Monday, February 8, 2010

Jalankan Multiple Tab Pada Permulaan Firefox

Setiap kali aku nak bukak Firefox, halaman Google adalah halaman yang pertama sekali yang akan dibuka. Untuk melawat halaman lain, aku terpaksa menekan Ctrl + T berkali-kali untuk membuka tab baru. Tapi adakah anda tahu bagaimana untuk memulakan firefox dengan tab yang banyak tanpa menekan Ctrl + T atau right klik > New tab pada permulaaan firefox?. Disini aku mahu ajar korang bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang mudah.

Nota : Cara ini tidak berfungsi untuk Internet Explorer. Browser yang lain aku tidak cuba lagi.

1.) Pertama bukak browser firefox dan pergi pada tools > options. Dalam main options anda akan lihat home page. Gambar diatas menunjukkan url yang akan muncul apabila anda bukak firefox. Untuk melakukan trick menjalankan tab yang banyak ketika permulaan firefox, anda hanya perlu tambah | diantara url. Sebagai contoh :

http://www.google.com|http://cybernetic88.blogspot.com|http://www.myspace.com

2.) Tekan butang ok, tutup dan bukak kembali firefox anda. Ini akan membuatkan url yang dimasukkan tadi akan dibuka melalui tabnya yang tersendiri. Untuk membuatnya kembali seperti asal, tekan butang Restore to Default.

Nota : Aku jarang guna pon trick ni sbnrnya, sje mau kongsi. haha. btw aku ske bukk bnyk2 tab =D

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails