Wednesday, February 17, 2010

Menunjukkan Password Ketika Tetikus Dilayangkan Pada Kotak Password

Entri kali ini berkait rapat lagi dengan userscript untuk greasemonkey. Userscript yang dipanggil Show Password mungkin amat berguna sekali bagi menyenangkan pengguna untuk melihat kesalahan ketika menaip kata laluan pada kotak yang disediakan. Caranya amatlah mudah, hanya layangkan tetikus anda pada kotak kata laluan dan simbol asterisk akan bertukar menjadi abjad atau nombor yang membentuk kata laluan anda. Kelebihan yang ada pada userscript ini, ianya dapat membuatkan kata laluan anda diingati sebaik sahaja abjad atau nombor pertama yang anda taip akan kuar dibawah. Keburukannya pula, bagi sesiapa yang memasangkan userscript ini mungkin kata laluannya akan terdedah jika komputer atau laptop peribadi dikongsikan dengan orang lain.

Jika berminat untuk memasangkan userscript Show Password ini sila ikuti langkah2 dibawah:

Langkah 1 :

Pastikan firefox anda memasang addons greasemonkey. Untuk memasangkannya sila klik di SINI. Restart firefox ada bagi memastikan proses pemasangan sempurna.

Langkah 2 :

Selepas memasang addons greasemonkey, kini anda perlu memasangkan usercript Show Password. Untuk memasangkan userscript ini klik di SINI. Disini anda tidak perlu restartkan firefox anda kerana proses pemasangan dilakukan dengan serta merta. Sila pastikan greasemonkey anda sentiasa dibuka bagi membolehkan segala usercript yang telah dipasang dapat berjalan dengan lancar.

Langkah 3 :


Untuk memastikan userscript Show Password ini berfungsi dengan sepenuhnya, pergi pada laman yang mempunyai kemasukan akaun seperti yang terdapat pada gambar di atas iaitu myspace dan juga facebook. Taipkan sahaja kata laluan anda dan setelah itu layangkan tetikus pada kotak kata laluan tersebut. Disini anda dapat lihat simbol asterisk yang dimasukkan telah bertukar kepada abjad atau nombor kata laluan anda. Bagi menyimpan kata laluan yang dimasukkan dalam kotak yang disediakan, terlebih dahulu anda kena menekan butang kemasukan dan secara automatik kata laluan anda akan tersenarai pada kotak kata laluan apabila anda menekan abjad atau nombor pertama yang ditaip.

Nota : Pastikan komputer korang xdiguna oleh sesiapa. hoho =D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails