Mozilla Firefox tidak menawarkan cara untuk memanipulasi cookies secara langsung pada pelayar web seperti Opera. Hal ini boleh terjadi apabila pembangunan web (Web Developer) yang ingin menguji laman web mereka dengan pelbagai tatacara atau sistem keselamatan bagi menguji keselamatan dari sesebuah laman. Mampu mengedit cookies dalam pelayar membuatkan lebih mudah untuk memanipulasinya. Kaedah lain ialah dengan mengedit cookies secara manual pada sistem hard drive atau perisian luaran yang mampu melakukan perkara tersebut.
Add N Edit Cookies adalah addons Firefox yang mampu memanipulasikan cookies pada pelayar web. Window utama menyediakan akses kepada sebuah penapis (Filter) yang boleh digunakan untuk mencari cookies tertentu. Secara default, semua cookies yang akan dipaparkan dalam senarai mengikut halaman mereka dan nama cookies. Hanya klik pada sebuah cookies akan memaparkan maklumat lengkap termasuk kandungan cookies, domain dan tarikh tamat tempoh.
Cara Memasangkan Addons Add N Edit Cookies Pada Firefox 3.6 Dan Keatas
Bagaimanakah untuk memasangkan Add N Edit Cookies ini pada Firefox 3.6 anda?. Ini mungkin menjadi tanda tanya bagi mereka yang ingin menggunakan addons ini. Oleh itu disini aku akan mengajar satu persatu dengan jelas bagaimana mahu hack kan addons ini supaya ianya dapat digunakan pada Firefox versi yang terkini. Sila ikuti langkah2 dibawah :
1.) Buka browser lain seperti Opera, Chrome. Safari dan juga IE. Seterusnya pergi pada laman muat turun addons tersebut di SINI.
2.) Tekan kanan pada butang Download Now dan pilih pada Save link as dan muat turunkannya pada desktop anda.
3.) Pergi pada fail tersebut dan tukarkan extension fail dari .xpi kepada .rar (WINRAR)
4.) Tekan dua kali pada fail .rar tersebut untuk melihat kandungan di dalam dan carikan fail yang bernama install.rdf
5.) Bukak fail install.rdf pada editor pilihan anda dan ubahkan 3.0.* kepada 3.6.* dengan merujuk pada gambar diatas.
6.) Save dan tutup fail install.rdf, jika terdapat kotak mesej mengatakan Do you wish to update it in the archive. Tekan sahaja butang Yes.
7.) Tukarkan kembali extension fail .rar (WINRAR) kepada .xpi. Jika terdapat paparan mesej seperti gambar di atas, sila tekan butang Yes.
8.) Buka browser Firefox versi 3.6 anda pergi pada File > Open File > pilih fail addons Cookies Editor (.xpi) tersebut. Ataupun dengan cara yang lebih mudah, tarik fail addons Cookies Editor (.xpi) menerusi browser Firefox anda dan lepaskannya bagi proses pemasangan dapat dijalankan. Restart Firefox dan kini addons Cookies Editor sudah boleh dijalankan pada Firefox versi 3.6 ;D
Nota : Selepas ini boleh la aku wt tips pasal innity ye ;D
Thursday, March 4, 2010
Memasang Cookies Editor Pada Firefox 3.6
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)