kebanyakan pengguna Youtube tidak menyukai apabila video mula berjalan selepas ianya dibuka. Ramai yang berpendapat demikian kerana mempunyai alasan2 mereka tersendiri. Yang paling utama pengguna yang menggunakan sambungan internet yang lambat akan mengalami video berhenti selepas dimainkan semula dan kemungkinan ianya akan mengambil masa untuk loading. Salah satu sebab lagi pengguna yang membuka sekaligus beberapa video di Youtube akan terpaksa memberhentikan video terlebih dahulu kerana setiap video akan memainkan video secara automatik.
Namun dengan penggunaan Userscript ini sekaligus dapat mematikan fungsi autoplay dan automatik buffer video yang pertama. Dan Selain itu fungsi ini juga akan membolehkan mode HD secara default, jadi anda tidak perlu untuk menekan butang HD lagi. Akhir sekali apa yang saya lebih suka kepada userscript ini ialah ianya dapat membuang iklan pada page tersebut.
Untuk menjalankan userscript ini pada Firefox, anda perlu memasang (Install) addon Greasemonkey terlebih dahulu. Ini akan memberi anda pilihan untuk menghidupkan atau mematikan salah satu ciri yang anda tidak suka.
Untuk memasang Greasemonkey, ikuti gambar rajah dibawah :
1. Tekan pada butan Allow
2. Satu paparan akan muncul, dan tekan pula pada butang Install Now
3. Tunggu proses install sehingga selesai
4. Setelah selesai, sila restart Firefox anda.
Di sini anda boleh mendownload Userscript ini
Wednesday, September 30, 2009
YouTube Auto Buffer & Auto HD & Padam Iklan
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)