
Cara ini tidak memerlukan anda log masuk pada akaun yahoo messenger anda untuk membaca semua mesej yang tersimpan, dalam erti kata lain anda hanya perlu mendecodekan sahaja file .dat yang sedia ada tersimpan dalam folder yahoo anda. Dengan menggunakan laman web percuma seperti Archive-Decoder anda hanya perlu menekan butang Browse dan carikan fail .dat yang tersimpan dalam arkib folder komputer di “C:\ Program Files\ Yahoo!\ Messenger\ Profiles \urYahooID \ Archive\ Messages” atau "C:\Users\WindowsUsername\ AppData\Local\VirtualStore\ Program Files\Yahoo!\ Messenger\Profiles\Yahoo!ID" jika anda menggunakan vista dan seterusnya tekan butang File View untuk melihat perbualan dalam bentuk tetingkap yahoo messenger.

Fungsi Archive-Decoder :
- Decodes arkib mesej tanpa login
- Kata laluan tidak diperlukan
- Menyokong teks Unicode China, Parsi, Arab, Jepun, dan semua karakter non-latin.
- Decode mesej perbualan biasa, mesej peribadi, persidangan, dan SMS / Mobile Mesej, lengkap dengan waktu
- 20 kali lebih cepat daripada Yahoo! Messenger arkib mesej
- Percuma digunakan
- Simpan perbualan penuh dengan smiley
- Perbualan disertakan sekali dengan gambar
Layari Archive-Decoder di SINI
Nota : Pergi cc selongkar habis na. haha =D