Sunday, May 30, 2010

ImgNook : Hosting Foto Percuma Dengan Pelbagai Fungsi

ImgNook adalah perkhidmatan hosting foto percuma yang membolehkan anda dengan mudah memuat naik gambar dan berkongsi dengan rakan-rakan anda, posting di laman web atau blog, dan sebagainya. Apa yang menariknya tentang ImgNook ini ialah mengenai perkhidmatan dan fungsi2 yang disediakan cukup banyak dan mudah untuk digunakan. Antara fungsi yang dirasai paling bagus sekali ialah Remote Upload dimana ianya secara automatik akan re-hostkan semula url gambar dari mana2 laman yang memberikan hosting foto percuma ke dalam hosting web ini sendiri.

Ciri2 ImgNook :

- Multi-image select (Pilih beberapa gambar dalam satu dialog, bukan satu per satu).
- Muat naik fail zip/rar yang mengandungi gambar. Compressed fail akan diekstrak dan gambar di muat naik secara berasingan.
- Remote upload (Re-host gambar yang sudah dihost di tempat lain).
- Upload history (Menyimpan rekod tentang apa yang telah anda muat naik sementara sesi anda masih aktif).
- Kemampuan untuk mengedit gambar selepas muat naik gambar.
- Galeri menampilkan gambar yang baru dimuat turun bersama-sama dengan jumlah.
- Statistik grafik menampilkan gambar muat turun, paparan gambar, dan bandwidth yang digunakan.
- Mengandungi link ke gambar asal, gambar tetap, dan thumbnail.
- Kemampuan untuk muat turun gambar dengan 1 klik.
- Fungsi email gambar yang dimuat naik dan boleh mengedit dan juga memadam link

"Jika halaman ini berjaya seperti saya harapkan, saya boleh melihat lebih ke dalam bagi mendapatkan beberapa aplikasi yang dibangunkan untuk pelbagai platform seperti mobile (Android & Apple) dan desktop (Windows, Linux, Apple). Juga kemungkinan besar saya akan membangunkan API untuk membiarkan orang untuk membuat aplikasi berdasarkan laman ini" kata pembangun laman ini.

Sila layari laman ImgNook Di SINI

Nota : Banyak sangat fungsi yang bgus, apa kata korang usha sndiri? ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails