Wednesday, June 30, 2010

10 Set Ikon Lukisan Tangan/Lakaran

Kali ini aku ingin berkongikan dengan anda 10 set ikon lukisan tangan atau lakaran yang aku rasakan sangat menarik dari segi kekemasan dan warnanya. Koleksi ikon ini percuma untuk digunakan secara komersial atau kegunaan peribadi dan anda boleh meletakkannya pada website, blog atau dijadikan sebagai logo. Kebanyakkan logo2 ini terdiri dari laman2 sosial yang popular seperti facebook, myspace, twitter, dan sebagainya. Untuk memuat turun set ikon lukisan tangan/lakaran kegemaran anda. Sila muat turunnya dibawah.

1.)

http://raindropmemory.deviantart.com/art/Natsu-Icon-Set-81597962

2.)

http://www.jankoatwarpspeed.com/post/2008/10/20/handycons-a-free-hand-drawn-social-media-icon-set.aspx

3.)

http://hanyuse.deviantart.com/art/Purple-Lines-Icon-Set-127105420

4.)

http://www.tutorial9.net/resources/watercolor-free-icon-pack/

5.)

http://iconexpo.com/2009/05/20-free-web2-social-icons-colored-pencil-version/

6.)

http://www.iconspedia.com/search/hand%20drawn/

7.)

http://dryicons.com/free-icons/preview/artistica-icons-set/

8.)

http://mfayaz.deviantart.com/art/FreeHand-ColorStroked-icon-pac-117362788

9.)

http://www.jankoatwarpspeed.com/post/2009/02/23/Handycons-2-another-free-hand-drawn-icon-set.aspx

10.)

http://www.webdesignerdepot.com/2009/04/24-free-exclusive-vector-icons-handy/

Nota : Aku suka koleksi ikon yang bawah sekali ni. nmpk smart je :D


Sunday, June 27, 2010

International Hacking Competition (i-Hack) 2010

Berita baik kepada para hackers tempatan. Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan pertandingan hacking peringkat antarabangsa atau lebih dikenali sebagai i-Hack 2010 pada bulan Ogos nanti. Hadiah menarik berupa wang tunai sehingga rm24000 menanti para pemenang.

Butiran seperti berikut:

Tarikh : 7 – 8 Ogos 2010.

Tempat : Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS yang berumur tidak lebih 26 tahun.

Antara event yang menarik ialah :

1. 12-hours Competition : “Hacking and Defense”.
2. 12-hours Competition : “Forensic Challenge”.
3. Security Talk.
4. Workshop on Hacking “Ethical Hacking for Beginners
5. Workshop on Forensic “Uncover Hidden Evidence

Untuk pendaftaran dan butiran lanjut, lawati laman web rasmi i-Hack 2010. Boleh juga emel saudari Norcahayadiyana di norcahayadiyana@gmail.com atau ihack2010@tmsk.uitm.edu.my

Kredit untuk Jomphp

Nota : Rase macam nak usha2 nnti. best woo tngok. hoho


Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen Lama

Berita baik bagi mereka yang ingin mengembalikan komen2 lama dari disqus kerana pembangun disqus telah pun memperkenalkan satu alat baru iaitu thread migration tool bagi mengimport kesemua komen lama yang hilang apabila anda bertukar domain ataupun berpindah dari blogger ke wordpress. Dahulunya cara untuk mengembalikan komen anda harus menghubungi dengan menghantar tiket kepada kakitangan disqus seperti yang aku buat. Alhamdullilah selepas 20 tiket aku hantar akhirnya berjaya juga komen aku dikembalikan.

Gambar diatas adalah email yang dihantar oleh gianni untuk memberitahu tentang alat terbaru bagi mengembalikan komen anda.

Bagaimana Menggunakan Disqus Thread Migration Tool

Jikalau anda pengguna Wordpress, jangan lupa untuk muat turun Disqus Plugin

1.) Login masuk pada akaun disqus anda

2.) Pergi pada Comment > Tools > Migrate Thread


3.) Terdapat dua pilihan :

Migration Wizard
Advanced Crawler

Pilih yang mana bersesuaian untuk anda dan komen anda akan dikembalikan dengan secepat yang mungkin.

Tq 2 Diden Untuk info.

Nota : Punya la susah dulu nak restore blk komen aku. last2 dah siap tool ni. smart2. :D


Thursday, June 24, 2010

Shiny Search : Mengubah Halaman Carian Mengikut Cita Rasa

Adakah anda bosan dengan rupa enjin carian google anda? Adakah anda ingin mengubah halaman carian tapi masih menggunakan keputusan carian daripada google? Jika jawapan anda adalah YA, maka anda boleh cuba menggunakan Shiny Search. Shiny Search adalah laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mengubah halaman enjin carian menjadi lebih menarik dengan rupa bentuk dan nama logo anda sendiri.

Terdapat banyak senarai yang boleh anda pilih termasuk la iphone, mickey mouse, matrix, ferrari dan sebagainya. Disini aku pilih iPhone dan aku namakan "cybernetic88". Sila lihat contoh gambar dibawah.

Selepas menekan butang Create Custom Homepage, halaman yang anda mahukan akan ditukarkan serta merta disertai dengan logo nama yang telah anda masukkan. Selain itu, anda mesti perasan sesuatu di bahagian atas kiri iaitu menu dimana anda dapat semak email anda (yahoo,gmail hotmail aol) membaca berita (google news, bbc), berhubung dengan rakan2 (facebook, friendster) dan pelbagai lagi menu yang menarik diletakkan.

Selain itu anda boleh memilih pelbagai latar belakang dan menyesuaikannya sebagai laman carian anda, laman keputusan carian yang dihasilkan sebenarnya sama dengan keputusan carian google.

Menetapkan Shiny Search Sebagai Halaman Utama Anda

Jika anda gembira menggunakan ShinySearch.com sebagai halaman utama, maka anda mungkin tertarik untuk menetapkannya sebagai halaman utama anda. Hanya klik pada link Set as HomePage dan ia akan membawa anda pergi pada laman bagaimana untuk menetapkan sebagai halaman utama bagi pengguna Firefox, Internet Explorer, Safari atau pengguna Chrome.

Sila layari Shiny Search di SINI

Nota : Sori lama xupdate blog. bz skit. lalalala. haha!


Sunday, June 20, 2010

Layari Internet Pada Telefon Bimbit 24/7 Menggunakan Opera Mini 5

Ingin melayari Facebook dan sentiasa mengemaskini status anda pada bila2 masa dan di mana jua anda berada, kini anda boleh melakukannya dengan melayari internet secara percuma selama 24/7 tanpa henti. Kedengaran menarik bukan?. Ya ini tidak menjadi sebarang masalah dengan melakukan sedikit tetapan pada telefon bimbit anda dan dengan penggunaan aplikasi canggih seperti Opera Mini 5. Sebelum itu cara ini hanya boleh digunakan untuk pengguna maxis sahaja. Untuk mengetahui bagaimana cara membuatkan anda boleh melayari internet pada telefon bimbit anda secara percuma sila ikuti langkah2 dibawah.

1.) Pastikan telefon bimbit anda boleh memuat naik dan memasang sebarang aplikasi kemudian muat turun Opera Mini 5 dengan menggunakan pelayar utama telefon bimbit anda dan pergi pada m.opera.com

2.) Selepas aplikasi Opera Mini telah berjaya dipasangkan pada telefon bimbit anda. Anda perlu mengubah tetapan pada talian maxis anda kepada maxis broadband bagi membolehkan internet pada Opera Mini digunakkan secara percuma.

i.) Tekan *100#
ii.) Pilih pada 8 untuk Perkhidmatan
iii.) Tekan 01 untuk seterusnya
iv.) Pilih 9 untuk Prepaid Broadband
v.) Pilih 4 pula untuk Server Switching
vi.) Pilih 2 untuk Switch to Prepaid Broadband
vii.) Akhir sekali tekan 1 untuk Proceed

Apabila anda menerima mesej dari no 28222 yang mengatakan "SIM anda telah ditukar kepada profil Broadband. APN anda = bbnet" maka kini talian maxis anda telah pun ditetapkan menjadi Prepaid Broadband.

Nota : Apabila anda bertukar tetapan kepada Prepaid Broadband anda tidak boleh menerima sebarang MMS atau menghantarnya. Untuk itu anda harus menukarkan kembali pada Prepaid Hotlink. Sebarang pertukaran antara Prepaid Broadband dan Prepaid Hotlink adalah percuma.

3.) Seterusnya pergi pada menu Application pada telefon bimbit anda dan buka Opera Mini 5. Tunggu sehingga habis loading dan pergi pada mana2 laman web. Contoh Facebook Mobile iaitu m.facebook.com.

4.) Layari selama beberapa minit dan lihat baki kredit anda. Tidak bergerak bukan?. Kini anda boleh melayari internet 24/7 secara percuma hanya dengan melakukan beberapa penukaran pada tetapan Prepaid Broadband dan dengan menggunakan aplikasi Opera Mini 5. Malah apa yang bagus tentang ini, anda boleh juga memuat turun sebarang gambar atau video secara percuma juga.

Untuk melihat fungsi2 Opera Mini 5 sila pergi pada lamannya di SINI

Senarai Laman Web Untuk Telefon Bimbit Anda :

1.) Facebook Mobile (m.facebook.com)

2.) Facebook Touch (touch.facebook.com)

3.) Yahoo Mobile (m.yahoo.com)

4.) Youtube Mobile (m.youtube.com)

5.) Gmail Mobile (m.gmail.com)

6.) Google Mobile (m.google.com)

7.) Twitter Mobile (m.twitter.com)

8.) Myspace Mobile (m.myspace.com)

9.) Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)

10.) Zedge Mobile (m.zedge.net)

Nota : Fuh akhirnya siap jugak entri pasal internet percuma ini kn. hee. selamat melayari internet! :D


Saturday, June 19, 2010

Happy Father's Day

Mata Ayah - Usman Awang

Kujabat mesra tangan ayah
Urat-urat daging-daging tua keras terasa
Mataku tersenyum, matanya menyapa
Anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapku
Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram
Suatu kelesauan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang
Memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk
Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

Usman Awang

Nota : I love u DAD. Always love u =)


Thursday, June 17, 2010

Menghantar Sms Percuma Dengan Aplikasi Facebook

Sebelum ini aku ada buat 2 entri berkenaan dengan sms percuma iaitu dengan menggunakan laman web dan juga program aku sendiri. Kini aku nak kongsikan satu lagi cara untuk menghantar sms percuma dengan menggunakan aplikasi dari facebook. Aplikasi ini iaitu dari Dodotext membolehkan anda menghantar sms secara percuma hampir ke 200 buah negara termasuk Malaysia.

Ikuti Langkah Di Bawah :

1.) Login masuk pada akaun Facebook anda

2.) Pergi pada halaman http://www.dodotext.com/

3.) Klik pada butang Allow

4.) Seterusnya klik Add to Profile

5.) Untuk terus menggunakan sms percuma anda boleh pilih pada negara Malaysia dan masukkan sahaja nombor telefon bimbit yang hendak anda sms. Kemudian taip mesej anda dan tekan butang Send SMS. Limit mesej diberikan hanya cukup untuk 100 patah perkataan sahaja.

Kotak mesej akan kuar jika mesej anda sudah dihantar pada nombor yang dikendaki.

6.) Untuk simpan segala mesej yang telah dihantar, anda harus menekan butang Add untuk meletakkan aplikasi sms percuma ini pada profile anda. Mesej tersebut tidak dapat dilihat oleh rakan2 anda, hanya anda seorang yang dapat melihatnya.

Semua mesej yang diterima akan didahulukan dengan nama anda dari facebook dan seterusnya mesej anda. Diakhirnya pula akan diletakkan iklan bagi mempromosikan lamannya.

Berikut Adalah Entri Berkaitan Dengan Sms Percuma :

http://www.cybernetic88.com/2010/01/sms-spammer-program-edition-v1-release.html

http://www.cybernetic88.com/2010/01/foreversms-hantar-sms-percuma-melalui.html

Nota : Kalau kotak teks xmuncul dengan elok, korang tekan butang tab pada papan kekunci untuk langkah kebawah. Dapat mesej awek selalu. Save bajet. haha (kedekut) ;P


Fungsi Terbaru Like Komen Orang Di Facebook

Facebook kini telah menambah satu fungsi terbaru iaitu anda boleh "Like" komen seseorang. Sepertimana yang anda tahu dahulunya fungsi "like" tersebut digunakan untuk "like" status terbaru pada wall rakan2, dan juga apa2 perkembangan pada suapan terkini anda. Namun ciri "like" ini telah dikembangkan dan anda boleh "like" mana2 komen rakan anda. Kadang2, dalam komen anda, anda mendapati komen yang rakan anda telah hantarkan itu sesuatu yang menarik, kini anda boleh menyatakan terima kasih anda dengan menekan "like" pada komen tersebut.

Sebelum komen di "like"

Selepas komen di "like".

Berikut adalah kandungan yang diambil dari Facebook Blog :

"Since first launching the “Like” feature in 2009 and the ability to comment on News Feed storiesin 2008, we’ve seen these features become central to the way people communicate on Facebook. They’re two of the most heavily used features on the site and have proven to be a simple way to discuss posts and show appreciation for the content friends share on Facebook."

Nota : skng kalu nk like komen kawan2 kn sng. yeah. suka. haha :D


Tuesday, June 15, 2010

Super Mario Bros Crossover : Pilih Dari 6 Karakter Berbeza Dalam SMBC

Pernah anda bermain permainan klasik bernama Super Mario Bros dan seringkali tertanya-tanya apakah rasanya jika watak dari permainan video yang lain dimasukkan ke dalam Super Mario Bros ini?. Pastinya ianya sangat menyeronokkan. Tidak hairanlah kerana Super Mario Crossover telah pun wujud. Ini adalah permainan pertama dari Exploding Rabbit dan ianya mengambil setahun untuk disiapkan oleh programmer Jay Pavlina. Sesuatu yang sangat menarik, dan anda patut sendiri mencuba bermainnya. Dalam versi ini, anda boleh memilih untuk tidak bermain hanya sebagai Mario, tetapi juga sebagai watak dari permainan lain seperti Link, Bill R, Simon, Megaman dan juga Simus.

Permainan :

Untuk bermain permainan ini anda hanya perlu ke laman flash NewGrounds. Permainan ini berasaskan flash, oleh itu pastikan pelayar anda mempunyai pemain flash. Anda dapat menyedari permainan ini adalah gubahan dari Super Mario Bros yang asli. Terdapat satu perbezaan di sini, anda boleh boleh memilih salah satu dari enam karakter permainan video untuk bermain.

Watak :

Terdapat 6 watak: Mario, Link (daripada siri Legend of Zelda), Bill (dari Contra), Simon (dari Castlevania), Mega Man, dan Samus (dari METROID).

Setiap watak telah diberikan pergerakan yang berbeza dari Mario. Link, contohnya, mempunyai pedang yang dapat menghancurkan batu bata (bahkan dari atas!) Bill memiliki senjata, dan dengan menggunakan senjata dengan senang anda boleh membunuh goombas.

Setiap watak hadir dengan muzik mereka sendiri yang berbeza daripada permainan siri masing-masing. Jika anda telah bermain Mario Bros sebelum ini, dan setidaknya salah satu permainan berasal watak yang dipilih, saya jamin anda akan menikmati pengalaman yang menyeronokkan ini.

Pergerakan Bagi 6 Watak Dalam Mario Bros Crossover :

* Mario - Mario hanya watak dengan kemampuan untuk berlari. Dia juga mendapat kekuatan bola api ketika ia mendapat bunga seperti di SPN Mario asli. Mario tidak memiliki serangan alternatif dengan S.

* Link - Sementara di udara, link boleh melakukan tolak ke atas atau ke tolak ke bawah dengan menekan atas atau ke bawah. Dia juga boleh membaling bumerang ke musuh untuk dan mengambil item dengan menekan S.

* Bill R. - Bill boleh menembak ke arah yang berbeza jika anda terus naik dan turun semasa bergerak. Kuasanya sangat bagus sekali jika anda mendapatkan dia bunga.

* Simon - Menggunakan cambuk untuk membunuh musuh. Dia juga boleh melompat berganda di udara jika anda menekan butang lompat dua kali. Simon juga boleh membaling kapak dengan menekan S. Dia boleh melemparkan kapak dengan banyak dengan mendapatkan cendawan atau kekuatan senjata.

* Megaman - Menggunakan meriam pistol untuk menembak musuh. Dia juga boleh meluncur dengan menekan butang bawah dan Z, sementara di tanah untuk kelajuan. Ketika megaman mendapatkan cendawan atau senjata ia dapat mengisi pistol meriam untuk mendapatkan ditembak yang sangat kuat.

* Samus - Samus menggunakan blasting untuk menembak musuh. Dia juga boleh berubah menjadi bola dengan menekan ke bawah. Sementara dalam bentuk bola dia boleh menguruskan bom dengan menekan X.

Super Mario Bros. Crossover Version 1.1 Trailer :

Versi 1.1 akan dikeluarkan tidak lama lagi pada 25 jun 2010. Dibawah adalah sedikit trailer dari permainan Super Mario Bros Crossover Versi 1.1.


Laman web rasmi di Exploding Rabbit
Untuk bermain permainan Super Mario Bros Crossover sila klik di SINI

Nota : pergh. game ni terbaik. old school game beb. haha. lagi2 bley tukar karakter. aku suka pkai megaman. hahaha! ;D


Related Posts with Thumbnails