Showing posts with label Extensions. Show all posts
Showing posts with label Extensions. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Hostkan Fail SWF Anda Dengan SwfCabin

Anda mahu hostkan fail swf anda dengan cepat?. Jadi SwfCabin adalah penyelesaian terbaik untuk hostingkan segera swf, dimana fail swf yang dihostkan secara automatik akan diletakkan segera pada lamannya. SwfCabin membolehkan anda untuk menerbitkan fail swf anda dengan mudah. Dengan antara muka yang mudah anda hanya perlu memilih fail swf anda dan pilih sama anda anda ingin membenarkan fail yang telah dimuat turun diundi dan juga memudahkan pencarian swf ini dengan tickkan pada Allow Search.

Setiap fail swf yang dimuat naik akan diberikan ID timestamp yang unik menyambung kesemua butiran fail anda bersama-sama pada satu halaman mudah. Untuk mendapatkan url bagi fail swf anda, terdapat dua cara iaitu dengan mengubah sendiri nama fail melalui View Source dan menggunakan Usercript yang telah dicipta khas untuk mendapatkan URL fail anda.

Bagi cara yang pertama anda hanya perlu menekan pada View Source (CTRL + U) dan mengambil fail yang ada bersebelahan dengan kod SWFObject. Sebagai contoh lihat gambar dibawah :

Seterusnya tambah sahaja url laman SwfCabin iaitu http://www.swfcabin.com didepan fail yang diambil tadi. Contoh : http://www.swfcabin.com/swf-files/1274045043.swf.

Cara yang kedua pula anda boleh mendapatkan Usercripts swfCabin flash url di SINI. Untuk menjalankan Usercript ini anda memerlukan pelayar Mozilla dan mempunyai add-ons Greasemonkey. Cara ini lebih senang dari cara yang pertama kerana setelah fail swf anda telah berjaya dimuat naik, satu paparan akan muncul iaitu url flash anda pada kotak butiran swf.

http://www.swfcabin.com/open/1274045043 - Sudi2 la singgah contoh flash header aku ni ye.

Nota : Pas ni aku ajar bagaimana nak buat flash header macam kt blog aku ni ;D


Sunday, March 7, 2010

Menyimpan Halaman Web Menggunakan Extension Webpage Screenshot Pada Google Chrome

Ingin menangkap keseluruhan halaman web pada pelayar google chrome anda dan menyimpannya sebagai gambar (.Png)?. Apa kata anda mencuba extension Webpage Screenshot dan lihat sendiri kehebatan extension ini yang dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri2 menarik. Laman yang ditangkap akan dipaparkan terlebih dahulu dan disertakan dengan saiz gambar bagi menyenangkan pengguna. Apa yang bagus selain ianya cepat dan mudah untuk digunakan, extension ini dapat juga berfungsi apabila tiadanya sambungan internet.

Cara Menggunakan Extension Webpage Screenshot

Langkah 1 :

Muat turun terlebih dahulu extension Webpage Screenshot di SINI. Seterusnya tekan sahaja butang Install.

Langkah 2 :

Paparan kotak mesej akan muncul dan anda tekan terus lagi butang Install bagi proses pemasangan extension Webpage Screenshot dapat dipasangkan pada google chrome.

Langkah 3 :

Satu paparan pemberitahuan akan muncul setelah extensions telah berjaya dipasang pada toolbar google chrome.

Langkah 4 :

Tekan pada ikon kecil yang berlogokan kamera di atas toolbar untuk menangkap keseluruhan laman atau laman yang dapat dilihat pada tetingkap browser anda.

Ini adalah contoh gambar yang ditangkap hanya pada tetingkap yang dapat dilihat pada browser google chrome anda.

Ini pula adalah contoh gambar yang ditangkap pada keseluruhan laman web. Lihat perbezaan saiz apabila anda menggunakan kedua2 butang bagi penangkapan gambar iaitu Visible Screenshot dan All Page Screenshot.

Langkah 5 :


Terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat iaitu dengan menukar saiz tetingkap sebelum menangkapnya dan juga menukarkan header dan footer pada gambar yang akan ditangkap. Bagi header dan footer anda boleh mengubah pada kotak header dengan menaip tajuk bagi gambar tersebut dan manakala footer pula anda boleh meletakkan kod yang disediakan iaitu %U untuk URL laman dan %D untuk tarikh/masa yang akan dipaparkan. Lihat seperti contoh dibawah.

Menyesuaikan tajuk yang dikehendaki pada gambar yang ditangkap.

URL bagi laman yang ditangkap akan dipaparkan dibawah berserta tarikh dan masa.

Langkah 6 :


Terdapat fungsi pembesaran gambar yang berskala di antara 200%, 150%, 100% sehingga 10%. Seterusnya anda boleh menyimpan laman yang telah ditangkap dengan menekan kanan pada tetikus anda dan pergi pada Save image as. Gambar tersebut akan disimpan sebagai format .png.


Saturday, February 27, 2010

Menterbalikkan Laman Web Pada Google Chrome

Extension Upside Down pada Google Chrome ini membolehkan anda untuk menukar laman web mana pun dengan menterbalikkan laman tersebut. Dengan ini secara tidak langsung, anda boleh mengenakan kawan anda apabila menggunakan extension Upside Down. Extension ini tidak akan ditambahkan butang pada toolbar google chrome, jadi anda harus pergi pada customize dan seterusnya pada extension. Hanya tekan butang options pada extension Upside Down tersebut dan tetapkan masa dan pilihan2 yang telah disediakan. Begitu mudah kan?.

Untuk membuat sila ikuti langkah2 di bawah :

Cara Menggunakan Extension Upside Down

Langkah 1 :

Muat turun extension Upside Down di SINI. Seterusnya tekan butang Install.

Langkah 2 :

Paparan kotak mesej akan muncul dan anda tekan terus lagi butang Install bagi proses pemasangan extension Upside Down dapat dipasangkan pada google chrome.

Langkah 3 :

Satu paparan pemberitahuan akan muncul setelah extensions telah berjaya dipasang pada toolbar google chrome.

Langkah 4 :

Tekan pada butang customize and control google chrome dan pergi pada Extensions.

Tekan pula pada butang Options bagi extensions Upside Down.

Langkah 5 :

Pilih pilihan yang telah disediakan dan tetapkan masa sebelum menterbalikkan laman web bagi mengenakan rakan2 anda.

Nota : Tidak akan berfungsi pada laman yang sedang anda buka. Hanya berfungsi pada laman yang akan dibuka atau setelah laman tersebut direfresh.


Related Posts with Thumbnails