
Aplikasi pengimbasan anti-virus ini dikeluarkan pada pertengahan Mei dan masih lagi tempoh percubaan (Beta). Perisian norton ini berfungsi sama seperti aplikasi Facebook yang lain. Anda klik untuk memberikan akses kepada profil anda dan kemudian imbas Norton Safe Web anda dan kemudian Norton Safe Web akan mengimbas suapan terkini untuk menyemak URL yang berbahaya seperti laman2 yang menyediakan perkhidmatan memendekkan URL seperti TinyUrl dan juga Bit.ly. Keputusan imbasan boleh dikongsikan dengan rakan2 anda dari aplikasi itu sendiri (Sebuah ciri yang berguna untuk memperingatkan orang lain tentang bahaya di Wall anda atau di Wall rakan anda)




- Apabila menggunakan Google Chrome untuk melakukan pengimbasan, anda harus refresh halaman secara manual untuk melihat keputusan imbasan.
- Aplikasi tidak dapat mengimbas beberapa URL dan hanya ditandai sebagai "untested"
- Aplikasi hanya menyemak untuk URL yang diposting dalam masa 24 jam terakhir.
- Perisian tidak berjalan secara automatik. Ini bererti setiap kali anda ingin menguji keselamatan dari link dalam suapan terbaru anda, anda perlu memulakan dan menjalankan aplikasi imbasan secara manual
Sila layari applikasi Norton Safe Web di SINI
Nota : Pasni aku buat review tentang satu lagi laman yang menjaga security tentang FACEBOOK =)