skip to main |
skip to sidebar
 Kali ini aku nak ajar anda semua satu tip baru iaitu bagaimana caranya memasangkan butang facebook like pada setiap entri blogspot anda. Apa yang bagusnya dengan memasangkan butang ini ialah apabila anda terbaca sebuah entri menarik di blog rakan anda, anda hanya perlu klik butang facebook like tersebut dan entri rakan anda akan diletakkan secara automatik pada wall facebook anda. Jadi teman2 anda di facebook pasti tertarik untuk melihat apa yang anda like kan tersebut. Untuk memasangkan butang facebook like pada setiap entri blogspot sila ikuti langkah2 dibawah :
Langkah 1 :
Pergi dashboard > Layout > Edit HTML dan muat turun terlebih dahulu template anda.
Langkah 2 :
Tickkan pada Expand Widget Templates
Langkah 3 :
Carikan kod <data:post.body/> dengan menekan Ctrl + F pada papan kekunci anda
Langkah 4 :
Masukkan kod dibawah selepas kod <data:post.body/>
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
Lihat pada contoh gambar dibawah dimana kod tersebut diletakkan :
Langkah 5 :
Savekan template anda dan lihat hasilnya
Bagi pengguna Wordpress anda boleh dapatkan plugin di SINI. Kredit untuk ARC13! untuk info bagaimana pemasangan butang Facebook Like ini. Gambar dibawah adalah contoh apabila anda like kan pada entri yang berkenaan.
Update :
Bagi yang teringin memasangkan butang Facebok Like pada atas entri blog anda sila carikan kod <div class='post-body entry-content'> dan masukkan kod pada langkah 4 sebelum kod <div class='post-body entry-content'>
Nota : Kat blog awek aku pun dah pasangkan. lalala. "Grab it while you can". ceh ayat. haha
Tinysong adalah laman yang membolehkan anda untuk memendekkan URL yang memudahkan untuk dikongsikan pada teman2 anda. Hanya pergi pada lamannya iaitu tinysong.com dan cari lagu melalui nama artis atau tajuk lagu yang dikehendaki. Dengan sepantas kilat hasil carian anda akan dipaparkan dibawah. Anda boleh mendengar lagu secara terus pada lamannya manakala untuk berkongsikan lagu kepada teman hanya klik pada Share.

Copy sahaja dengan menekan Copy tinysong link to your clipboard dan berbagi kepada teman atau anda boleh berkongsinya secara terus pada laman sosial seperti Twitter, Facebook, Tumblr, Email, dan juga StumbleUpon dengan mengklik butang yang telah disediakan. Seterusnya URL pendek yang dikongsikan akan dimainkan di GrooveShark apabila teman anda ingin mendengarnya.
Layari Tinysong di SINI.
Nota : Laman ini best! ;D
 Sekian lama aku tak join contest. Kali ini tertarik la pulak nak join contest berkenaan dengan produk HPA. Contest ini dianjurkan oleh mrsfiza212 dan aku tahu pun dari bro nine. Produk HPA ini seringkali aku guna terutamanya kopi radix dan ayam organik. Untuk pengetahuan korang parent aku stokis HPA. haha. So aku join contest ni pun saja suka2. Dengan itu boleh la juga promosi sikit2 tentang HPA ini dan menolong produk buatan orang islam kita sendiri. Sapa nak jadi ahli boleh klik banner HPA pada sponser tu ok. ( Promosi kowt. haha). Khasiat Kopi Radix:
1. Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang. Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
2. Demam Panas. Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel – sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
3. Ketumbuhan. Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
4. Radix Untuk Kaum Wanita. Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
5. Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi. Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
6. Kopi Radix Untuk Tenaga. Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
* Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
* Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
* Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
* Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
* Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
* Halban (IMUNITI).
* Larak Hutan (KARDIOTONIK).
Nota : kalu pergi kedah mmng banyak la barang2 HPA disana. Siap ada hotel, kedai kek dan mcm2 lagi. rugi korang xpergi. hee. Ouh ya Malaysian Radio V4 aku nak taruk radio HPA fm =D.
 Mencari bagaimana cara membuat Status Invisible di Facebook Chat?. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, di FaceBook Chat, hanya ada dua pilihan untuk anda menukarkan status samaada Online ( dengan cara klik menu chat di facebook) atau Offline. Tidak ada cara untuk menukarkan status anda menjadi Invisible di FaceBook Chat.
Untuk penyelesaian mudah jika anda ingin membuat status anda online untuk seseorang dan ingin offline dengan yang lain ikuti cara2 dibawah :
Buat kumpulan No Chat.
Letakkan orang yang anda tidak mahu chat kepada group No Chat.
Kemudian tetapkan No Chat kepada Offline.
Ok kini anda sudah selesai membuat status anda menjadi offline (Invisible) kepada orang yang dikehendaki.
Jika anda tidak mahu rakan2 anda tahu jika anda sedang online atau sedang menggunakan facebook, berikut pula adalah cara2 yang boleh dapat membantu anda.
Pertama sebelum anda keluar pada facebook. Hendaklah membuatkan facebook chat anda offline (dengan klik Option>> pergi pada Offline). Kemudian log keluar dari akaun facebook anda.
Dengan menggunakan langkah ini, setiap kali anda log masuk / log in ke facebook anda dan secara automatik facebook chat anda akan ditetapkan ke offline dan rakan2 anda tidak akan pernah tahu jika sekarang ini anda sedang menggunakan facebook.
Nota : Harap maaf jika lama xupdate blog n blogwalking. bz dan kemalasan melanda. huhu
Unique.Rasterboy.com adalah laman dimana anda dapat membuat kartun versi diri sendiri atau teman2 anda. Anda boleh menggunakan watak kartun yang telah anda buat untuk digunakan pada halaman rangkaian sosial seperti myspace, facebook, friendster dan juga mungkin pada blog anda. Laman ini dibina berdasarkan flash, oleh itu sila pastikan komputer anda sudah siap dipasang dengan pemain flash. Sebelum anda memasuki laman ini sebuah prompt akan dipaparkan pada laman utama. Di situ anda perlu memilih jantina bagi avatar anda samaada lelaki atau perempuan. Apabila anda telah memilih jantina, kini anda boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memilih warna kulit. Setelah itu, beberapa link akan disediakan bagi anda untuk menyesuaikan avatar anda dengan memberikannya rambut, topi, seluar, kasut, aksesori, haiwan kesayangan dan bermacam lagi.
Beberapa Contoh Avatar Yang Dihasilkan :




Laman web ini sangat disyorkan kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang bagus dan meningkatkan daya kreativiti anda dalam membuat versi kartun pada diri anda dan orang lain.
Kunjungi http://unique.rasterboy.com/
Credit to Diden (Abg Hensem)
Nota : Avatar korang cantik ke?. ceh =P
 Bagi sesiapa yang suka chatting di room, kadang2 merasa tidak selesa dengan sebahagian orang yang suka melakukan booting. Ini sudah menjadi suatu kebiasaan bagi orang yang menggunakan dan program seumpama ini sudah banyak disebarkan dan semakin berkembang pembuatannya. Maka semakin banyak bahaya akan terjadi terhadap orang yang ingin berchatting dengan selesa dan tanpa gangguan oleh orang luar. Sebahagian booter digunakan hanya tujuan untuk main2 sahaja, tetapi bagi orang yang terkena booting ini adalah suatu musibah kerana kemungkinan sedang anda riang berchatting dengan teman atau pasangan anda, secara tiba2 anda disconnect keluar dari room, ini pasti mengundang marah pada si mangsa. Oleh itu kebanyakan para chater memilih untuk menggunakan chat client supaya terhindar dari booting ini. Chat client yang sering digunakan berbeza dengan satu chater dengan chater lainnya. Ada yang menggunakan chat client yazak, yahaven, ymlite, yam, ysupra, ytk, ytunnel, no5, yahboo, chetah chat dan masih banyak lagi termasuk menggunakan yintai di room.
Akan tetapi para chater biasa, yang biasanya adalah perempuan tidak tau cara menggunakan chat client ini mungkin juga tidak tahu apa itu chat client dan terus menggunakan yahoo messenger biasa, kemungkinan yahoo messenger mereka akan disconnect sehingga terkuar dari room jika mereka sedang dibooting.
Bagi pengguna yahoo messenger yang menggunakan untuk masuk ke dalam room yahoo, anda boleh menggunakan beberapa langkah seperti di bawah ini :
Jika anda memiliki sambungan internet yang besar maka cari ini cukup bagus untuk menghindari yahoo messenger anda dari disconnect akibat booting.
Pergi pada messenger menu > preference > Ignore list > Cekkan pada Ignore anyone who is not in my Yahoo! contacts. > Tekan Apply
Jika anda memiliki socks proxy anda boleh menggunakan proxy untuk yahoo messenger anda.
Pergi pada messenger menu > preference > connection > Cekkan pada connect via a proxy server dan masukkan socks proxy anda.
Pada internet connection pula tukarkan kepada broadband (DSL / Cable) dan home country anda kepada Malaysia. Seterusnya tekan butang OK.
Nota : Pernah anda terkena atau mengenakan booting ini?. aku dua2 penah. whee =P
 Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika perempuan bertanyakan satu soalan, " Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?" Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu. "Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu." "Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir". Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,
"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Sorang tu style makan telan semua sekaligus. Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"
Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".
"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."
Nota : HAHA!. aku suka cikgu macam ni. auww! =P
 Ingin menghantar mesej dengan ASCII Art kepada teman2 and atau teman melalui Yahoo Messenger atau MySpace IM?. Anda hanya perlu sebuah perisian yang disebut sebagai Art Sender untuk melakukannya. Dengan hanya satu klik anda boleh membuat banyak ASCII Arts ( Gambar Haiwan, Orang, Cinta, Sukan, Kartun, Bunga dan banyak lagi) untuk teman2 anda. Ia berfungsi dengan baik di Yahoo Messenger ( Versi 8, 9 dan yang terkini 10) dan juga pada MySpace IM. Pernah menggunakan SweetIM atau mendengarnya dari teman2 anda?. Jika ya, aplikasi ini tidak kurang hebatnya seperti SweetIM cuma tiada animasi bergerak seperti SweetIM kecuali hanya lukisan seni berupa ASCII dan anda boleh transparentkan tetingkap pada chat anda.
Contoh2 ASCII Art yang dipaparkan pada tetingkap chatting cukup kemas dan teratur. Terdapat banyak pilihan dalam kategorinya tersendiri yang boleh anda pilih.
Jika berminat anda boleh memuat turun dari laman rasmi di SINI
Cara Menggunakan Art Sender / Video Tutorial
Hanya klik pada butang Art Sender, pilih kategori yang anda inginkan, kemudian pilih dari folder tersebut, dan memilih ASCII Art. Tekan Send Art untuk hantarkan ASCII Art ke rakan anda atau memilih View Art untuk lihat dahulu. (Lihat gambar di atas)
Nota: Jika teman2 anda menggunakan client lain (client tidak rasmi seperti Yahaven, Yazak, YahElite, atau lain - Multi Protocol Messenger seperti Pidgin atau Miranda IM, Web Base Messenger seperti Meebo, atau Mobile Messenger seperti Nefanasa) dari Yahoo Messenger, Art Sender mungkin tidak akan berfungsi dengan baik.
Untuk melihat video tutorial klik SINI
Nota : Bnyk btul plugin2 yang ada sekarang ni kan. huhu
 Kali ini aku nak sharekan satu tips yang aku dapat dari blog Apiih iaitu bagaimana nak resumekan semula fail samaada movie, lagu, perisian dan sebagainya yang corrupted & broken masa anda memuat turun menggunakan IDM (Internet Download Manager) dari mana2 fail hosting seperti Mediafire, Rapidshare, Megaupload, 4Shared dll. Seperti mana yang anda tahu apabila kita menggunakan fail hosting yang tidak berbayar fail yang di muat turun tidak boleh diresumekan semula kecuali anda mempunyai akaun premium pada laman fail hosting tersebut ( Mediafire boleh resume semula). Pernah terjadi secara tiba2 bila sambungan talian internet anda terputus sementara dan bila anda hendak resumekan fail itu semula ia mengeluarkan ralat mesej seperti connection timed out, session has expired, not valid anymore dan juga host is rebooted. Pasti anda merasakan kecewa dan berat sekali untuk memuat turun fail itu sekali lagi apatah lagi jika fail yang dimuat turun itu bersaiz besar.

Contoh gambar IDM bila error, klik pada gambar untuk tumbesaran.
Jadi bagaimana untuk meresumekan semula fail yang dimuat turun itu? Ikuti beberapa langkah mudah dibawah.
Langkah 1 :
Fail yang anda muat turun jangan diusik atau disentuh. Pastikan ianya dalam keadaan asal dimana masa fail tersebut tidak dapat diresumekan semula.
Langkah 2 :
Pergi kembali pada laman fail hosting yang ingin anda muat turun tadi dan muat turunnya kembali atau memuatkan link baru. (Bagi tutorial ini aku menggunakan fail hosting dari SuperFastFile, jadi caranya agak berbeza sedikit.)
Langkah 3 :
Jika laman fail hosting yang sebegini anda hanya perlu tekan pada butang Create New Link dan tunggu sehingga URL baru untuk dimuat turun.
Langkah 4 :
Bila URL baru telah sedia untuk dimuat turun, anda hanya perlu tekan kanan pada tetikus dan pergi pada Copy Link Location.
Langkah 5 :
Pergi pada IDM dan tekan kanan pada nama fail yang anda muat turun. Seterusnya pilih Properties. Disitu anda akan lihat pada ruangan Address dan gantikan URL yang anda copy sebelum ini. Tekan butang OK.
Langkah 6 :
Akhir sekali tekan butang Resume untuk menyambung semula proses memuat turun fail anda.
Ingin melihat tutorial dari blog Apiih klik SINI
Nota : Kalu korang download BdRip mau naye kowt kalu download berhenti kat 99% =P
 Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.” Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? Suami : Bad command or filename. Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli! Suami : Errorneous syntax. Abort? isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters.. .
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. ”
http://www.zuwairiaiman.com/blog/
Nota : Kalu aku cmne?. erk. haha
 Jika anda memerlukan logo dengan segera tapi anda tidak mempunyai idea untuk melakarkannya, apa kata anda cuba pergi pada laman Logo Instant. Logo Instant adalah perkhidmatan logo dimana ianya mengeluarkan logo yang baru setiap hari. Logo ini sememangnya percuma untuk dimuat turun dan digunakan secara peribadi atau digunakan secara komersial dan ianya datang dalam Adobe Photoshop fail sehingga anda boleh mengedit nama atau membuat perubahan bagi mencantikkan lakaran logo tersebut.
Berikut adalah beberapa contoh logo yang menarik terdapat di Logo Instant. Apa kata anda mengambil sedikit masa dengan meneliti setiap logo di laman ini dan membuat sendiri logo yang lebih menarik dengan mengambil serba sedikit idea dari logo yang telah anda lihat.
Layari Logo Instant
Nota : Dah pandai buat logo sendiri?. jom la kongsi =D
|