Kita semua pasti suka mencantikkan komputer mengikut selera masing2 kan?. Dan dengan itu langkah pertama ialah dengan memakaikan wallpaper yang besar pada desktop anda. Meskipun dengan melayari internet dan melalui laman2 banyak menawarkan wallpaper yang menarik untuk di muat turun secara percuma. Akan tetapi mungkin lebih baik jika wallpaper itu dibuat sendiri oleh anda kerana segala idea dan imaginasi dapat diterapkan semasa anda menghasilkan wallpaper ini.
Oleh itu disini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi laman web yang tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk mengakses segala alatan dari laman ini. Laman tersebut ialah wallpapers.x3studios. Dengan X3Studios web browser anda akan bertindak sebagai workstation dan disini terdapat pelbagai latar belakang tekstur elemen abstrak. Semua elemen yang dipilih oleh anda boleh disesuaikan dengan bantuan pada slider di sebelah kanan yang membolehkan anda bermain-main dengan kecerahan, warna, saturasi serta unsur saiz. Anda juga boleh memuat turun pelbagai wallpaper yang telah dihasilkan pada resolusi kualiti mulai dari 1024 × 768 hingga 1680x1050.
Cara Menghasilkan Wallpaper Pada X3Studios :
Mulakan dengan memilih latarbelakang yang bersesuaian dan seterusnya barulah anda boleh memulakan kerja-kerja suntingan asas. Sebelum itu pastikan komputer anda sudah dipasang dengan pemain Flash.
Tetingkap arahan ini memberitahu anda tentang cara mengendalikan aplikasi2 yang terdapat pada X3Studios ini supaya kerja2 penyuntingan akan berjalan dengan lancar.
Terdapat pelbagai pilihan element yang boleh diletakkan pada wallpaper anda. Seperti contoh diatas aku menggunakan element "Girl Vector"
Anda juga boleh menambah, membuang atau mengubah elemen pada wallpaper anda pada bila2 masa dengan menambahkan saturasi, kecerahan, warna dan sebagainya menerusi alatan yang telah disediakan.
Anda juga boleh meletakkan teks pada wallpaper anda dan memilih dari 17 font yang telah disediakan. Font yang diberikan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aplikasi2 web yang menyediakan penyuntingan gambar seperti ini, tetapi ianya sudah memadai dengan terdapatnya pelbagai element2 yang menarik.
Simpan atau muat turun wallpaper anda ke dalam komputer dalam beberapa pilihan resolusi diantaranya ialah 1024x768, 1280x960, 1280x1024 sehingga 1680x1050. Proses untuk memuat turun wallpaper yang telah siap tidak memakan banyak masa, hanya beberapa minit sahaja diperlukan bagi muat turun wallpaper yang berformat JPEG pada komputer anda.
Ini adalah wallpaper yang telah siap dihasilkan oleh aku. Aku bukan orang seni, jadi paham2 je la kalau hasil ini kurang cantik. Tetapi bagi aku amat memuaskan kerana dapat menghasilkan wallpaper dengan cara yang tersendiri. Jika berminat untuk menghasilkan wallpaper anda sendiri sila layari wallpapers.x3studios.
Nota : Kalau dah buat tu share2 la kat sini. mau tngok wallpaper yang korang hasilkan juga =D
Friday, February 26, 2010
Buat Abstract Wallpaper Sendiri Dengan X3Studios
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)