Adih lame aku xwt tutorial pasal adobe ni kan. haha. kali ni tutorial aku buat simple2 jgk, susah2 kng aku pun xphm. haha. model still the same. si comel ni jgk k. hee =P
Langkah 1: Buka gambar yang anda inginkan backgroundnya di hitam putihkan pada Adobe Photoshop.
Langkah 2: Tekan butang Control + J (CTRL + J) untuk menduplikasikan layer. Selepas itu, tekan W atau pilih quick selection tools merujuk kepada gambar diatas. Tekan butang kiri tetikus dan halakan pada background tanpa melepaskan jari anda. Jika terdapat sedikit kecacatan, anda boleh menekan butang Alt smbil membuat proses yang sama iaitu dengan menekan butang Alt seiring dengan menekan butang kiri pada tetikus.
Langkah 3 : Setelah anda berpuas hati. Kini masanya untuk menghitamkan background anda dengan menekan butang Alt+Shift+Ctrl+B atau pergi pada image>adjustments>black&white dan tekan sahaja pada butang auto dan klik pada ok. Sebelum anda membuat kesan hitam & putih pada gambar, anda bolehlah menambahkan kesan2 seperti auto level (Shift+Ctrl+L), auto contrast (Alt+Shift+Ctrl+L), dan juga auto color (Shift+Ctrl+B) bagi menambahkan lagi seri pada gambar tersebut.
Langkah 4 : Seterusnya apabila kesan hitam & putih telah dimasukkan, anda boleh ikuti langkah terakhir dengan menetapkan pencahayaan dan contrast pada gambar tersebut. Pergi sahaja pada image>adjustment>brightness/contrast dan tetapkan nilai mengikut kesukaan anda. Ok sudah selesai. Selmat mencuba ye =P
Sunday, December 6, 2009
Photoshop Tutorial (2) : Menukarkan Background Menjadi Hitam & Putih Dalam Adobe Photoshop
blog comments powered by Disqus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)