Sejak aku pkai firefox versi 3.6, satu je yang aku xpuas hati. Bila nak bukak tab je pasti tab yang dibuka tu akan duduk bersebelahan dengan tab yang sedang aku lihat sekarang ni. Sepatutnya tab yang baru dibuka akan berada di bahagian paling kanan dari tab bar seperti pada firefox versi sebelumnya. Jadi sekarang ni aku cari la cara penyelesaian bagaimana mahu jadikan tab ni seperti asal. Nasib aku jumpa caranya, untuk mengubah tab pada firefox 3.6 sila ikuti langkah2 yang aku tunjukkan dibawah k.
1.) Pergi pada address bar firefox anda dan taipkan about:config. Selepas itu akan kuar kotak mesej dan tekan sahaja butang I'll be careful, I promise!
2.) Taipkan pula browser.tabs.insertRelatedAfterCurrent pada kotak Filter. Tekan dua kali pada setting tersebut untuk menukarkannya kepada "false"
Anda tak perlu restart firefox 3.6 kerana settingnya akan bertindak dengan serta merta. Untuk menukarkannya kembali anda boleh aktifkan setting tersebut kepada "true".
Nota : Bagi korang yang tidak update firefox kepada versi 3.6 sila la update k =D
Tuesday, February 9, 2010
Firefox 3.6 – Buka Tab Baru Di Bahagian Paling Kanan
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)