Friday, June 11, 2010

Uji Kepantasan Menaip Anda Dengan Keybr.com

Keybr.com adalah laman yang direka sebagai sebuah permainan flash yang boleh membantu anda meningkatkan kemampuan menaip anda. Anda boleh memilih perkataan secara rawak yang disediakan Keybr.com dan cuba menaipnya sepantas dan setepat yang anda boleh. Sekiranya anda bosan dengan perkataan yang sama, anda boleh mengimport kandungan daripada laman web dan blog untuk anda cuba menaipnya. Mana2 perkataan yang tersilap taip akan ditandakan dengan warna merah.

Graf prestasi turut disediakan untuk anda melihat prestasi pencapaian anda dari semasa ke semasa dan dengan itu anda boleh mencatatkan nama anda sebagai penaip terpantas di lamannya. Jika anda mahukan lebih cabaran anda boleh pilih pada mod random text dan memilih pada tahap level ke 3.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Keybr.com anda boleh pergi pada bahagian help. Di sini terdapat peraturan dan penerangan yang lengkap bagaimana menggunakan keybr dengan sebaiknya. Bagi menyenangkan anda memuat masuk kandungan yang terdapat pada mana2 laman anda boleh memasangkan butang keybr pada pelayar. Hanya seretkan butang keybr tersebut pada bookmark toolbar anda.

Sila layari laman keybr.com di SINI

Nota : Berapa laju anda taip?. kongsi la. haha ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails