaman HD video dan kemampuan pengeditan. Berikut adalah Spesifikasi Tentang iPhone 4 :
* Fingerprint-resistant oleophobic coating on front and back
* Support for display of multiple languages and characters simultaneously
Audio playback
* Frequency response: 20Hz to 20,000Hz
* Audio formats supported: AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC (from iTunes Store), HE-AAC, MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, 4, Audible Enhanced Audio, AAX, and AAX+), Apple Lossless, AIFF, and WAV
* User-configurable maximum volume limit
TV and video
* Video formats supported: H.264 video up to 720p, 30 frames per second, Main Profile level 3.1 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; MPEG-4 video, up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4, and .mov file formats; Motion JPEG (M-JPEG) up to 35 Mbps, 1280 by 720 pixels, 30 frames per second, audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi file format
* Support for 1024 by 768 pixels with Dock Connector to VGA Adapter; 576p and 480p with Apple Component AV Cable; 576i and 480i with Apple Composite AV Cable (cables sold separately)
Camera, photos, and video
* Video recording, HD (720p) up to 30 frames per second with audio
* 5-megapixel still camera
* VGA-quality photos and video at up to 30 frames per second with the front camera
Terlebih dahulu apa itu yang dimaksudkan dengan Font API Google?. Font API Google membolehkan kita untuk memaparkan font web dalam setiap laman web. Kita boleh memilih untuk memaparkan teks dalam pelbagai font open-source web berkualiti tinggi untuk kedua-dua projek peribadi dan komersial. Tiada pendaftaran yang diperlukan, dan ianya sangat berguna dan mudah untuk dipasangkan. Semua font sedia untuk digunakan dengan API yang berdaftar di Google Direktori Font. Berikut beberapa contoh gambar gaya yang boleh anda gunakan. Cara menggunakan API Google Font :
Menggunakan Google Font API untuk memaparkan non-standard font adalah sangat mudah, dan hanya memerlukan beberapa minit untuk menyiapkan. Pertama, anda perlu memilih memilih font yang hendak anda gunakan dari Google Direktori Font. Klik pada font yang anda ingin gunakan dan anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan font dalam berbagai saiz.
Sekarang klik pada tab "Get the code" untuk menghasilkan kod yang diperlukan bagi meletakkannya pada blogger template anda.
Salin kod embed ke clipboard atau paste ke editor teks anda untuk digunakan nanti. Sekarang pergi ke Layout > Edit HTML pada dashboard blogger anda, dan dengan menggunakan fungsi carian pada pelayar anda carikan tag pembuka <head>. Masukkan kod embed selepas baris ini. Anda juga perlu menambah garis palang sebelum penutup simbol ">" dalam kod anda. Lihat contoh dibawah.
Seterusnya cari kod font didalam template anda dan gantikan dengan nama Josefin Sans Std Light dimana anda boleh menggunakannya sebagai font body dan juga font header.
Setelah siap hanya savekan tekan butang save template dan lihat hasilnya.
Guru, Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa, Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu, Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu, Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu, Engkaulah insan istimewa. Guru, Engkau bak mentari menyinari siang, Engkau bak bulan menerangi malam, Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka! Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa, Engkau insane gemilang.
Guru, Tanpamu tiadalah anak bangsa, Yang bisa mencorakkan Negara, Engkau mendidik kami ke arah kebenaran, Membentuk bangsa yang berwawasan, Engkau insane cemerlang.
Guru, Engkaulah lilin menerangi kegelapan, Menerangi cahaya kejahilan di hati kami, Membentuk sanubari yang suci murni, Mendidik kami menjadi sejati, Engkau insane terbilang.
Guru, Sekuntum terima kasih kami berikan, Sebagai mengharumkan hatimu yang suci, Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati, Menjadi insane bijak bestari, Engkau pencetus evolusi kami, Terima kasih guru!
Ahmad Abid Khairuddin
Sajak Guru 2
Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti Guru, kau seorang insan yang teristimewa Baktimu kalahkan bak gunung Everest Jasamu tidak ternilai harganya Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu
Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya
Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha Kau berkaliber dan berhati mulia Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu
Guru, kau seorang yang bersemangat waja Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai
Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...
Nazariah Nasir
Nota : aku syg kat guru2 aku semua. terima kasih banyk2 kerana mendidik aku tanpa lelah. tq. Pada si dia yang bakal jadi guru juga. Selamat hari guru k. ily ;)
Ibu? bergenang airmataku Terbayang wajahmu yang redup sayu Kudusnya kasih yang engkau hamparkan Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan Tidak pun kau merasa jemu Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu Dari kecil hingga dewasa Hidupmu kau korbankan Biarpun dirimu telah terkorban Tak dapat ku balasi Akan semua ini Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?
Ibu? kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat aku harapkan Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai Itulah harta yang kau berikan
Ibu? kau ampunilah dosaku Andainya pernah menghiris hatimu Restumu yang amat aku harapkan Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu Mengajarku erti kesabaran Kau bagai pelita di kala aku kegelapan Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan? Ibu yang telah melahirkan diriku Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Senilagu: Isman Isam (Hijjaz Records)
Nota : Sumpah aku sayang mak aku. Happy Mother Day <3
Bagi yang ternanti2 keluaran versi terbaru Malaysian Radio kini anda sudah boleh dapatkannya dan memuat turun secara percuma. Malaysian Radio V4 terbaru ini kami jadikan temanya sebagai (Black Edition) kerana ianya nampak lebih kemas, bergaya dan juga menawan dengan berlatarkan hitam. Pelbagai fungsi baru yang ditambah antaranya ialah tempat berborak (Chatting Room) yang mungkin akan menaikkan lagi pengguna Malaysian Radio ini. Terdapat juga fungsi yang dibuang seperti Lite Skin kerana kami rasa fungsi ini tidak diperlukan pada tema (Black Edition). Bagi fungsi terbaru Malaysian Radio V4 (Black Edition) iaitu Chatting Room, akan terdapat 5 moderator yang mengawal bagi mengelakkan berlakunya spam atau perkara tidak diingini. Dilarang meminta menjadi moderator, hanya yang berpengalaman dan layak sahaja akan menjadi moderator.
Untuk melihat fungsi yang ditambah, dikemaskini dan dibuang, anda boleh lihat senarai penuh dibawah : (English Only)
Malaysian Radio V4 (Black Edition) Function :
* Malaysian Radio V4 now black edition * New splash screen * New Malaysian Radio V4 header * New server radio (All radio 71) * New sound on start and exit program * Fixed on volume control (mute button) * Mr Effect (Flash Taskbar) * Disconnect/reconnect to reset your internet connection * Remove lite skin * Chatroom on Malaysian Radio V4 * 5 moderator will take place to avoid spammer while chatting * Rules on chatting included * Refresh chatting when there are problem to load * New about GUI * Now you can donate into maybank account
Malaysian Radio V4 (Black Edition) ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)
Upcoming updated on Malaysian Radio V4 (Black Edition) :
We want to make Malaysian Radio more stable and more functional. Future function that will be made is Status Song and for download streaming radio will still figure out on it.
Nota : Kami nak buat Facebook Fan Pages. Harap korang dapat join ye. Ouh ya segala masalah boleh terus contact kami atau terus bertanya pada moderator. tq
Tinysong adalah laman yang membolehkan anda untuk memendekkan URL yang memudahkan untuk dikongsikan pada teman2 anda. Hanya pergi pada lamannya iaitu tinysong.com dan cari lagu melalui nama artis atau tajuk lagu yang dikehendaki. Dengan sepantas kilat hasil carian anda akan dipaparkan dibawah. Anda boleh mendengar lagu secara terus pada lamannya manakala untuk berkongsikan lagu kepada teman hanya klik pada Share. Copy sahaja dengan menekan Copy tinysong link to your clipboard dan berbagi kepada teman atau anda boleh berkongsinya secara terus pada laman sosial seperti Twitter, Facebook, Tumblr, Email, dan juga StumbleUpon dengan mengklik butang yang telah disediakan. Seterusnya URL pendek yang dikongsikan akan dimainkan di GrooveShark apabila teman anda ingin mendengarnya.
Terdapat banyak pilihan laman web yang memberikan perkhidmatan percuma bagi streaming musik ini, akan tetapi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Kali ini aku telah menjumpai sebuah laman web streaming musik yang mempunyai komuniti pengguna yang besar. Laman ini iaitu Grooveshark memerlukan pemain flash untuk berjalan, oleh itu sila memuat turun pemain flash versi terbaru bagi memberikan kelancaran dan kepuasan dalam streaming musik di laman ini. Rata2 lagu yang terdapat di Grooveshark ialah lagu antarabangsa, tetapi kini terdapat juga lagu melayu dan lagu dari seberang yang dimuat naik oleh pengguna. Grooveshark sememangnya percuma, tetapi jika anda mahu menggunakan beberapa servis yang disediakan dengan lebih terperinci, anda bolehlah berdaftar pada laman ini. Salah satu benda yang menarik perhatian aku ialah ianya memberikan pengguna untuk menukarkan tema mengikut keselesaan sendiri.
Kelebihan Yang Ada Pada Grooveshark :
1.) Antaramuka yang menarik dan senang untuk digunakan. Aplikasi web yang dibina dari flash dan cukup lancar dan laju bagi membolehkan anda streaming lagu.
2.) Carian lagu yang mudah digunakan. Hanya cari lagu kegemaran anda dan senarai tajuk, album dan artis akan ditayangkan pada tempatnya. Terdapat tab yang disediakan bagi menyenangkan pencarian anda berdasarkan tajuk yang ditulis atau artis mahupun nama album.
3.) Membolehkan pengguna menukarkan tema sendiri mengikut kesesuian "mood". Tema yang diberikan percuma bagi pengguna yang tidak berdaftar manakala terdapat juga tema yang diberikan khas untuk pengguna yang berdaftar sebagai VIP.
4.) Lagu yang dipilih akan dimuatkan kedalam senarai playlist. Butang bagi play, pause, next, previous turut dilengkapi dan disusun kemas. Fungsi Repeat Mode dan juga Shuffle juga turut ada bagi menambahkan kelainan bagi laman streaming ini.
5.) Sistem Restore turut dilengkapi apabila browser anda mengalami "hang" atau tersangkut2 ketika digunakan dan terpaksa ditutup. Dengan sistem Restore ini segala pilihan lagu yang telah dipilih dan diletakkan pada playlist akan dikembalikan kepada asal berserta juga tema yang telah dipilih.
6.)Grooveshark juga menyediakan perkhidmatan untuk berkongsikan lagu secara talian menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dll. Selain itu anda juga boleh memuat naik lagu dengan menggunakan amazon MP3 dan juga aplikasi iTunes.
7.) Salah satu servis yang terbaik terdapat di Grooveshark ialah ianya terdapat widget bagi membolehkan anda menayangkan lagu kegemaran pada blog dan juga laman sosial anda. Untuk membuat widget anda sendiri sila pergi di SINI.
Nota : Sekali pandang terus aku jatuh cinta. auww. HAHA ;D