Sunday, March 21, 2010

Bagaimana Membuang Cookies Pada Ads Innity

Ok bagi pengguna setia innity, kali ni dengan julung kalinya aku nak ajar korang semua bagaimana mahu memunculkan innity ads pada setiap blog yg dilawati. Tips ini telah diajar pada blog cikmin tapi cara yg digunakan mungkin agak menyusahkan kerana pengguna terpaksa login masuk username dan juga password pada blog mereka dan laman2 sosial yang lain. Oleh itu disini aku akan menggunakan cara alternatif bagaimana mahu membuang cookies hanya pada ads innity sahaja tanpa perlu melogin masuk kesemua laman yang telah dibuka atau kehilangan laman history yang terdahulu.

Sila ikuti langkah2 dibawah :

Langkah 1 :

Perkara pertama anda perlu menggunakan browser firefox dan memasangkan addons cookies editor. Untuk mengetahui cara pemasangan cookies editor pada firefox 3.6 sila rujuk pada entri aku yang lepas "Memasang Cookies Editor Pada Firefox 3.6"

Langkah 2 :

Buka cookies editor anda, dan taipkan innity pada kotak yang telah disediakan dan tekan pada butang Filter/Refresh.

Langkah 3 :

Seterusnya pergi pada selection, tekan butang All dan tekan butang Delete bagi membuang cookies innity tersebut.
Langkah 4 :


Bagi ads innity yang lain anda boleh searchkan pada nama mengikut campaign yang diberikan seperti dell, xpax, celcom, dll.

Bagi tips lain tentang innity ialah penggunaan browser juga memainkan peranan. Apa yang dapat aku lihat, browser safari paling banyak keluar innity ads setiap kali ianya direfreshkan, begitu juga browser ie tetapi tidak sebegitu kerap seperti safari. Tidak salah cuba kn? =D. Bagi sesiapa yang ada tips2 menarik tentang innity bley la share2 ye. aha

Nota : Innity sangat masyuk bai. hujung bulan kuar gua mahu beli hp baru. haha =D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails