Muat turun video dari halaman web Youtube merupakan perkara yang menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang seperti aku untuk mendapatkan video klip terbaru yang baru sahaja di muat naik oleh pengguna di Youtube. Video2 yang terdapat didalam Youtube juga banyak diantaranya berkaitan dengan review movie, tutorial2, komedi dan juga musik video. Oleh itu, semestinya anda tidak mahu ketinggalan untuk memuat turun beberapa video dari laman web tersebut. Bagi muat turun video, terdapat banyak cara yang boleh anda gunakan termasuklah menggunakan aplikasi web seperti KeepVid dan juga menggunakan perisian yang kini banyak terdapat pada hasil enjin carian.
Untuk tutorial kali ini, aku tidak mahu mengajar bagaimana mahu muat turun video Youtube menggunakan aplikasi web mahupun perisian tetapi lebih kepada menggunakan kod javascsript. Kod javascript ini akan terus mengambil link video tanpa memerlukan anda untuk menunggu sehingga loading video tersebut tamat. Ikuti langkah2 di bawah bagi mengetahui bagaimana kod javascript ini berfungsi :
Nota : Berfungsi untuk semua jenis browser termasuklah Firefox, Opera, Safari dan juga Chrome
Simpan Sebagai Format (FLV)
Langkah 1 :
Bukak laman web Youtube dan cari video kegemaran anda. Seperti contoh diatas aku sedang menonton klip video dari Lady Gaga - Bad Romance.
Langkah 2 :
Copy salah satu kod dibawah dan pastekan pada address bar browser anda. Tekan enter bagi proses muat turun dapat dijalankan.
javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&l=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['l'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];
javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];
Langkah 3 :
Seterusnya namakan file video dan tukarkan extension formatnya kepada .flv. Seperti contoh Lady Gaga - Bad Romance.flv
Simpan Sebagai Format (MP4 - High Resolution)
Jika anda mahu muat turun video dalam format MP4 berkuali tinggi, ikuti langkah yang sama di atas dan bagi langkah 2 hanya copy salah satu kod dibawah dan pastekan pada address bar browser anda. Seterusnya tekan enter bagi proses memuat turun dapat dijalankan.
javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&fmt=18&l=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['l'] + "&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];
javascript:window.location.href = 'http://youtube.com/get_video?video_id=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['video_id'] + "&fmt=18&sk=" + yt.getConfig('SWF_ARGS')['sk'] + '&t=' + yt.getConfig('SWF_ARGS')['t'];
Bagi Langkah 3 pula hanya tukarkan extension formatnya kepada .mp4.
Nota : Aku jarang guna kod2 camni, selalu pkai addons dari firefox je la ;D
Thursday, February 18, 2010
Muat Turun Video Youtube Pada Chrome, FireFox, Safari Dan Opera
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)