Thursday, April 29, 2010

Tinysong - Berkongsi Lagu Dengan Memendekkan URL

Tinysong adalah laman yang membolehkan anda untuk memendekkan URL yang memudahkan untuk dikongsikan pada teman2 anda. Hanya pergi pada lamannya iaitu tinysong.com dan cari lagu melalui nama artis atau tajuk lagu yang dikehendaki. Dengan sepantas kilat hasil carian anda akan dipaparkan dibawah. Anda boleh mendengar lagu secara terus pada lamannya manakala untuk berkongsikan lagu kepada teman hanya klik pada Share.


Copy sahaja dengan menekan Copy tinysong link to your clipboard dan berbagi kepada teman atau anda boleh berkongsinya secara terus pada laman sosial seperti Twitter, Facebook, Tumblr, Email, dan juga StumbleUpon dengan mengklik butang yang telah disediakan. Seterusnya URL pendek yang dikongsikan akan dimainkan di GrooveShark apabila teman anda ingin mendengarnya.

Layari Tinysong di SINI.

Nota : Laman ini best! ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails