Friday, May 28, 2010

Hostkan Fail SWF Anda Dengan SwfCabin

Anda mahu hostkan fail swf anda dengan cepat?. Jadi SwfCabin adalah penyelesaian terbaik untuk hostingkan segera swf, dimana fail swf yang dihostkan secara automatik akan diletakkan segera pada lamannya. SwfCabin membolehkan anda untuk menerbitkan fail swf anda dengan mudah. Dengan antara muka yang mudah anda hanya perlu memilih fail swf anda dan pilih sama anda anda ingin membenarkan fail yang telah dimuat turun diundi dan juga memudahkan pencarian swf ini dengan tickkan pada Allow Search.

Setiap fail swf yang dimuat naik akan diberikan ID timestamp yang unik menyambung kesemua butiran fail anda bersama-sama pada satu halaman mudah. Untuk mendapatkan url bagi fail swf anda, terdapat dua cara iaitu dengan mengubah sendiri nama fail melalui View Source dan menggunakan Usercript yang telah dicipta khas untuk mendapatkan URL fail anda.

Bagi cara yang pertama anda hanya perlu menekan pada View Source (CTRL + U) dan mengambil fail yang ada bersebelahan dengan kod SWFObject. Sebagai contoh lihat gambar dibawah :

Seterusnya tambah sahaja url laman SwfCabin iaitu http://www.swfcabin.com didepan fail yang diambil tadi. Contoh : http://www.swfcabin.com/swf-files/1274045043.swf.

Cara yang kedua pula anda boleh mendapatkan Usercripts swfCabin flash url di SINI. Untuk menjalankan Usercript ini anda memerlukan pelayar Mozilla dan mempunyai add-ons Greasemonkey. Cara ini lebih senang dari cara yang pertama kerana setelah fail swf anda telah berjaya dimuat naik, satu paparan akan muncul iaitu url flash anda pada kotak butiran swf.

http://www.swfcabin.com/open/1274045043 - Sudi2 la singgah contoh flash header aku ni ye.

Nota : Pas ni aku ajar bagaimana nak buat flash header macam kt blog aku ni ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails