Sunday, February 14, 2010

FineTuna - Kongsi Gambar Dengan Menambahkan Teks Komen

Finetuna adalah aplikasi berasaskan web yang membolehkan anda untuk menambah teks komen untuk setiap gambar dan berkongsi dengan orang lain melalui email. Untuk dikongsikan, anda boleh menghantar gambar yang telah diedit melalui email atau hanya menghantarkan link melalui URL. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan Finetuna dan sememangnya percuma. Hanya pergi ke Finetuna, muat naik gambar yang anda inginkan dari komputer ataupun direct sahaja melalui URL, kemudian tulis nota atau komen pada gambar tersebut dan terakhir sekali kongsikan gambar yang telah diedit kepada teman anda.

Aplikasi ini juga turut tersedia untuk addons Firefox yang membuatkannya lebih mudah untuk memberikan komen pada gambar anda dengan cepat. Reka bentuk aplikasi web ni boleh dikatakan sangat menarik kerana komen anda akan dimasukkan dalam gelembung bersih dan ini membuatkan hasil gambar kelihatan sedikit seperti komik strip.

Kelebihan Yang Ada Pada FineTuna :

- Tambah teks kepada gambar dan kongsikannya dengan orang lain.
- Muat turun dari komputer atau letakkan URL sebagai sebuah gambar dari sebuah laman web.
- Tambah komen kepada gambar sebanyak mana yang anda inginkan.
- Firefox addon: hantar gambar ke Finetuna dari laman web manapun.
- Tiada pendaftaran diperlukan

Dapatkan Lebih Efisien Dengan Plugin Firefox FineTuna :

Hanya klik kanan sebuah gambar pada website atau memuat screenshot dari seluruh laman dan hantar ke Finetuna di mana anda boleh menambah nota dan komen secara langsung pada gambar.

Untuk memasangkan addons ini sila klik SINI

Contoh Gambar Untuk Direview Di FineTuna :

(Teringin nak kiss mcm ni. hoho)

(Megaupload Checker yang aku buat dulu2 dalam forum hacking ;D)

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari FineTuna

If you think this entry useful, just click Facebook Like button bellow :
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails