Terdapat banyak pilihan laman web yang memberikan perkhidmatan percuma bagi streaming musik ini, akan tetapi kebanyakan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu memuaskan. Kali ini aku telah menjumpai sebuah laman web streaming musik yang mempunyai komuniti pengguna yang besar. Laman ini iaitu Grooveshark memerlukan pemain flash untuk berjalan, oleh itu sila memuat turun pemain flash versi terbaru bagi memberikan kelancaran dan kepuasan dalam streaming musik di laman ini. Rata2 lagu yang terdapat di Grooveshark ialah lagu antarabangsa, tetapi kini terdapat juga lagu melayu dan lagu dari seberang yang dimuat naik oleh pengguna.
Grooveshark sememangnya percuma, tetapi jika anda mahu menggunakan beberapa servis yang disediakan dengan lebih terperinci, anda bolehlah berdaftar pada laman ini. Salah satu benda yang menarik perhatian aku ialah ianya memberikan pengguna untuk menukarkan tema mengikut keselesaan sendiri.
Kelebihan Yang Ada Pada Grooveshark :
1.) Antaramuka yang menarik dan senang untuk digunakan. Aplikasi web yang dibina dari flash dan cukup lancar dan laju bagi membolehkan anda streaming lagu.
2.) Carian lagu yang mudah digunakan. Hanya cari lagu kegemaran anda dan senarai tajuk, album dan artis akan ditayangkan pada tempatnya. Terdapat tab yang disediakan bagi menyenangkan pencarian anda berdasarkan tajuk yang ditulis atau artis mahupun nama album.
3.) Membolehkan pengguna menukarkan tema sendiri mengikut kesesuian "mood". Tema yang diberikan percuma bagi pengguna yang tidak berdaftar manakala terdapat juga tema yang diberikan khas untuk pengguna yang berdaftar sebagai VIP.
4.) Lagu yang dipilih akan dimuatkan kedalam senarai playlist. Butang bagi play, pause, next, previous turut dilengkapi dan disusun kemas. Fungsi Repeat Mode dan juga Shuffle juga turut ada bagi menambahkan kelainan bagi laman streaming ini.
5.) Sistem Restore turut dilengkapi apabila browser anda mengalami "hang" atau tersangkut2 ketika digunakan dan terpaksa ditutup. Dengan sistem Restore ini segala pilihan lagu yang telah dipilih dan diletakkan pada playlist akan dikembalikan kepada asal berserta juga tema yang telah dipilih.
6.) Grooveshark juga menyediakan perkhidmatan untuk berkongsikan lagu secara talian menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dll. Selain itu anda juga boleh memuat naik lagu dengan menggunakan amazon MP3 dan juga aplikasi iTunes.
7.) Salah satu servis yang terbaik terdapat di Grooveshark ialah ianya terdapat widget bagi membolehkan anda menayangkan lagu kegemaran pada blog dan juga laman sosial anda. Untuk membuat widget anda sendiri sila pergi di SINI.
Nota : Sekali pandang terus aku jatuh cinta. auww. HAHA ;D
Monday, March 8, 2010
Grooveshark : Laman Streaming Musik Bercirikan Flash
Wednesday, September 16, 2009
Meletakkan Rss Widget Pada Blog Anda
Anda ingin meletakkan Rss widget pada blog anda?. Di sini saya sertakan Pack Icon bagi Rss yang telah diubah suai sedikit dengan menambahkan pelbagai warna dari icon asal. Untuk membuatnya sebagai widget sila ikuti langkah berikut :
1. Sila download Rss Pack Icon terlebih dahuluRapidshare
http://rapidshare.com/files/280878909/Rss_Feed_By_Cybernetic88.rar.html
MediaFire
http://www.mediafire.com/?gti0ayeycnm
Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=PB0MAODG
2. Upload gambar pada imageshack atau photobucket
3. Seterusnya copy kod dibawah :<a style="position: fixed; top: 0px; left: 0px;" href="URL FEED ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Subscribe Now!"><img style="border: 0pt none ;" src="GAMBAR URL ANDA DISINI"/></a>
4. Kod ini saya sudah settingkan supaya ianya berada pada bahagian kiri atas tetingkap desktop anda.
5. Masukkan url gambar anda
6. Setelah itu, pergi pada Layout > Page Element dan klik add a gadget
7. Pilih pada HTML/JavaScript Add dan pastekan kod anda. Pada ruangan title biarkan saja kosong.
8. Tekan Save dan lihat hasilnya
Link asal bagi gambar ini sm0kiii
Monday, September 14, 2009
Mencantikkan Blog Anda Dengan Lencana Twitter
Penggunaan Twitter akhir2 ini terdapat peningkatan dan orang mula 'nampak' kemudahan dan kelebihan Twitter dalam menjalankan beberapa perkara. Hampir setiap lapisan generasi menggunakan servis aplikasi ini. Ramai berpendapat twitter banyak membantu mereka dalam banyak hal misalnya untuk memberitahu rakan2 tentan filem yang anda tonton di panggung wayang dan sebagainya. Terdapat banyak widget2 yang menarik digunakan pada blog untuk memeriahkan lagi penggunaan Twitter ini. Twitter widget yang diletakkan pada blogger anda adalah bertujuan untuk mencantikkan penampilan blog anda, malah disamping itu ianya dapat menarik lebih banyak pengikut2 Twitter. Bagi anda yang berminat untuk memasang widget twitter ini, ikuti langkah2 berikut :
1. Pilih salah satu gambar pada web ini
2. Untuk mengelakkan berlakunya kehilangan gambar, sila download gambar tersebut dan uploadkan pada imageshack atau photobucket anda
3. Copy kod dibawah :
4. Masukkan url gambar anda<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:260px;right:5px;" href="LINK TWITTER ANDA" rel="nofollow" title="Follow Me"><img style="border:0;" src="URL GAMBAR ANDA DISINI"/></a>
5. Jika mahukan widget ini kelihatan disebelah kiri, tukar kan "right" kepada "left"
6. Setelah itu, pergi pada Layout > Page Element dan klik add a gadget
7. Pilih pada HTML/JavaScript Add dan pastekan kod anda. Pada ruangan title biarkan saja kosong.
8. Tekan Save dan lihat hasilnya