Ingin menangkap keseluruhan halaman web pada pelayar google chrome anda dan menyimpannya sebagai gambar (.Png)?. Apa kata anda mencuba extension Webpage Screenshot dan lihat sendiri kehebatan extension ini yang dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri2 menarik. Laman yang ditangkap akan dipaparkan terlebih dahulu dan disertakan dengan saiz gambar bagi menyenangkan pengguna. Apa yang bagus selain ianya cepat dan mudah untuk digunakan, extension ini dapat juga berfungsi apabila tiadanya sambungan internet.
Cara Menggunakan Extension Webpage Screenshot
Langkah 1 :
Muat turun terlebih dahulu extension Webpage Screenshot di SINI. Seterusnya tekan sahaja butang Install.
Langkah 2 :
Paparan kotak mesej akan muncul dan anda tekan terus lagi butang Install bagi proses pemasangan extension Webpage Screenshot dapat dipasangkan pada google chrome.
Langkah 3 :
Satu paparan pemberitahuan akan muncul setelah extensions telah berjaya dipasang pada toolbar google chrome.
Langkah 4 :
Tekan pada ikon kecil yang berlogokan kamera di atas toolbar untuk menangkap keseluruhan laman atau laman yang dapat dilihat pada tetingkap browser anda.
Ini adalah contoh gambar yang ditangkap hanya pada tetingkap yang dapat dilihat pada browser google chrome anda.
Ini pula adalah contoh gambar yang ditangkap pada keseluruhan laman web. Lihat perbezaan saiz apabila anda menggunakan kedua2 butang bagi penangkapan gambar iaitu Visible Screenshot dan All Page Screenshot.
Langkah 5 :
Terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat iaitu dengan menukar saiz tetingkap sebelum menangkapnya dan juga menukarkan header dan footer pada gambar yang akan ditangkap. Bagi header dan footer anda boleh mengubah pada kotak header dengan menaip tajuk bagi gambar tersebut dan manakala footer pula anda boleh meletakkan kod yang disediakan iaitu %U untuk URL laman dan %D untuk tarikh/masa yang akan dipaparkan. Lihat seperti contoh dibawah.
Menyesuaikan tajuk yang dikehendaki pada gambar yang ditangkap.
URL bagi laman yang ditangkap akan dipaparkan dibawah berserta tarikh dan masa.
Langkah 6 :
Terdapat fungsi pembesaran gambar yang berskala di antara 200%, 150%, 100% sehingga 10%. Seterusnya anda boleh menyimpan laman yang telah ditangkap dengan menekan kanan pada tetikus anda dan pergi pada Save image as. Gambar tersebut akan disimpan sebagai format .png.
Sunday, March 7, 2010
Menyimpan Halaman Web Menggunakan Extension Webpage Screenshot Pada Google Chrome
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)