skip to main |
skip to sidebar
 Adakah anda punya nada dering yang indah atau wallpaper untuk telefon bimbit anda? Adakah anda ingin berkongsi kandungan yang ada pada telefon bimbit dengan orang lain? Mobile9 memberikan anda sebuah platform dalam talian untuk berkongsi nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi. Di Mobile9 juga anda boleh memuat turun secara percuma segala kandungan yang disediakan mengikut jenis telefon bimbit anda. Dengan berjuta-juta ahli yang berdaftar, pilihan besar kandungan percuma telah dikongsikan di laman Mobile9. Selain memuat turun percuma kandungan yang tersedia, anda boleh menjadi kreatif dengan membuat wallpaper dan nada dering anda sendiri. Terlebih dahulu anda perlu berdaftar pada laman Mobile9 untuk menggunakan alatan yang disediakan.
Mobile9 menyediakan servis mudah bagi mengetahui segala berita yang baru tentang telefon bimbit anda dan memuat turun nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi dengan hanya mencari jenis model telefon bimbit anda pada tab Phone yang tersedia di atas.
Untuk memuat turun hanya 3 langkah mudah yang boleh diikuti, pilih model telefon bimbit anda, cari fail yang diingini, dan akhir sekali muat turun dan pindahkan fail tersebut pada telefon bimbit anda.
Segala permasalah tentang telefon bimbit anda juga boleh ditujukan pada forum di bahagian Community. Pastikan anda berdaftar sebagai ahli pada forumnya untuk bertanyakan soalan dan pastikan juga soalan yang ditanya pada tempat yang sepatutnya.
Sila layari laman Mobile9 di SINI
Laman serupa Zedge.net
Nota : Fuh.. berjam aku dok mencari nada dering yang baru untuk hp aku. haha ;D
ImgNook adalah perkhidmatan hosting foto percuma yang membolehkan anda dengan mudah memuat naik gambar dan berkongsi dengan rakan-rakan anda, posting di laman web atau blog, dan sebagainya. Apa yang menariknya tentang ImgNook ini ialah mengenai perkhidmatan dan fungsi2 yang disediakan cukup banyak dan mudah untuk digunakan. Antara fungsi yang dirasai paling bagus sekali ialah Remote Upload dimana ianya secara automatik akan re-hostkan semula url gambar dari mana2 laman yang memberikan hosting foto percuma ke dalam hosting web ini sendiri.
Ciri2 ImgNook :
- Multi-image select (Pilih beberapa gambar dalam satu dialog, bukan satu per satu). - Muat naik fail zip/rar yang mengandungi gambar. Compressed fail akan diekstrak dan gambar di muat naik secara berasingan. - Remote upload (Re-host gambar yang sudah dihost di tempat lain). - Upload history (Menyimpan rekod tentang apa yang telah anda muat naik sementara sesi anda masih aktif). - Kemampuan untuk mengedit gambar selepas muat naik gambar. - Galeri menampilkan gambar yang baru dimuat turun bersama-sama dengan jumlah. - Statistik grafik menampilkan gambar muat turun, paparan gambar, dan bandwidth yang digunakan. - Mengandungi link ke gambar asal, gambar tetap, dan thumbnail. - Kemampuan untuk muat turun gambar dengan 1 klik. - Fungsi email gambar yang dimuat naik dan boleh mengedit dan juga memadam link
"Jika halaman ini berjaya seperti saya harapkan, saya boleh melihat lebih ke dalam bagi mendapatkan beberapa aplikasi yang dibangunkan untuk pelbagai platform seperti mobile (Android & Apple) dan desktop (Windows, Linux, Apple). Juga kemungkinan besar saya akan membangunkan API untuk membiarkan orang untuk membuat aplikasi berdasarkan laman ini" kata pembangun laman ini.
Sila layari laman ImgNook Di SINI
Nota : Banyak sangat fungsi yang bgus, apa kata korang usha sndiri? ;D
 Menyesuaikan desktop anda bermula dengan memilih wallpaper yang anda inginkan. Terdapat banyak website yang menyediakan wallpaper percuma tapi jika anda mencari koleksi besar wallpaper yang berkualiti tinggi, WallBase merupakan pilihan yang sangat baik. Halaman tersebut menawarkan lebih dari 350,000 wallpaper percuma yang boleh anda muat turun. Halamannya juga nampak menarik dan tersusun dengan kemas.

Anda boleh mencari wallpaper pada Wallbase berdasarkan kata kunci ataupun juga warna. Hanya dengan memilih warna dari panel yang disediakan dan ianya akan menampilkan wallpaper yang mengandungi warna tersebut. Anda juga boleh membuat carian dengan menetapkan resolusi yang dikehendaki dan aspek nisbah. Keputusan carian akan dipaparkan sebagai thumbnail dan apabila anda menekan pada thumbnail tersebut ia akan membuka gambar dalam resolusi penuh. Anda juga boleh browse gambar secara rawak atau melalui toplist yang ada.
Ciri-ciri Wallbase :
* Wallpaper baru berkualiti tinggi * Senarai lebih dari 350.000 wallpaper. * Wallpaper dengan resolusi setinggi 2560 x 1600. * Cari wallpaper untuk paparan biasa, layar lebar dan netbooks. * Cari berdasarkan kata kunci atau warna yang dikehendaki. * Laporkan wallpaper sebagai NSFW. * Browse dengan mencari wallpaper yang sama.
Layari laman ini di SINI
Nota : Wallpaper di sini terbaik. kualiti tinggi. (Gambar awek pon ada) haha!
Papercritters.com halaman interaktif yang penuh dengan warna untuk membuat desktop origami di browser anda yang merupakan campuran antara anime dan paintshop. Laman ini dibangunkan menggunakan Adobe Flash Player jadi disarankan sebelum menggunakan paper critters terlebih dahulu pasangkan pemain flash pada komputer anda. Pereka laman ini memberikan keseluruhan kawalan ke atas setiap ciri mainan mereka dan anda boleh memilih warna, konfigurasi tubuh, raut wajah, dan sikap. Terdapat juga beberapa pilihan untuk membuat watak origami anda sebagai setia, jahat, lucu, atau pemberontak.
Ada pelbagai saiz untuk dipilih dan pandangan dari beberapa sudutnya juga kelihatan lancar. Setelah membuat origami anda sendiri, anda boleh pergi ke Colony dan melihat origami lain yang dihasilkan dari segi kedudukan keperibadian mereka, dan menetapkan mereka sesuai dengan karakteristik lain. Ini merupakan website yang menarik dan sangat interaktif dimana pengguna mempunyai jumlah keseluruhan kawalan ke atas hasil produk dan boleh memberi komen pada origami lain, mengumpul, berkongsi, dan mencetaknya.
Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dipilih untuk mencantikkan hasil origami anda
Contoh origami penuh yang telah dihasilkan. (Sebijik macam amoi)
Layari PaperCritters di SINI
Nota : Aku xberseni, jadi hasil origami aku xda. HAHA. korang nk buatla sendiri. lalala
Kita semua pasti suka mencantikkan komputer mengikut selera masing2 kan?. Dan dengan itu langkah pertama ialah dengan memakaikan wallpaper yang besar pada desktop anda. Meskipun dengan melayari internet dan melalui laman2 banyak menawarkan wallpaper yang menarik untuk di muat turun secara percuma. Akan tetapi mungkin lebih baik jika wallpaper itu dibuat sendiri oleh anda kerana segala idea dan imaginasi dapat diterapkan semasa anda menghasilkan wallpaper ini.
Oleh itu disini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi laman web yang tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk mengakses segala alatan dari laman ini. Laman tersebut ialah wallpapers.x3studios. Dengan X3Studios web browser anda akan bertindak sebagai workstation dan disini terdapat pelbagai latar belakang tekstur elemen abstrak. Semua elemen yang dipilih oleh anda boleh disesuaikan dengan bantuan pada slider di sebelah kanan yang membolehkan anda bermain-main dengan kecerahan, warna, saturasi serta unsur saiz. Anda juga boleh memuat turun pelbagai wallpaper yang telah dihasilkan pada resolusi kualiti mulai dari 1024 × 768 hingga 1680x1050.
Cara Menghasilkan Wallpaper Pada X3Studios :
Mulakan dengan memilih latarbelakang yang bersesuaian dan seterusnya barulah anda boleh memulakan kerja-kerja suntingan asas. Sebelum itu pastikan komputer anda sudah dipasang dengan pemain Flash.
Tetingkap arahan ini memberitahu anda tentang cara mengendalikan aplikasi2 yang terdapat pada X3Studios ini supaya kerja2 penyuntingan akan berjalan dengan lancar.
Terdapat pelbagai pilihan element yang boleh diletakkan pada wallpaper anda. Seperti contoh diatas aku menggunakan element "Girl Vector"
Anda juga boleh menambah, membuang atau mengubah elemen pada wallpaper anda pada bila2 masa dengan menambahkan saturasi, kecerahan, warna dan sebagainya menerusi alatan yang telah disediakan.
Anda juga boleh meletakkan teks pada wallpaper anda dan memilih dari 17 font yang telah disediakan. Font yang diberikan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aplikasi2 web yang menyediakan penyuntingan gambar seperti ini, tetapi ianya sudah memadai dengan terdapatnya pelbagai element2 yang menarik.
Simpan atau muat turun wallpaper anda ke dalam komputer dalam beberapa pilihan resolusi diantaranya ialah 1024x768, 1280x960, 1280x1024 sehingga 1680x1050. Proses untuk memuat turun wallpaper yang telah siap tidak memakan banyak masa, hanya beberapa minit sahaja diperlukan bagi muat turun wallpaper yang berformat JPEG pada komputer anda.
Ini adalah wallpaper yang telah siap dihasilkan oleh aku. Aku bukan orang seni, jadi paham2 je la kalau hasil ini kurang cantik. Tetapi bagi aku amat memuaskan kerana dapat menghasilkan wallpaper dengan cara yang tersendiri. Jika berminat untuk menghasilkan wallpaper anda sendiri sila layari wallpapers.x3studios.
Nota : Kalau dah buat tu share2 la kat sini. mau tngok wallpaper yang korang hasilkan juga =D

(Word Cloud Dari Blog Aku http://cybernetic88.blogspot.com/)
Semasa aku bosan2 nak mencari bahan dekat internet aku ada terjumpa suatu aplikasi web yang menarik disebut Wordle dimana ianyanya dapat menghasilkan tag awan dengan haluan yang berbeza dan mempunyai corak. Alat ini memerlukan input sebagai teks biasa atau blog / halaman rss / atom feed atau URL laman anda untuk menghasilkan corak tag awan dari kata-kata yang terdapat pada halaman website anda. Anda boleh menukar font dan efek pada awan tag ini dan juga boleh memadam kata-kata yang tidak diingini. Mudah shaja untuk digunakan hanya masukkan nama atau URL laman anda dan tekan butang Randomize sahaja. Selepas anda berpuas hati dan ingin menyebarkan kepada umum, anda boleh menekan butang Save to public gallery. Menukarkannya Kepada Wallpaper :
1.) Langkah pertama anda perlu mmbesarkan gambar yang telah dihasilkan dengan menekan butang Open in Window
2.) Tekan butang maximize pada jendela browser anda
3.) Apabila gambar sudah dibesarkan kepada resolution screen anda. Apa yang anda perlu buat ialah menekan print screen pada keyboard anda. Bagi yang tidak tahu boleh pergi pada website ini untuk mengetahui langkah print screen, http://take-a-screenshot.org.
4.) Seterusnya bukak adobe photoshop atau software editing anda yang lain dan pastekan sahaja. jika perlu mengedit, editkannya dan savekan sebagai format kesukaan anda. (Baik savekan sebagai .png)
Contoh2 Word Cloud :
(Nama2 blogger dari exchange-link aku)



Untuk membuat word cloud sila layari wordle.net
Setelah bz selama beberapa hari, tercipta juga program terbaru aku yang dipanggil "auto Wallpaper Changer Version 1". Bagi sesiapa yang pernah pkai software atau program yang serupa begini pasti tahu apa cara dan bagaimana ianya berfungsi. Bagi yang tidak tahu, program ini berupaya menukarkan wallpaper anda secara automatik seperti mana yang kita mahu mengikut masa yang ditetapkan. Ciri2 dan fungsi yang aku buat hampir sama dengan program seperti yang sedia ada. Cuma kelebihannya kurang sikit, tetapi ianya tetap berfungsi. Program ini hanya menggunakan fungsi API untuk menukarkan wallpaper pada desktop anda.
Sebelum ini aku mengalami kesulitan untuk membuat multiple add kerana sentiasa terjadinya error/bugged untuk dijalankan pada sistem operasi xp service pack 3, windows 7 dan windows vista. Selepas 3 hari bertungkus lumus barulah aku dapat fixkan error yang terjadi dan kini program ini support pada semua windows os. Terdapt juga fungsi yang aku telah buangkan seperti rotation wallpaper style kerana codingnya juga telah memeningkan kepala aku, jadi terpaksa dibuangkan shaja. mungkin version 2 akan dimuatkn fungsi ini kembali. dan sememangnya version 2 lebih canggih kerana aku bercadang untuk membuat program ini berupaya menggambil kesemua gambar yang terdapat pada image web hosting sperti, photobucket, flickr dll.
Ciri2 dan fungsi yang ada pada Auto Wallpaper Changer Version 1 :
- Meletakkan gambar secara pukal (Multiple Add) - Membuang persamaan string dalam list (Duplicate Remover) - Next and Previous button - Wallpaper preview - Enlarge wallpaper preview - File properties - Wallpaper rotation style (In order and random pick) - Mengaturkan masa dengan countdown preview (Set Interval) - Update feature - Simple GUI
Untuk mendapatkannya sila download pada salah satu link dibawah :
Rapidshare
http://rapidshare.com/files/342649948/Auto_Wallpaper_Changer_Version_1_By_Cybernetic88.rar
MediaFire
http://www.mediafire.com/?j2n3njngjyq
Megaupload
http://www.megaupload.com/?d=WY63KIPL
Sebarang masalah sila inform aku cepat k. tq. and enjoy my program =)
Nota : Video preview xdapt aku nak upload sebb kelembapan internet. cis. ssape rajin nak wt preview pasal program ni guna video bleh kasi kat aku. aha. sorry
|