Wednesday, May 26, 2010

Wallbase : Wallpaper Berkualiti Tinggi Untuk Di Muat Turun

Menyesuaikan desktop anda bermula dengan memilih wallpaper yang anda inginkan. Terdapat banyak website yang menyediakan wallpaper percuma tapi jika anda mencari koleksi besar wallpaper yang berkualiti tinggi, WallBase merupakan pilihan yang sangat baik. Halaman tersebut menawarkan lebih dari 350,000 wallpaper percuma yang boleh anda muat turun. Halamannya juga nampak menarik dan tersusun dengan kemas.


Anda boleh mencari wallpaper pada Wallbase berdasarkan kata kunci ataupun juga warna. Hanya dengan memilih warna dari panel yang disediakan dan ianya akan menampilkan wallpaper yang mengandungi warna tersebut. Anda juga boleh membuat carian dengan menetapkan resolusi yang dikehendaki dan aspek nisbah. Keputusan carian akan dipaparkan sebagai thumbnail dan apabila anda menekan pada thumbnail tersebut ia akan membuka gambar dalam resolusi penuh. Anda juga boleh browse gambar secara rawak atau melalui toplist yang ada.

Ciri-ciri Wallbase :

* Wallpaper baru berkualiti tinggi
* Senarai lebih dari 350.000 wallpaper.
* Wallpaper dengan resolusi setinggi 2560 x 1600.
* Cari wallpaper untuk paparan biasa, layar lebar dan netbooks.
* Cari berdasarkan kata kunci atau warna yang dikehendaki.
* Laporkan wallpaper sebagai NSFW.
* Browse dengan mencari wallpaper yang sama.

Layari laman ini di SINI

Nota : Wallpaper di sini terbaik. kualiti tinggi. (Gambar awek pon ada) haha!

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails