Thursday, February 4, 2010

Bagaimana Menukarkan Gambar Ke ASCII

Kali ni aku mahu berkongsi dengan korang smua bagaimana cara untuk menukarkan gambar menjadi karakter ASCII. Aplikasi web ini berfungsi apabila gambar diupload ke dalam servernya, dengan serta merta skrip pertama akan mengimbas gambar dan kemudian menggantikan dengan piksel dalam imej kepada karakter ASCII. Jika anda ingin menukar gambar ke ASCII seperti di atas, anda boleh membuatnya sendiri di Make ASCII. Terdapat dua kaedah yang boleh anda gunakan, samaada anda boleh mengupload gambar dari komputer anda atau direct sahaja melalui URL.

Contoh gambar :


Kelebihan yang ada pada Make ASCII ialah anda dapat meletakkan karakter sendiri pada kotak "user define characters" bagi menggantikan piksel image kepada karakter pilihan anda. Selain itu selepas gambar berjaya diubah menjadi ASCII, terdapat kod dimana anda boleh meletakkannya di halaman website anda. Website ini tidak akan menyimpan sebarang gambar yang diupload dan gambar tersebut akan dibuang selepas 10 minute. Berikut adalah paparan mesej yang menunjukkan tentang keselamatan gambar anda.

Berminat untuk menukarkan gambar anda kepada ASCII, sila layari Make ASCII

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails