
Dulunya enjin carian
Bing dari
Microsoft sahaja yang membolehkan anda menukarkan latar belakang pada halaman utama, sekarang anda boleh melakukan perkara serupa pada halaman utama
Google. Ciri baru
Google ini diaktifkan melalui
Picasa (
Perkhidmatan penyimpanan foto online Google). Pengguna
Google akan dapat menetapkan laman carian menggunakan gambar dari akaun peribadi atau gambar2 yang disimpan secara awam.
Pengumuman, yang datang dari Naib Prinsip Carian Produk Google, Marissa Mayer, gagal untuk memberi sebab mengapa keputusan untuk menambah ciri ini disesuaikan baru saja kini telah dibuat oleh pembangun Google. Pada pandangan, alasan yang paling jelas ialah ingin meniru enjin carian dari Microsoft iaitu Bing, yang telah menerima banyak pujian untuk menampilkan gambar yang berbeza dalam halamannya setiap hari.
Menukarkan Latar Belakang Pada Halaman Utama Google :
1.) Pergi pada google.com dan sila login masuk akaun anda.
2.) Klik 'Change Background Image' pada bahagian kiri bawah laman utama Google.
3.) Kemudian pilih gambar untuk memaparkannya sebagai latar belakang dari media awam atau dari album foto Picasa anda. Anda boleh menggunakan gambar dengan resolusi 800x600 dan minimum format yang digunakan : JPEG, TIFF, BMP, PSD, RAW.
4.) Setelah membuat pilihan foto, klik butang Pilih untuk memaparkan gambar latar belakang sebagai wallpaper di laman carian Google.
Untuk membuang latar belakang tersebut hanya klik pada 'Remove Background Image'
Nota : Bagi aku ciri baru ni xberapa penting sngt. pergi halaman diew skjp je pon. huhu. setakat nk riak tu bley r kowt. haha ;D
If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :