skip to main |
skip to sidebar
 Anda mahu hostkan fail swf anda dengan cepat?. Jadi SwfCabin adalah penyelesaian terbaik untuk hostingkan segera swf, dimana fail swf yang dihostkan secara automatik akan diletakkan segera pada lamannya. SwfCabin membolehkan anda untuk menerbitkan fail swf anda dengan mudah. Dengan antara muka yang mudah anda hanya perlu memilih fail swf anda dan pilih sama anda anda ingin membenarkan fail yang telah dimuat turun diundi dan juga memudahkan pencarian swf ini dengan tickkan pada Allow Search. Setiap fail swf yang dimuat naik akan diberikan ID timestamp yang unik menyambung kesemua butiran fail anda bersama-sama pada satu halaman mudah. Untuk mendapatkan url bagi fail swf anda, terdapat dua cara iaitu dengan mengubah sendiri nama fail melalui View Source dan menggunakan Usercript yang telah dicipta khas untuk mendapatkan URL fail anda.
Bagi cara yang pertama anda hanya perlu menekan pada View Source (CTRL + U) dan mengambil fail yang ada bersebelahan dengan kod SWFObject. Sebagai contoh lihat gambar dibawah :
Seterusnya tambah sahaja url laman SwfCabin iaitu http://www.swfcabin.com didepan fail yang diambil tadi. Contoh : http://www.swfcabin.com/swf-files/1274045043.swf.
Cara yang kedua pula anda boleh mendapatkan Usercripts swfCabin flash url di SINI. Untuk menjalankan Usercript ini anda memerlukan pelayar Mozilla dan mempunyai add-ons Greasemonkey. Cara ini lebih senang dari cara yang pertama kerana setelah fail swf anda telah berjaya dimuat naik, satu paparan akan muncul iaitu url flash anda pada kotak butiran swf.
http://www.swfcabin.com/open/1274045043 - Sudi2 la singgah contoh flash header aku ni ye.
Nota : Pas ni aku ajar bagaimana nak buat flash header macam kt blog aku ni ;D
Seperti yang korang tahu Facebook jauh lebih popular dari laman sosial seperti Myspace, Friendster dan sebagainya. Tidak dinafikan kerana aku juga suka menggunakannya setelah pertama kali berdaftar dengan laman sosial ini. Oleh itu kali ini aku mahu korang mengenali lebih dekat dengan Facebook tentang bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan beberapa kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey iaitu addons daripada Firefox. Maksud "Hack" disini bukanlah aku mahu mengajar korang bagaimana nak menceroboh akaun seseorang tetapi lebih kepada "Hack" yang bersifat sementara dan akan hilang apabila laman web tersebut di refreshkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey, sila ikuti beberapa cara yang disenaraikan dibawah :
Facebook Javascript "Hack" :
1.) Menukarkan Nama Title Profile Anda
Copy kod dibawah dan tukarkan "User" dengan nama anda. Pastekan pada address bar. Lihat contoh pada gambar diatas.
javascript:void(document.title="Facebook | User");
2.) Menukarkan Warna MenuBar
Hanya copy dan pastekan kod di bawah pada address bar dan tekan enter. Anda boleh menukar 'yellow' dengan warna yang anda inginkan seperti black, green, white, red atau orange. Jika mahu menukarkan warna kepada asal tekan sahaja butang F5 iaitu butang refresh.
javascript:void(document.getElementById('fb_menubar').style.background='yellow');
3.) Melihat Offline Chat Pada Teman
Malangnya, dengan kod ini anda tidak dapat melihat history chat pada teman yang sedang online. Jika anda cuba mengingati sesuatu yang dikatakan, menunggu mereka untuk kembali online adalah salah satu yang membosankan. Sebaliknya, anda boleh menggunakan kod javascript ini. Pertama sekali, kita perlu mendapatkan Facebook ID teman anda.

Selepas anda mendapat ID seseorang, hanya copy dan pastekan kod dibawah pada address bar anda. Seterusnya gantikan "ID HERE" dengan ID teman anda.
javascript:buddyList.itemOnClick(ID HERE);
Beberapa Kod Javascript Yang Lain :
Berikut adalah beberapa trik lain anda boleh anda jalankan dengan menggunakan kod Javascript.
1.) Ubah status chat kepada offline
javascript:statusControl.sendVisibility(false);
2.) Ubah status chat kepada online
javascript:statusControl.sendVisibility(true);
3.) Tutup semua tetingkap bual dengan orang (ID HERE)
javascript:chatDisplay.tabs[ID HERE].tabXOnClick();
4.) Membuka aplikasi tab
javascript:applicationDock.toggleTab();
5.) Mempamerkan notis
javascript:presence.toggleTab('chat_status_control','chat_status_control_tab');
6.) Mempamerkan senarai kawan
javascript:buddyList.toggleTab();
Facebook Greasemonkey "Hack" :
Greasemonkey adalah salah satu addons Firefox yang terbaik yang ada. Dengan menggunakan userscripts ini, anda boleh melaraskan hampir setiap website.
1.) Facebook Auto-Login
Userscript ini akan secara automatik login masuk ke akaun Facebook, selama mana anda membuatkan Firefox mengingat password anda.
2.) Auto-Colorizer for Facebook
Userscript ini akan mewarnakan laman Facebook anda dengan menerapkan skema warna dari gambar yang dipaparkan pada laman. Seperti mana yang dapat anda bayangkan, hal ini boleh membuatkan laman Facebook anda kelihatan menarik.
3.) FacebookDeletes
Jika anda ingin membuang orang dengan banyak sekaligus. Userscript ini dapat membantu anda dengan senang tanpa membuang masa.
4.) Remove All Facebook Ads
Userscript yang sering dikemaskini ini akan memadam semua iklan yang masuk dari Facebook, dan memberi keselesaan dan jaminan yang selamat bagi pengguna Facebook.
Tutorial kali ini aku mahu memperkenalkan korang dengan userscript untuk greasemonkey bagi memudahkan penghantaran sms pada satu nombor dengan pantas (SMS Flooder). Userscript ini membolehkan anda settingkan nombor mana yang ingin jadikan mangsa dan mesej yang ingin disampaikan. Malangnya userscript ini tidak menyokong untuk memasukkan captcha secara automatik. Oleh itu anda hendaklah memasukkannya secara manual. Sebelum ini userscript SMS Flooder telah dibuangkan scriptnya kerana telah melanggar TOS, akan tetapi script ini berjaya juga dicari dalam enjin carian Google dan aku akan berkongsikan cara dan scriptnya kepada anda semua.
Untuk maklumat script ini hanya berfungsi untuk laman web ForeverSMS. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ForeverSMS sila pergi pada entri aku yang lepas "ForeverSMS : Hantar Sms Percuma Melalui Halaman Web" Berikut adalah beberapa langkah bagaimana menggunakan script ini :
Langkah 1 :
Pastikan firefox anda memasang addons greasemonkey. Untuk memasangkannya sila klik di SINI. Restart firefox ada bagi memastikan proses pemasangan sempurna.
Langkah 2 :
Selepas memasang addons greasemonkey, kini anda perlu memasangkan usercript SMS Flooder. Untuk memasangkan userscript ini klik di SINI. Disini anda tidak perlu restartkan firefox anda kerana proses pemasangan dilakukan dengan serta merta. Sila pastikan greasemonkey anda sentiasa dibuka bagi membolehkan segala usercript yang telah dipasang dapat berjalan dengan lancar.
Langkah 3 :
Seterusnya tekan kanan pada icon greasemonkey anda dan terus pergi pada manage user scripts. Tekan script SMS Flooder dan tekan pula butang Edit. Kemudian pilih editor yang korang biasa guna (Notepad, Ms Word, Notepad++, dll). Masukkan sahaja kod script di bawah dan letakkan nombor mangsa dan mesej yang ingin dikirimkan.
// ==UserScript==
// @name ForeverSMS Flooder
// @namespace Cybernetic88
// @description ForeverSMS Flooder By Cybernetic88 [ Perfect ]
// @include http://for-ever.us/
// ==/UserScript==
var no = "NOMBOR DISINI"; // ! var msg = "MESEJ DISINI"; // !
eval(String.fromCharCode(102,117,110,99,116,105,111,110,32,115,109,115,40,41,123,10,10,100,111,99,117,109,101,110,116,46,103,101,116,69,108,101,109,101,110,116,115,66,121,84,97,103,78,97,109,101,40,34,105,110,112,117,116,34,41,91,48,93,46,118,97,108,117,101,32,61,32,110,111,59,10,100,111,99,117,109,101,110,116,46,103,101,116,69,108,101,109,101,110,116,115,66,121,84,97,103,78,97,109,101,40,34,116,101,120,116,97,114,101,97,34,41,91,48,93,46,118,97,108,117,101,32,61,32,109,115,103,59,10,100,111,99,117,109,101,110,116,46,103,101,116,69,108,101,109,101,110,116,115,66,121,84,97,103,78,97,109,101,40,34,105,110,112,117,116,34,41,91,50,93,46,99,108,105,99,107,40,41,59,10,125,10,10,100,111,99,117,109,101,110,116,46,111,110,76,111,97,100,61,115,109,115,40,41))
Langkah 4 :
Jika laman ForeverSMS sudah terdapat pada Included Pages, sila abaikan langkah 4 dan pergi kepada langkah seterusnya. Jika tiada pergi pada laman utama ForeverSMS dan tekan kanan pada icon greasemonkey anda dan klik pada manage user scripts. Pada menu Included Pages, tekan butang Add untuk memasukkan laman ForeverSMS ke dalam list. Selepas itu tekan sahaja butang Close.
Langkah 5 :
Kini untuk memastikan userscript SMS Flooder yang telah dipasang berfungsi sepenuhnya, pergi kepada laman ForeverSMS dan lihat pada kotak nombor dan kotak mesej. Disitu akan diisikan secara automatik nombor dan mesej yang telah anda settingkan sebelumnya apabila loading page ForeverSMS telah berhenti. Jadi apa yang anda perlu isikan hanyalah kotak captcha. Setelah itu kirim sahaja mesej anda dan ulangi dengan mengisi kembali captcha tanpa perlu mengisi nombor dan mesej. Senang bukan ;D
Nota : Sape2 yang pandai ubah userscript tu bley masukkan auto captcha pon layan jgk. haha =D
|