Friday, June 4, 2010

Muat Turun Percuma Permainan, Aplikasi, Tema Untuk Telefon Bimbit Di Mobile9

Adakah anda punya nada dering yang indah atau wallpaper untuk telefon bimbit anda? Adakah anda ingin berkongsi kandungan yang ada pada telefon bimbit dengan orang lain? Mobile9 memberikan anda sebuah platform dalam talian untuk berkongsi nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi. Di Mobile9 juga anda boleh memuat turun secara percuma segala kandungan yang disediakan mengikut jenis telefon bimbit anda. Dengan berjuta-juta ahli yang berdaftar, pilihan besar kandungan percuma telah dikongsikan di laman Mobile9.

Selain memuat turun percuma kandungan yang tersedia, anda boleh menjadi kreatif dengan membuat wallpaper dan nada dering anda sendiri. Terlebih dahulu anda perlu berdaftar pada laman Mobile9 untuk menggunakan alatan yang disediakan.

Mobile9 menyediakan servis mudah bagi mengetahui segala berita yang baru tentang telefon bimbit anda dan memuat turun nada dering, tema, wallpaper, screensaver, permainan, aplikasi dan banyak lagi dengan hanya mencari jenis model telefon bimbit anda pada tab Phone yang tersedia di atas.

Untuk memuat turun hanya 3 langkah mudah yang boleh diikuti, pilih model telefon bimbit anda, cari fail yang diingini, dan akhir sekali muat turun dan pindahkan fail tersebut pada telefon bimbit anda.

Segala permasalah tentang telefon bimbit anda juga boleh ditujukan pada forum di bahagian Community. Pastikan anda berdaftar sebagai ahli pada forumnya untuk bertanyakan soalan dan pastikan juga soalan yang ditanya pada tempat yang sepatutnya.

Sila layari laman Mobile9 di SINI

Laman serupa Zedge.net

Nota : Fuh.. berjam aku dok mencari nada dering yang baru untuk hp aku. haha ;D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails