Showing posts with label HPA. Show all posts
Showing posts with label HPA. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Now Released!

Bagi yang ternanti2 keluaran versi terbaru Malaysian Radio kini anda sudah boleh dapatkannya dan memuat turun secara percuma. Malaysian Radio V4 terbaru ini kami jadikan temanya sebagai (Black Edition) kerana ianya nampak lebih kemas, bergaya dan juga menawan dengan berlatarkan hitam. Pelbagai fungsi baru yang ditambah antaranya ialah tempat berborak (Chatting Room) yang mungkin akan menaikkan lagi pengguna Malaysian Radio ini. Terdapat juga fungsi yang dibuang seperti Lite Skin kerana kami rasa fungsi ini tidak diperlukan pada tema (Black Edition).

Bagi fungsi terbaru Malaysian Radio V4 (Black Edition) iaitu Chatting Room, akan terdapat 5 moderator yang mengawal bagi mengelakkan berlakunya spam atau perkara tidak diingini. Dilarang meminta menjadi moderator, hanya yang berpengalaman dan layak sahaja akan menjadi moderator.

Untuk melihat fungsi yang ditambah, dikemaskini dan dibuang, anda boleh lihat senarai penuh dibawah : (English Only)

Malaysian Radio V4 (Black Edition) Function :

* Malaysian Radio V4 now black edition
* New splash screen
* New Malaysian Radio V4 header
* New server radio (All radio 71)
* New sound on start and exit program
* Fixed on volume control (mute button)
* Mr Effect (Flash Taskbar)
* Disconnect/reconnect to reset your internet connection
* Remove lite skin
* Chatroom on Malaysian Radio V4
* 5 moderator will take place to avoid spammer while chatting
* Rules on chatting included
* Refresh chatting when there are problem to load
* New about GUI
* Now you can donate into maybank account

Malaysian Radio V4 (Black Edition) ScreenShot : (Click Picture To Enlarge)



Malaysian Radio V4 (Black Edition) Download :

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/384041319/Malaysian_Radio__V4__Black_Edition__By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?cz2eymbnx2z

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=QSH6EN95

Upcoming updated on Malaysian Radio V4 (Black Edition) :

We want to make Malaysian Radio more stable and more functional. Future function that will be made is Status Song and for download streaming radio will still figure out on it.

Nota : Kami nak buat Facebook Fan Pages. Harap korang dapat join ye. Ouh ya segala masalah boleh terus contact kami atau terus bertanya pada moderator. tq


Sunday, April 25, 2010

Contest Kopi Radix HPA Mai Secawan

Sekian lama aku tak join contest. Kali ini tertarik la pulak nak join contest berkenaan dengan produk HPA. Contest ini dianjurkan oleh mrsfiza212 dan aku tahu pun dari bro nine. Produk HPA ini seringkali aku guna terutamanya kopi radix dan ayam organik. Untuk pengetahuan korang parent aku stokis HPA. haha. So aku join contest ni pun saja suka2. Dengan itu boleh la juga promosi sikit2 tentang HPA ini dan menolong produk buatan orang islam kita sendiri. Sapa nak jadi ahli boleh klik banner HPA pada sponser tu ok. (Promosi kowt. haha).

Khasiat Kopi Radix:

1. Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang.
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

2. Demam Panas.
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel – sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

3. Ketumbuhan.
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

4. Radix Untuk Kaum Wanita.
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

5. Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi.
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

6. Kopi Radix Untuk Tenaga.
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :

* Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).

* Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).

* Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).

* Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).

* Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).

* Halban (IMUNITI).

* Larak Hutan (KARDIOTONIK).

Nota : kalu pergi kedah mmng banyak la barang2 HPA disana. Siap ada hotel, kedai kek dan mcm2 lagi. rugi korang xpergi. hee. Ouh ya Malaysian Radio V4 aku nak taruk radio HPA fm =D.


Related Posts with Thumbnails