Sunday, February 28, 2010

Contest 2 : Menangi 1 Tiket Wayang Percuma

Ok kali ini aku mahu membuat satu lagi contest yang teramat senang untuk dimenangi. Korang xperlu melukis, mewarna, memikir, meneka atau pun mencari. Korang hanya perlu pilih nombor dari 1-20 sahaja dan aku akan random kan nombor pilihan korang menggunakan laman random.org. Seperti yang korang tahu, laman web ini banyak dah digunakan untuk membuat contest sebegini pada forum yang memberikan akaun2 percuma pada member yang berdaftar. Jadi sajalah aku mahu tiru konsep sebegini di blog aku.

Berkenaan dengan hadiah pula, tiket wayang ni aku dapat dari abang aku "Syntax". Dia dapat 3 tiket percuma dari bos dia so dia kasi aku satu suruh buat contest. Tiket wayang ni sah untuk seorang sahaja (Nak tngok ngan awek or pakwe beli lain stu ;D) dan boleh digunakan untuk menonton sebarang wayang yang sedang ditayangkan di TGV Cinemas. Sah sehingga 15 May 2010. Contest ini bergantung pada nasib, jadi sesiapa yang bertuah tu tahniah ye. Untuk mengetahui tempat2 dimana panggung TVG berada atau ingin melihat cerita yang sedang ditayangkan sila layari www.tgv.com.my.

Syarat2 Penyertaan :

Syarat untuk menyertai contest ini cuma 1 sahaja. Anda perlu ada blog atau laman web sendiri. Semasa meminta nombor bertuah anda sila tarukkan sekali blog atau laman web pada komen dibawah. Contoh : no. 18 - www.cybernetic88.blogspot.com. Senang bukan?.

Pilih Satu Sahaja Nombor Bertuah Korang Dibawah :

1.http://www.mietos.blogspot.com/
2.http://superbtitanium.blogspot.com/
3.http://sakiralicious.blogspot.com/
4.http://bezbuddy.blogspot.com/
5.htpp://94cents.blogspot.com/
6.http://sweetaina.blogspot.com/
7.http://superzass.blogspot.com/
8.http://lollylurveff.blogspot.com/
9.http://jojobdina.blogspot.com/
10.Closed!
11.http://bedtimestorie.blogspot.com/
12.http://teratak-impianku.blogspot.com/
13.http://lazaac.com/blog/
14.http://ezanyempires.blogspot.com/
15.http://zack-hacker.blogspot.com/
16.Closed!
17.http://cambesje.blogspot.com/
18.Closed!
19.http://najhahnajmie.blogspot.com/
20.http://troxs.com/blog/

Nota : Selepas kesemua nombor telah dipenuhkan, esoknya aku akan randomkan nombor tersebut. Bagi sesiapa yang menang sila contact aku menerusi contact form dengan meninggalkan alamat rumah untuk penghantaran tiket.

Pemenang Contest2 : Menangi 1 Tiket Wayang Percuma

Ok lihat sendiri sape pemenangnya. Contact aku guna contact form kat atas. kasi alamat untuk penghantaran k. kalu takut mahu guna alamat umah, guna umah jiran seblah, xpun pejabat =D


Saturday, February 27, 2010

Menterbalikkan Laman Web Pada Google Chrome

Extension Upside Down pada Google Chrome ini membolehkan anda untuk menukar laman web mana pun dengan menterbalikkan laman tersebut. Dengan ini secara tidak langsung, anda boleh mengenakan kawan anda apabila menggunakan extension Upside Down. Extension ini tidak akan ditambahkan butang pada toolbar google chrome, jadi anda harus pergi pada customize dan seterusnya pada extension. Hanya tekan butang options pada extension Upside Down tersebut dan tetapkan masa dan pilihan2 yang telah disediakan. Begitu mudah kan?.

Untuk membuat sila ikuti langkah2 di bawah :

Cara Menggunakan Extension Upside Down

Langkah 1 :

Muat turun extension Upside Down di SINI. Seterusnya tekan butang Install.

Langkah 2 :

Paparan kotak mesej akan muncul dan anda tekan terus lagi butang Install bagi proses pemasangan extension Upside Down dapat dipasangkan pada google chrome.

Langkah 3 :

Satu paparan pemberitahuan akan muncul setelah extensions telah berjaya dipasang pada toolbar google chrome.

Langkah 4 :

Tekan pada butang customize and control google chrome dan pergi pada Extensions.

Tekan pula pada butang Options bagi extensions Upside Down.

Langkah 5 :

Pilih pilihan yang telah disediakan dan tetapkan masa sebelum menterbalikkan laman web bagi mengenakan rakan2 anda.

Nota : Tidak akan berfungsi pada laman yang sedang anda buka. Hanya berfungsi pada laman yang akan dibuka atau setelah laman tersebut direfresh.


Friday, February 26, 2010

Buat Abstract Wallpaper Sendiri Dengan X3Studios

Kita semua pasti suka mencantikkan komputer mengikut selera masing2 kan?. Dan dengan itu langkah pertama ialah dengan memakaikan wallpaper yang besar pada desktop anda. Meskipun dengan melayari internet dan melalui laman2 banyak menawarkan wallpaper yang menarik untuk di muat turun secara percuma. Akan tetapi mungkin lebih baik jika wallpaper itu dibuat sendiri oleh anda kerana segala idea dan imaginasi dapat diterapkan semasa anda menghasilkan wallpaper ini.

Oleh itu disini aku ingin memperkenalkan satu aplikasi laman web yang tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk mengakses segala alatan dari laman ini. Laman tersebut ialah wallpapers.x3studios. Dengan X3Studios web browser anda akan bertindak sebagai workstation dan disini terdapat pelbagai latar belakang tekstur elemen abstrak. Semua elemen yang dipilih oleh anda boleh disesuaikan dengan bantuan pada slider di sebelah kanan yang membolehkan anda bermain-main dengan kecerahan, warna, saturasi serta unsur saiz. Anda juga boleh memuat turun pelbagai wallpaper yang telah dihasilkan pada resolusi kualiti mulai dari 1024 × 768 hingga 1680x1050.

Cara Menghasilkan Wallpaper Pada X3Studios :

Mulakan dengan memilih latarbelakang yang bersesuaian dan seterusnya barulah anda boleh memulakan kerja-kerja suntingan asas. Sebelum itu pastikan komputer anda sudah dipasang dengan pemain Flash.

Tetingkap arahan ini memberitahu anda tentang cara mengendalikan aplikasi2 yang terdapat pada X3Studios ini supaya kerja2 penyuntingan akan berjalan dengan lancar.

Terdapat pelbagai pilihan element yang boleh diletakkan pada wallpaper anda. Seperti contoh diatas aku menggunakan element "Girl Vector"

Anda juga boleh menambah, membuang atau mengubah elemen pada wallpaper anda pada bila2 masa dengan menambahkan saturasi, kecerahan, warna dan sebagainya menerusi alatan yang telah disediakan.

Anda juga boleh meletakkan teks pada wallpaper anda dan memilih dari 17 font yang telah disediakan. Font yang diberikan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aplikasi2 web yang menyediakan penyuntingan gambar seperti ini, tetapi ianya sudah memadai dengan terdapatnya pelbagai element2 yang menarik.

Simpan atau muat turun wallpaper anda ke dalam komputer dalam beberapa pilihan resolusi diantaranya ialah 1024x768, 1280x960, 1280x1024 sehingga 1680x1050. Proses untuk memuat turun wallpaper yang telah siap tidak memakan banyak masa, hanya beberapa minit sahaja diperlukan bagi muat turun wallpaper yang berformat JPEG pada komputer anda.

Ini adalah wallpaper yang telah siap dihasilkan oleh aku. Aku bukan orang seni, jadi paham2 je la kalau hasil ini kurang cantik. Tetapi bagi aku amat memuaskan kerana dapat menghasilkan wallpaper dengan cara yang tersendiri. Jika berminat untuk menghasilkan wallpaper anda sendiri sila layari wallpapers.x3studios.

Nota : Kalau dah buat tu share2 la kat sini. mau tngok wallpaper yang korang hasilkan juga =D


Wednesday, February 24, 2010

Hack Facebook Dengan Javascript Dan Greasemonkey

Seperti yang korang tahu Facebook jauh lebih popular dari laman sosial seperti Myspace, Friendster dan sebagainya. Tidak dinafikan kerana aku juga suka menggunakannya setelah pertama kali berdaftar dengan laman sosial ini. Oleh itu kali ini aku mahu korang mengenali lebih dekat dengan Facebook tentang bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan beberapa kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey iaitu addons daripada Firefox. Maksud "Hack" disini bukanlah aku mahu mengajar korang bagaimana nak menceroboh akaun seseorang tetapi lebih kepada "Hack" yang bersifat sementara dan akan hilang apabila laman web tersebut di refreshkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana mahu "Hack" Facebook dengan kod javascript dan dengan menggunakan greasemonkey, sila ikuti beberapa cara yang disenaraikan dibawah :

Facebook Javascript "Hack" :

1.) Menukarkan Nama Title Profile Anda

Copy kod dibawah dan tukarkan "User" dengan nama anda. Pastekan pada address bar. Lihat contoh pada gambar diatas.


javascript:void(document.title="Facebook | User");

2.) Menukarkan Warna MenuBar

Hanya copy dan pastekan kod di bawah pada address bar dan tekan enter. Anda boleh menukar 'yellow' dengan warna yang anda inginkan seperti black, green, white, red atau orange. Jika mahu menukarkan warna kepada asal tekan sahaja butang F5 iaitu butang refresh.


javascript:void(document.getElementById('fb_menubar').style.background='yellow');

3.) Melihat Offline Chat Pada Teman

Malangnya, dengan kod ini anda tidak dapat melihat history chat pada teman yang sedang online. Jika anda cuba mengingati sesuatu yang dikatakan, menunggu mereka untuk kembali online adalah salah satu yang membosankan. Sebaliknya, anda boleh menggunakan kod javascript ini. Pertama sekali, kita perlu mendapatkan Facebook ID teman anda.


Selepas anda mendapat ID seseorang, hanya copy dan pastekan kod dibawah pada address bar anda. Seterusnya gantikan "ID HERE" dengan ID teman anda.


javascript:buddyList.itemOnClick(ID HERE);

Beberapa Kod Javascript Yang Lain :

Berikut adalah beberapa trik lain anda boleh anda jalankan dengan menggunakan kod Javascript.

1.) Ubah status chat kepada offline


javascript:statusControl.sendVisibility(false);

2.) Ubah status chat kepada online


javascript:statusControl.sendVisibility(true);

3.) Tutup semua tetingkap bual dengan orang (ID HERE)


javascript:chatDisplay.tabs[ID HERE].tabXOnClick();

4.) Membuka aplikasi tab


javascript:applicationDock.toggleTab();

5.) Mempamerkan notis


javascript:presence.toggleTab('chat_status_control','chat_status_control_tab');

6.) Mempamerkan senarai kawan


javascript:buddyList.toggleTab();

Facebook Greasemonkey "Hack" :

Greasemonkey adalah salah satu addons Firefox yang terbaik yang ada. Dengan menggunakan userscripts ini, anda boleh melaraskan hampir setiap website.

1.) Facebook Auto-Login

Userscript ini akan secara automatik login masuk ke akaun Facebook, selama mana anda membuatkan Firefox mengingat password anda.

2.) Auto-Colorizer for Facebook

Userscript ini akan mewarnakan laman Facebook anda dengan menerapkan skema warna dari gambar yang dipaparkan pada laman. Seperti mana yang dapat anda bayangkan, hal ini boleh membuatkan laman Facebook anda kelihatan menarik.

3.) FacebookDeletes

Jika anda ingin membuang orang dengan banyak sekaligus. Userscript ini dapat membantu anda dengan senang tanpa membuang masa.

4.) Remove All Facebook Ads

Userscript yang sering dikemaskini ini akan memadam semua iklan yang masuk dari Facebook, dan memberi keselesaan dan jaminan yang selamat bagi pengguna Facebook.


Tuesday, February 23, 2010

Senarai Laman Web Untuk Mencari Serial Dan Crack

Bagi kebanyakan orang yang gemar muat turun aplikasi atau perisian dari laman web pasti sudah biasa mencari serial atau cracknya untuk menghilangkan copy protection daripada perisian atau untuk membuka fungsi dari demo dan juga waktu terhad (time-limited trial). Bagaimanapun komputer anda lebih mudah dijangkiti dengan pelbagai virus atau trojan disebabkan aktiviti muat turun crack berupa malicous code yang kebiasannya dibuat hanya untuk menyebarkan trojan dan mengaut keuntungan mereka sahaja. Oleh itu bagi aku mengunakan crack lebih berbahaya berbandingkan serial jika tidak pandai atau mahir bagi mengatasi masalah berupa virus atau trojan yang mungkin berlaku.

Bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan virus sila rujuk pada entri aku yg lepas iaitu Tips Untuk Mendownload Dan Mengelakkan Dari Berlakunya Jangkitan Virus. Pada entri kali ini aku akan menyenaraikan beberapa halaman web yang biasa aku guna bagi mendapatkan serial mahupun crack bagi sesebuah aplikasi ataupun perisian.

Laman Web Serial :

1. ) Serials.ws

2.) KeygenGuru.com

3.) Serials.be

4.) SmartSerials.com

5.) Bestserials.com

Laman Web Crack :

1.) CrackDB.org

2.) NewCracks.net

3.) Crackserialcodes.com

4.) Zcrack.com

5.) CrackzPlanet.com

Nota : Sesiapa ada lagi terjumpa laman web serial atau crack yang ingin dikongsikan sila bagitahu kat aku, aku akan update kat entri ni. tq =D


Monday, February 22, 2010

Bagaimana Mencari Kata Laluan Laman Lucah

Erm?. biar btul. haha. ok mmng btul. Kali ini aku mahu mengajar khusus untuk LELAKI bagaimana untuk mencari kata laluan bagi laman web lucah seperti bangbros, reality kings, naughty america dan selebihnya korang tahu sendiri la. Sebelum itu, tutorial ini tidak menjadi sepenuhnya pada sesetengah laman web yang mempunyai kata laluan tersebut kerana mungkin disebabkan akaun telah pun ditamatkan atau pun telah digunakan beberapa kali dan menyebabkan akaun tersebut ditutup kerana disyaki digodam. Ouh ya maaf jika entri kali ini kurang menyenangkan bagi kaum WANITA.

Untuk mencari kata laluan bagi laman web lucah ikuti langkah dibawah :

Langkah 1 :

Pergi pada enjin carian seperti google ataupun yahoo. Untuk tutorial aku lebih suka pkai google.

Langkah 2 :

Taipkan @members.<pornsite>.com dan gantikan <pornsite> dengan laman web yang ingin anda dapatkan kata laluannya. Contoh : @members.bangbros.com.

Langkah 3 :

Pada panel di bersebelahan dengan kata nama Web terdapat Options. Tekan Show Options dan tekan pula pada Latest untuk mencari hasil carian yang telah dikemas kini.

Langkah 4 :

Anda akan melihat hasil carian dengan url seperti ini http:// <usename>: <password>@members.bangbros.com dimana <username> adalah kata nama untuk akaun dan <password> adalah kata laluan untuk akaun. Contoh : http://pornwatcher43:imaperv@bangbros.com

Langkah 5 :

Klik terus pada link url yang terdapat kata nama dan kata laluan. Jika anda bernasib baik, akaun tersebut boleh digunakan lagi dan jika tidak anda boleh mencuba mencari pada laman web yang lain.

Nota : Dah dpt login masuk buat la pape. aku xthu korang ske wt pe. hahaha =P


Saturday, February 20, 2010

Memasangkan Cute Profile Pada Blogspot

Pada entri kali ini aku mahu mengajar anda bagaimana memasangkan Cute Profile plugin dari Wordpress untuk blogspot. Sepertimana yang anda tahu Cute Profile khususnya dibuat bagi pengguna Wordpress sahaja dan bukannya pada Blogspot. Kini anda dapat memasangkannya pada blog dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang aku akan ajarkan nanti. Terlebih dahulu ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Mrpiratz kerana membuat tutorial berkenaan Cute Profile ini. Coding yang diberikan telah aku betulkan dan ditambahkan serba sedikit bagi keselesaan pengguna.

Bagi pengguna Wordpress anda boleh dapati plugin Cute Profile di http://wordpress.org/extend/plugins/cute-profiles/ manakala bagi pengguna Blogspot sila ikuti langkah2 dibawah :

Langkah 1 :

Muat turun icon Cute Profile dibawah. Terdapat 81 icon didalam. Size 134 kb.

Rapidshare

http://rapidshare.com/files/353690959/Cute_Profile_Icon_By_Cybernetic88.rar

MediaFire

http://www.mediafire.com/?mdynzyirmkw

Megaupload

http://www.megaupload.com/?d=6XZH79AY

Langkah 2 :

Muat naik icon ke dalam image hosting seperti photobucket, imageshack dll.

Langkah 3 :

Log in masuk pada blogger anda dan pergi pada layout > Edit HTML. Sebelum memasukkan kod2 yang diperlukan sila mengambil langkah berhati-hati dengan menyalin (Backup) keseluruhan template anda.

Langkah 4 :

Tickkan pada expand widget templates dan carikan kod </head> Seterusnya letak kod dibawah sebelum kod </head>.


<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

Save template anda.

Langkah 5 :

Pergi pada layout dan tekan pada Add a Gadget dan seterusnya pilih pula pada HTML/Javascript. Masukkan kod dibawah.


<div style="display:scroll; position:fixed; top:80px; right:0px;">
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
<a class="linkopacity" href="URL SITE" target="_blank" rel="nofollow" title="TITLE HERE" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="URL ICON" /></a><br />
</div>

Edit pada "URL SITE", "TITLE HERE", "URL ICON" dan seterusnya save. Jika ingin mengubah kedudukan Cute Profile anda boleh mengubahkannya dengan menukar right ke left.

Selamat mencuba =D

Nota : Hoyeah!. aku berjaya pasang. lawa bukn. hee ;D


Related Posts with Thumbnails