Thursday, February 11, 2010

The Cavern Link Checker Untuk Greasemonkey - Semak Status Link Dari 82 Fail Host

Kita semua pasti pernah menggunakan host fail seperti Rapidshare dan Megaupload hari ini. Sebahagian besar data yang di hostkan di host fail ini mempunyai pelbagai bahagian. Kadang-kadang, akibat terdapatnya aktiviti haram host fail atau kerana tidak dimuat turun untuk waktu yang lama, fail-fail ini secara automatik akan dipadamkan daripada pelayan. Dengan demikian, ini mungkin sangat menyusahkan ketika anda telah mendownload sebahagian besar jumlah fail dan secara tiba2 anda menemui bahawa salah satu fail link telah mati atau disekat oleh host kerana ada kemungkinan isi fail tersebut haram.

Oleh kerana itu, dinasihatkan untuk memeriksa setiap link sebelum mulai muat turun fail dari host fail. Tapi, itu pastinya seseuatu yang rumit untuk menyemak setiap kali link pada halaman mereka. Hari ini, aku akan menunjukkan sebuah kaedah (untuk pengguna Firefox sahaja) tentang bagaimana membiarkan Firefox secara automatik memeriksa link dari pelbagai host fail ketika anda melawat laman yang terdapat link muat turun.

Langkah 1 :

Pastikan firefox anda memasang addons greasemonkey. Untuk memasangkannya sila klik di SINI. Restart firefox anda bagi memastikan proses pemasangan sempurna.

Langkah 2 :

Selepas memasang addons greasemonkey, kini anda perlu memasangkan usercript The Cavern Links Checker. Untuk memasangkan usercript ini klik di SINI. Disini anda tidak perlu restartkan firefox anda kerana proses pemasangan dilakukan dengan serta merta. Sila pastikan greasemonkey anda sentiasa dibuka bagi membolehkan segala usercript yang telah dipasang dapat berjalan dengan lancar.

Langkah 3 :


Untuk menjalankan dan memastikan usercript The Cavern Link Checker ini berfungsi dengan sepenuhnya, pergi pada laman web yang yang mengandungi link muat turun seperti yang terdapat pada forum. Secara automatik kesemua link akan disemak sebaik sahaja loading sesebuah laman sudah berhenti. Jika link tersebut telah mati ataupun disekat oleh host fail diakhir link akan diletakkan dengan icon bertanda pangkah. Jika sebaliknya link tersebut diakhirnya akan diletakkan dengan icon bertanda betul. Lihat seperti contoh diatas.

Nota : aku suka pkai userscript ni sbb sng nak check n download smua link trus. laju je diew semak. hoho =D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails