Wednesday, February 24, 2010

Hack Facebook Dengan Javascript Dan Greasemonkey

Seperti yang korang tahu Facebook jauh lebih popular dari laman sosial seperti Myspace, Friendster dan sebagainya. Tidak dinafikan kerana aku juga suka menggunakannya setelah pertama kali berdaftar dengan laman sosial ini. Oleh itu kali ini aku mahu korang mengenali lebih dekat dengan Facebook tentang bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan beberapa kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey iaitu addons daripada Firefox. Maksud "Hack" disini bukanlah aku mahu mengajar korang bagaimana nak menceroboh akaun seseorang tetapi lebih kepada "Hack" yang bersifat sementara dan akan hilang apabila laman web tersebut di refreshkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey, sila ikuti beberapa cara yang disenaraikan dibawah :

Facebook Javascript "Hack" :

1.) Menukarkan Nama Title Profile Anda

Copy kod dibawah dan tukarkan "User" dengan nama anda. Pastekan pada address bar. Lihat contoh pada gambar diatas.


javascript:void(document.title="Facebook | User");

2.) Menukarkan Warna MenuBar

Hanya copy dan pastekan kod di bawah pada address bar dan tekan enter. Anda boleh menukar 'yellow' dengan warna yang anda inginkan seperti black, green, white, red atau orange. Jika mahu menukarkan warna kepada asal tekan sahaja butang F5 iaitu butang refresh.


javascript:void(document.getElementById('fb_menubar').style.background='yellow');

3.) Melihat Offline Chat Pada Teman

Malangnya, dengan kod ini anda tidak dapat melihat history chat pada teman yang sedang online. Jika anda cuba mengingati sesuatu yang dikatakan, menunggu mereka untuk kembali online adalah salah satu yang membosankan. Sebaliknya, anda boleh menggunakan kod javascript ini. Pertama sekali, kita perlu mendapatkan Facebook ID teman anda.


Selepas anda mendapat ID seseorang, hanya copy dan pastekan kod dibawah pada address bar anda. Seterusnya gantikan "ID HERE" dengan ID teman anda.


javascript:buddyList.itemOnClick(ID HERE);

Beberapa Kod Javascript Yang Lain :

Berikut adalah beberapa trik lain anda boleh anda jalankan dengan menggunakan kod Javascript.

1.) Ubah status chat kepada offline


javascript:statusControl.sendVisibility(false);

2.) Ubah status chat kepada online


javascript:statusControl.sendVisibility(true);

3.) Tutup semua tetingkap bual dengan orang (ID HERE)


javascript:chatDisplay.tabs[ID HERE].tabXOnClick();

4.) Membuka aplikasi tab


javascript:applicationDock.toggleTab();

5.) Mempamerkan notis


javascript:presence.toggleTab('chat_status_control','chat_status_control_tab');

6.) Mempamerkan senarai kawan


javascript:buddyList.toggleTab();

Facebook Greasemonkey "Hack" :

Greasemonkey adalah salah satu addons Firefox yang terbaik yang ada. Dengan menggunakan userscripts ini, anda boleh melaraskan hampir setiap website.

1.) Facebook Auto-Login

Userscript ini akan secara automatik login masuk ke akaun Facebook, selama mana anda membuatkan Firefox mengingat password anda.

2.) Auto-Colorizer for Facebook

Userscript ini akan mewarnakan laman Facebook anda dengan menerapkan skema warna dari gambar yang dipaparkan pada laman. Seperti mana yang dapat anda bayangkan, hal ini boleh membuatkan laman Facebook anda kelihatan menarik.

3.) FacebookDeletes

Jika anda ingin membuang orang dengan banyak sekaligus. Userscript ini dapat membantu anda dengan senang tanpa membuang masa.

4.) Remove All Facebook Ads

Userscript yang sering dikemaskini ini akan memadam semua iklan yang masuk dari Facebook, dan memberi keselesaan dan jaminan yang selamat bagi pengguna Facebook.

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails